Sabtu, 16 Julai 2011

Kisah Aneesa



Tak tahu kenapa sekarang Aneesa rajin nangis. Asyik nak berdokong, taknak langsung baring bila jaga. Boleh tahan dalam beberapa saat aje kalo lama sikit kompem nangis minta diangkat. Aduh!!! Kalo nak tido lak kena mengempeng aje. Tak nak tido sendiri macam dulu. Hari ini mama dan papa melakukan percubaan dengan meletakkan Aneesa dalam buaian elektrik warisan abang Aqil dulu... Tapi kejab aje bertahan, lepas tu nangis juga. Mama bagi B terus senyap. Jangan la macam ni sayang. Mama tak larat nak berdokong aje.. Sampaikan mama dokong guna kain macam orang Indon guna.


Ada kawan-kawan yang tahu macamana nak atasi masalah mama. Rasa stress sangat sebab anak tak berenti nangis. Papa dah macam-macam buat. Entahla Aneesa... Nasib baik mama cuti 90 hari, kalo 60 hari jenuh kak ila nak jaga 2 babies serentak. Nasib baik juga papa mengajar pagi dan mama mengajar petang. Hanya ada gap 2 atau 3 jam aje kak ila jaga babies sorang-sorang.....

Tiada ulasan: