Selasa, 19 Julai 2011

dah 2 bulan



sekejab aje kembar mama dah berusia dua bulan. jika mama cuti 60 hari semestinya semalam mama dah naik keje. nasib baik cuti 90 hari. ada lagi 29 hari baki cuti bersalin mama. tak lama lagi raya. mama akan shopping baju raya kita semua sebelum mama naik keja. mama naik keje 18hb ogos nanti.  sekarang update pasal twin. semalam aneesa kena neb sebab dah 2 minggu mama dengar ada kahak dalam tekak dia, mungkin saki baki selsema hari tu. jadi doktor bagi neb aje sebab takde ubat untuk baby makan. alhamdulilah aneesa elok aje masa kena neb. good girl. aneesa dan aleesya dah pandai senyum dengan sapa2 yang mengagah dorang. cantik sangat senyum mereka. geram mama tengok. dah pandai bersembang terutama aleesya. sembangnya panjang dan diselangi dengan senyuman, lagi2 kalo dia bersembang dengan papa. aneesa pandai gak bersembang tapi kejab aje. aneesa pulak sekarang ni kalo nak suruh dia baring senyap bukakan channel firstbaby tv mesti diam tengok tepat ke kaca tv. pandai sungguh. kalo pukul 5pagi terjaga maka masa tu gak mama bukakan channel firstbaby. dia diam aje tengok sampai tertido. mama awal2 dah tertido. hehehehe...... ok tu aje dulu. nanti mama update lagi... bye

3 ulasan:

Huszaini berkata...

As salam tuan tanah

jom join gathering kembar

http://amrafahan.blogspot.com/2011/07/gathering-beraya-dengan-geng-kembar.html

Zaidah berkata...

tq tuan huszaini... emang tengah pujuk Mr Hubby... Dia tu bz belajar sekarang...hujung minggu bz memanjang kuliah

Elly & Emmy berkata...

dah montel si kembar ni.. comel jer tido..

Nak ajak mama berkongsi pengalaman

http://coretanuda.blogspot.com/2011/07/peraduan-dunia-susu-ibu-2011.html