Salam dear,
Saya ingin menyertai Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 selepas di taq oleh Ibu Ieda (Ibu kepada Kembar Elly & Emmy).
Tarikh Lahir Anak : 19 Mei 2011
Nama Kembar :
1. Naurah Nur Aneesa binti Mohd Radzi (Bunga Cahaya Penghibur Hati)
2. Naurah Nur Aleesya binti Mohd Radzi (Bungan Cahaya Dilindungi Allah)
16 Mei 2011
Hari ini mama menyambut Sambutan Hari Guru di sekolah. Tema sambutan hari guru di sekolah mama telah ditetapkan "Arab Bollywood". Oleh itu aliran Tahun 1 telah memilih lagu "Oh, My Darling I Love You" untuk ditarikan beramai-ramai. Mama yang tengah sarat pun sebok mengedik nak menari. Yang paling tak tahan siap ada cikgu lain sound supaya mama berhati-hati semasa menari. Huhuhu.. Malunya...
17 Mei 2011
Hari ini Mama cuti sebab Wesak Day. Tak banyak aktiviti sebab mama penat.
18 Mei 2011
Mama rasa sakit bawah abdomen sejak tengah hari, jadi papa melarang mama ke sekolah. Tapi mama tetap berdegil juga. Tapi balik dari sekolah perut mama sakit sangat. Papa terus ajak mama ke HBKL tapi mama tak mau. Mama takut false alarm macam awal bulan Mei hari itu. Jadi mama ajak papa ke Klinik untuk buat VE. Mama ke Klinik Seri Melawati berjumpa Doktor Marina. Dia buat VE dah 2cm terbuka. Dia buat surat reffer untuk ke HBKL. Tapi mama tak mahu terus ke hospital sebab mama nak mandi dan makan dulu. Jadi mama dan papa balik rumah, mama mandi dan makan. sampai pukul 10 malam, mama dah tak rasa sakit. Jadi mama tak jadi nak ke Hospital. Hehehehe.... Terus tido sampai esok pagi.
19 Mei 2011
Sakit di bawah abdomen terus tak terasa. Mama mampu menjemput kakak dari sekolah agama dan kemudian menghantar kakak ke sekolah kebangsaan. Selepas itu mama ke Poliklinik Permata berjumpa Doktor Asmah. Doktor terus buat VE atas permintaan mama. Doktor marah sebab dah 4cm. Sepatutnya mama dah berada di Labour room atau OT sekarang kata doktor. Tunggu papa balik dari sekolah terus ke HBKL dalam pukul tiga lebih. Pergi bahagian PAC dan jumpa nurse Wong, dia yang ambik kes mama. Mama disuruh kencing dan baring di katil yang tersedia di situ. Doktor Anizah datang check VE dan scan perut Mama. Doktor suruh mama try bersalin normal. Sebab dah turun darh mama layankan aje.
Jadi mama pun terus disorong ke labour room... Diletakkan dalam bilik no 18. Nurse layan baik aje... Tapi dia penat nak buat CGI scan sebab 2nd fetus heart beat payah nak dapat. pukul 7.00 malam nurse offer ubat tahan sakit. Lepas dapat ubat tu terus lalok, mengantuk giler. Papa sebab mama kata nak tido dia pun keluar try tepon maklang coz nak suruh maklang ambik kakak kat sekolah. Tak lama lepas tu mama rasa nak teran, nurse pun sebok panggil semua orang termasuk doktor pakar. Ramai giler orang kat dalam bilik tu. Mama tak nampak pun papa, sebab papa baru aje keluar. Mama push dalam 5 kali terus keluar 1st twin tepat pukul 7.33pm
Tapi 2nd twin dorang x kasi teran lagi sebab nak scan dulu kedudukan baby... Bila dah scan terus dorang jerit footling breech.... Pakar terus cakap proceed to OT... Aduh, teruk macam ni... Dorang pun sebok minta pelbagai tandatangan untuk procedur c-zer. Mama masa tu lalok giler, x leh bukak langsung mata. Tandatangan aje. Terus dorang sorong mama ke OT. Masa ni jumpa papa kat koridor labour room. Dia pun macam terkejut aje sebab mama dah bersalinkan 1st twin. Dia terus tengok 1st twin.
Mama terus disorong ke OT. Dalam OT lak pakar bius baca macam2 term dan condition. Mama bukan dengar pun sebab lalok. Layankan aje. Lepas tu, terus kena bius tulang belakang. Doktor semua paksa mama supaya berjaga tapi mama lalok xleh buka mata. Tahu2 nurse datang bawak 2nd twin kat dada. Masa tu twin dah cuba menyusu namun ada masalah sikit sebab nipple mama besar dari mulut twin.
Semasa di hospital twin memang menyusu sepenuhnya susu mama. Papa siap bawa nursing pillow ke wad untuk membantu mama menyusu twin dengan senang.
Hari ke 3 mama dibenarkan balik dengan kedua-dua twin. Senang betul hati mama. Balik rumah twin menyusu dengan elok. Namun, malamnya B mama mengalami bengkak susu. Susu tidak keluar dan tidak menitik. Ibu cakap B mama tersumbat. Esoknya papa bawa mama ke Poliklinik Permata. Doktor Asmah cakap kedua-dua bayi mama dehidrate sebab nipple mama tersumbat. Doktor Asmah menggunakan syringe dan menyuapkan air suam ke dalam mulut baby. Kesiannya baby mama masa tu.
Hari ke lima, mak bidan datang mula mengurut mama. Alhamdulilah susu mama mula keluar sedikit demi sedikit. Namun nipple mama dah luka, sakitnya Allah aje yang tahu. Namun mama tetap nak BF anak-anak mama. Masa jumpa doktor mama diberi antibiotik, tetapi kesan dari ubat itu production susu mama berkurangan.... Huhuhuhu... sedihnya. Mama tetap menyusukan kedua twin mama. Masih ada juga masalah lain. Nipple mama besar dari mulut twin. Mama terpaksa pum susu mama untuk di minum twin. tapi sikit aje yang keluar. Mama hanya dapat 10ml aje. Sedihnya masa tu. Mama tetap memerah walaupun mama dapat 10ml setiap kali mama perah.
Semakin hari semakin banyak susu yang dapat diperah. Alhamdulilah, luka nipple pun sudah bertambah baik. Kedua-dua twin mama pun sudah pandai menyusu direct. Sekarang 1st Twin mama (Aneesa) tak mahu menyusu EBM dalam botol lagi. Dia hanya mahu menyusu direct. Jadi 2nd twin (adik Aleesya) terpaksa mengalah. Dia akan direct bila Aneesa tidak menyusu. Jika kedua-duanya bangun maka Aleesya akan menyusu fresh EBM dan Aneesa akan menyusu direct. Mama pernah mencuba untuk BF secara serentak namun mama tidak berdaya. Akhirnya kedua-dua twin menangis dan mama juga turut menangis. Penyelesaian yang mama perolehi dengan sorang direct dan sorang lagi menyusu fresh EBM.
Sehingga sekarang mama masih belum membuat stok EBM dengan banyak sebab EBM yang fresh setiap perahan mama akan berikan kepada Aleesya. Lagi 21 hari cuti mama (cuti bersalin 90 hari), insyaAllah mama akan cuba membuat stok EBM. Doa-doakan ye....
Tag member
1 ulasan:
tahniah kak, dpt tempat ke2..hehe baby akak dua2 serentak ek nak menyusu? hehe sy dulu,bergilir2 menyusu.. hehe..
sy dapat hadiah saguhati jer
Catat Ulasan