Sabtu, 30 Julai 2011
Peraduan Dunia Susu Ibu 2011
Tag member
Jumaat, 29 Julai 2011
Selasa, 19 Julai 2011
dah 2 bulan
sekejab aje kembar mama dah berusia dua bulan. jika mama cuti 60 hari semestinya semalam mama dah naik keje. nasib baik cuti 90 hari. ada lagi 29 hari baki cuti bersalin mama. tak lama lagi raya. mama akan shopping baju raya kita semua sebelum mama naik keja. mama naik keje 18hb ogos nanti. sekarang update pasal twin. semalam aneesa kena neb sebab dah 2 minggu mama dengar ada kahak dalam tekak dia, mungkin saki baki selsema hari tu. jadi doktor bagi neb aje sebab takde ubat untuk baby makan. alhamdulilah aneesa elok aje masa kena neb. good girl. aneesa dan aleesya dah pandai senyum dengan sapa2 yang mengagah dorang. cantik sangat senyum mereka. geram mama tengok. dah pandai bersembang terutama aleesya. sembangnya panjang dan diselangi dengan senyuman, lagi2 kalo dia bersembang dengan papa. aneesa pandai gak bersembang tapi kejab aje. aneesa pulak sekarang ni kalo nak suruh dia baring senyap bukakan channel firstbaby tv mesti diam tengok tepat ke kaca tv. pandai sungguh. kalo pukul 5pagi terjaga maka masa tu gak mama bukakan channel firstbaby. dia diam aje tengok sampai tertido. mama awal2 dah tertido. hehehehe...... ok tu aje dulu. nanti mama update lagi... bye
Sabtu, 16 Julai 2011
Kisah Aneesa
Tak tahu kenapa sekarang Aneesa rajin nangis. Asyik nak berdokong, taknak langsung baring bila jaga. Boleh tahan dalam beberapa saat aje kalo lama sikit kompem nangis minta diangkat. Aduh!!! Kalo nak tido lak kena mengempeng aje. Tak nak tido sendiri macam dulu. Hari ini mama dan papa melakukan percubaan dengan meletakkan Aneesa dalam buaian elektrik warisan abang Aqil dulu... Tapi kejab aje bertahan, lepas tu nangis juga. Mama bagi B terus senyap. Jangan la macam ni sayang. Mama tak larat nak berdokong aje.. Sampaikan mama dokong guna kain macam orang Indon guna.
Ada kawan-kawan yang tahu macamana nak atasi masalah mama. Rasa stress sangat sebab anak tak berenti nangis. Papa dah macam-macam buat. Entahla Aneesa... Nasib baik mama cuti 90 hari, kalo 60 hari jenuh kak ila nak jaga 2 babies serentak. Nasib baik juga papa mengajar pagi dan mama mengajar petang. Hanya ada gap 2 atau 3 jam aje kak ila jaga babies sorang-sorang.....
Jumaat, 15 Julai 2011
Rabu, 13 Julai 2011
perkembangan Aneesa & Aleesya
Aleesya aka adik
Dah boleh tinggal kalo mama atau kak ila buat keje. Bagi puting dan letak dalam playpen dia akan baring sambil menggerakkan tangan dia. Bila dah boring baru berbunyi minta mama/kak ila yegur dia kejab. Lepas dah tegur atau agah kejab, dia akan tenang dan boleh di tinggalkan. Tahu-tahu dia dah tertidur dengan sendirinya. Lepas dah tido kena meniarapkan kalo tak tido kejab aje.
Selain tu, Aleesya murah dengan senyuman terutama dengan papa. Aleesya memang dari dalam tummy mama lagi dah menunjukkan gaya yang dia anak papa. Dulu dalam tummy kalo papa panggil mesti respon baik, sekarang lak kalo papa agah senang-senang aje dia senyum. Tapi kalo dengan mama payah sikit. Memang anak papa betul.
Aneesa aka uda
Aneesa merupakan anak manja mama. Asyik nak mengempeng. Tak boleh tinggal sorang-sorang. Kena berteman, kalo tak mesti nangis kuat. Tak berapa suka puting/kopek. Kalo bagi mesti mengamuk. Suka kat nipple mama aje. Bila malam taknak minum susu formula langsung. Nak breastfeed aje. Mama suka-suka sebab orang lain tak leh sangat nak jaga dia. Mama aje yang boleh BF dia... hehehehehehe
Bila tengok sesuatu mesti fokus sampai kekadang juling mata dia... hehehe.. suka tido dalam baby carrier sebab nak selalu dengan mama. Bila mama nak masak mama masukkan dalam carrier then bawa dia ke dapur, masak sama-sama.