Khamis, 31 Mac 2011

Dapat MC 2 Hari (Bed Rest)

Ini merupakan bentuk perut aku sekarang. Besar, penuh dan padat. Semalam dan hari ini aku sepatutnya dapat bed rest. Tapi semalam aku ke PPD Gombak dan hari ini aku akan ke sekolah seperti biasa. Sebabnya aku nak settlekan ujian menulis LINUS Saringan 1 dan Saringan 4. Soalan aku dah collect dari PPD. Alhamdulilah dah siap rezo dan susun mengikut bilangan murid. Jadi keje aku sebagai penyelaras LINUS pun lebih senang. Kalo tidak mesti kena pujuk PAR tolong rezo, then pujuk cikgu untuk susun bagi setiap murid kelas mereka.... Aduh banyaknya keje. Nasib baik dah siap semuanya, hanya bagi kepada guru kelas dan Isnin dan Selasa semua murid akan buat saringan secara serentak. Rabu dan Khamis untuk murid yang tersangkut. Jumaat semua data mesti dihantar kepada aku selaku Penyelaras LINUS..... Mintak2 perancangan aku ni berjalan lancar, kalo x mati.

Rabu, 30 Mac 2011

Ibu hamil anemia berisiko

Ibu hamil anemia berisiko mengalami :-

  • tumpah darah semasa dan selepas bersalin

  • tekanan darah tinggi

  • kelahiran bayi kurang berat badan

  • kelahiran bayi tidak cukup bulan

  • kematian janin

  • keguguran

  • kematian ibu

Rawatan anemia


dapatkan pil hematinik (zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B complex). Makan pil tersebut mengikut arahan untuk keselamatan kandungan dan nyawa anda

Hehehehe.... lawak


Sebab mama asyik lapar, mungkin ini yang difikirkan oleh abang.... Hehehehehehe

Selasa, 29 Mac 2011

Perkembangan bayi anda minggu ke 30 (trimester ke tiga)


Minggu ke 30: Bayi anda mengisi hampir seluruh ruang di rahim anda. Ketika bayi menendang atau mendorong, anda dapat melihat kaki atau tangannya bergerak dibawah kulit perut anda. Otak berkembang sangat cepat.

Ahad, 27 Mac 2011

Update about my liltte twins

Cite ni dah lama tap x sempat nak update. 25hb hari tu aku ada check up di Klinik O&G HKL. Sikit data tentang check up tu.... Berat mama : 62kg.... Tekanan darah : 122/53 ....... Tempoh Hamil : 29+ Tinggi Rahim : 31 UPDATE PASAL TWIN PULAK TWIN A : CEPHALUE PLACENTA : AU1 EFW : 1563GRAM TWIN B : OBLIQUE - BREECH PLACENTA : PU1 EFW : 1504GRAM

Ahad, 20 Mac 2011

Barang2 bagi menyambut baby baru

Kelengkapan barang-barang bagi menyambut kelahiran bayi baru... yang xde dalam gambar ialah nursing bra... malu la pulak nak snap... hehehehehe
Bedung bayi, stroller pad, tuala mandi, mitten dan booties dan bid percuma dari neslac... ada gak puting event dan barut zip zap bayi....

Ini lak 8x2 pasang baju sebelah siang... kebanyakkan untuk babies pompuan sebab semua doktor cakap both babies are girl...


Ini lak 5x2 pasang baju tido... baju tido semuanya unisex... hehehehe

Jadi kita tunggu dan lihat... mama akan tetap tambah 2x2 baju siang saiz newborn yang kecik dan 2x2 baju tido saiz newborn... yang ni semua 3-6 month punya saiz....

Selain tu, yang xde lagi barang-barang seperti losyen, bedak, saympu dan minyak telon untuk babies.... sekarang pun mcm tak larat nak jalan mencari baju... tengoklah bila-bila senang mama jalan sorang-sorang carik barang yang xde....

Jumaat, 18 Mac 2011

Berkongsi pengalaman secara live

Akmal dan Ikmal (tp tak taupun yang mana satu Akmal/Ikmal)

Semalam mama pergi ke rumah kawan mama yang ada twin boys... seronok tengok dorang walaupun kecoh sikit. Abang dan adik sentiasa mengikut pasangan mereka. Kalo sorang nakkan sudu, maka dua-dua mesti ada sudu... Hehehehehe... sweet sangat. Tapi yang mama tabik spring kat kawan mama dan hubby dia... Xde la keluar volume yang tinggi picingnya. Cool aje. Kalo mama satu kondo boleh dengar suara mama.... Hehehehehe.... Rumah dorang pun kemas aje. X bersepah macam rumah mama. Padahal belom ada twin lagi, ada kakak dan abang aje.. Tapi yang mama perasan rumah dorang kena ikat semua pintu almari kalo tak twin mesti akan sebok nak bukak setiap drawer... hehehehehe....
Macamana nanti ye bila twin mama keluar. Sebab kat rumah mama ni banyak almari kaca dan dalam almari banyak perhiasan kaca... hehehehe... jawabnya kena sorok la semua benda tu... Masih ada 80 hari sebelum babies dilahirkan... InsyaAllah, semuanya dipermudahkan....

Khamis, 17 Mac 2011

Pengalaman mengandung kembar di minggu ke 28

Sekarang ni mama dah masuk ke minggu terakhir trimester ke 2..... Perut sudah semakin besar dan pergerakan babies memang aktif. Kalo dulu, bila tangan papa diletakkan diperut mama pasti mereka tenang aje walaupun sebelum tu memang tengah aktif. Jadi bila mama dah tahan mesti cari tangan papa. Anak-anak papa mesti behave aje... Namun, bila dah sampai minggu ke 28 ni, tak kira tangan sapa.... kakak, abang atau papa dorang tetap akan bergerak aktif sambil menolak-nolak tangan yang ada kat atas perut... Kekadang kedudukan perut pun berubah posisi... Kekadang senget sebelah kanan, kekadang tinggi penuh di bahagian dada, kekadang rendah berada di bawah abdomen....
Beberapa minggu ni mama asyik sakit kat ari-ari... tapi bila baca pengalaman kawan-kawan yang mengandung anak kembar memang semua cakap pasti sakit ari-ari.... Aduh... seksanya masa nak bangun dari duduk.... sakit gak kalo nak bangun dari tido... huhuhuhu....
Xpe... malam ni mama ngan papa akan ke rumah kawan mama yang ada babies kembar... Nak tanya gak pengalaman dia.... ok itu aje perkembangan kali ini.....

Menjawab persoalan....

Pinky said...
akak, saya berminat sangat dengan cerita akak...i pun teringin nak ada twins...i baru je kehilangan my baby at 7 weeks....akak makan clomid untuk apa? dulu akak dapat negatif test kan, lepas tu dapat positif ke?
Tq pinky sebab sudi baca blog akak.... Akak pun tak sangka akan dapat twins... Pinky jangan sedih sangat sebab akak pernah 2 kali kehilangan pertama pada tahun 2008 (6weeks) dan terbaru 2010 (9weeks)... Memang sedih coz kita dah mengharap tapi itu ketentuan Ilahi... Pinky dikira bertuah kerana sac keluar secara natural... Akak kedua-duanya D&C....
Betul akak ambik clomid kerana selepas D&C 6 bulan (2010) akak masih tak mengandung lagi. Jadi akak jumpa gynea akak minta clomid dos yang paling rendah. Gynea pada mulanya memang x kasi coz dia tahu akak subur tapi akak minta gak coz dah lama sangat tunggu. Anak yang kecik pun dah 4 tahun masa tu. jadik akak pujuk gynea bagi clomid untuk akak gak... Clomid ni fungsinya menghasilkan telur (ovum) lebih dari 1. Jadi kemungkinan untuk mengandung lebih tinggi... tapi prosesnya rumit sebab selepas kita makan clomid kita perlu follow up setiap bulan di gynea untuk memastikan ovari kita tidak stress.... Kalo ovari stress mcm2 boleh berlaku... salah satu yang paling dirisaukan adalah ovari kita boleh pecah. Semasa jumpa gynea dia akan buat TVS kat kita (scan ikut bawah tu).... masa tu dia akan kira berapa telur yang dihasilkan. Jadi masa tu jugak gynea akan nasihatkan untuk bersama dengan suami atau perlu datang beberapa hari kemudian... Alhamdulilah, semasa akak di scan semuanya normal dan gynea nasihat supaya terus bersama dengan suami selepas balik dari klinik... Tapi masa tu xde mood... sebab tu akak kena makan 2 cycle... 1st cycle x melekat pun. 2nd cycle baru la bertuah.... Bila 6 weeks scan masa tu gynea sahkan akak mengandung kembar... Tetapi gynea advice jangan mengharapkan sangat sebab ada kes twin tetapi tak selamat salah satu atau kedua-duanya. Tapi hubby akak dah over excited coz dia memang dah lama nak tambah baby. Akak aje yang x mau coz sebelum ni akak sambung belajar...
Sejak 2010, akak memang every month akan check upt coz mengharapkan sangat mengandung. Kalo lewat sehari pun akak akan check. Menang biasa dapat result -ve..... tapi masa mengandungkan twin ni.... result upt samar2 sangat... sampai hubby kata hormon aje kot... tapi Alhamdulilah memang rezeki kami.... Akak kalo dah -ve tu kompem -ve.... tak pernah lak dari -ve jadik +ve....
Akak harap Pinky bersabar ye... akak pun masa lepas kawin 6 bulan kosong.... Ni pinky baru 8 bulan berkahwin... InsyaAllah ada rezeki nanti.. Pinky bertuah gak sebab dah pernah mengandung... Cuba lagi ye sayang....

Isnin, 7 Mac 2011

Twin A (26weeks + 3 Days) 4D scan



Ni video 4D scan Twin A. Memang nampak clear muka dia.
Video twin B akan di upload kemudian... Tungguuuuu......

Sabtu, 5 Mac 2011

26Weeks+3Days 3D Scan di Vision College

Pertengahan Februari hari tu aku sebok mencari klinik terdekat (di Setapak) ada buat 3D scan. Cari punya cari dapat la list beberapa klinik yang menyediakan 3D scan. Namun harganya boleh tahan mahal. Last-last aku try call Vision College sebab dari member2 maya katanya dalam RM90 aje. Jadi aku pun call dan clerk dia bagi date 5hb Mac 2011 hari Sabtu. Kira ok la tu sebab time cuti leh la hubby hantar aku. Kalo tak payah gak nak drive sendiri.

Maka hari ini, aku pepagi dah bersiap untuk ke Vision College. Pukul 9.45pagi kami bertolak ke Kelana Jaya. Aku tak tahu pun kat mana Vision College tu, yang aku tahu dia dekat2 dengan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Maka aku pun suruh la En Hubby drive kete terus ke Kompleks Tabung Haji (itu pun kami ingat2 lupa).... Sampai sana terus cari Giant lama coz Giant Besar Kelana Jaya pun ada gak. Last2 jumpa Vision College tu.

Memula isi form dulu. Tunggu dalam 15 minit, sampai turn aku. Aku diarahkan untuk berbaring. Memula sonographer ambik ukuran kedua-dua babies. Nak tengok berat dan umur mereka. Twin A beratnya 902 gram berusia 26weeks+1day.... Twin B beratnya 818gram berusia 25weeks+5days.... pembesaran mereka kecil sedikit dari umur sebenar. Beza beberapa hari... Tapi biasala sebab ruangan kecil dan mereka berdua berebut zat...

Sekarang kita tengok pulak gambar muka twin....
Twin A - hidung dan mulutnya sama macam Nana (kakak) dan Aqil (abang)

Twin B pemalu sikit sebab duduk belakang badan twin A. Asyik sembunyikan muka dia. Tapi hidung dan mulut tetap sama.

Video dorang akan diuplaod kemudian sebab lambat sikit prosesnya sebab nak masukkan dalam youTube.... Tunggu!!!!!

Bayaran untuk 3D/4D scan di Vision College bagi single baby hanya RM90 sahaja. Namun bagi aku bayarannya di up kan menjadi RM100. Kira oklah beza RM10 aje... Prosedurnya memang lama dan sonographer memang banyak membantu untuk mendapatkan gambar muka babies yang terbaik. Memang tip top coz bayaran murah dan prosesnya juga lama...... Siap dapat CD untuk dibawa pulang. Leh tunjukkan pada ahli keluarga yang lain....

Jumaat, 4 Mac 2011

Ini cerita dah lapuk tapi nak masukkan gak... En Hubby telah bermurah hati untuk belanja makan di JM Beriani. Sedap!!!! Hilang gak rasa rindu kat Johor coz ada air sirap bandung ais krim soda.... Semua makan dengan berseleranya.




Samb: Saat Kelahiran Anak Sulungku

Dah berkurun nak sambung tapi x jugak bersambung....
hari ni gagahkan hati untuk sambung kembali.....
Aku sambung tidur bila sampai kat rumah. Dalam pukul 9 pagi aku jaga balik then terus ajak hubby pi Poliklinik Permata jumpa dengan Doktor Hjh Asmah. Tunggu turn, aku masa tu orang ke 3. Masuk-masuk jumpa doktor aku bagitau yang abdomen aku belah atas sakit sejak malam tadi. Aku tanya tu tanda2 nak bersalin ke sebab semua member aku cakap kalo nak bersalin sakit kat bawah abdomen macam senggugut. Aku takde lak sakit macam tu. Doktor Hjh Asmah pun suruh aku baring atas katil then dia buat VE.... Itu kali pertama aku kena VE, tp doktor Hjh Asmah gentle dan slow aje. Tak sakit pun. Dia pun check rupa-rupanya dah 3cm terbuka.... Wah, tapi aku tak rasa sakit macamana yang kawan2 aku ceritakan. Terus Doktor Hjh Asmah bagi surat refer ke HUKM.. Sebab memang aku ada appointment kat sana...
Sampai2 HUKM bagi surat refer then call kak Khadijah (mak anak murid aku, dia nurse kat situ). Terus kena buat CTG... Tinggi nurse kata, puan tak sakit ke? aku rasa macam ok aje. Takde la sampai nak meraung tu takde la... masih boleh tahan. Terus doktor kat O&G tu pecahkan air ketuban aku dan aku pun disorong ke labor room. Aku di tempatkan di bilik no. 4. Masa tu, lapar gile tapi bila dah masuk labor room mana leh makan. Aku diikat dengan pelbagai wayar... Tangan kiri kanan ada drip. Tak lama kemudian datang nurse tanya aku nak ke tidak epidural? Apa benda alah la pulak tu. Nurse tu pun terangkan. 2/3 orang datang pujuk suruh aku ambik epidural. Aku yang takde pengalaman terus setuju. Maka tak lama lepas tu datang pakar bius. Aku pun diberikan epidural. Aku masuk Labor room dalam pukul 12.00 tengahari, sepanjang tu asyik aje ada doktor datang buat VE, check bukanya pintu rahim aku. Hensome lak doktor tu, yang paling tak leh tahan namanya sama macam nama hubby.
Dalam pukul 5.00 petang rahim aku dah terbuka 7cm. Nurse kata lagi 2/3 jam lagi la baru aku bersalin. Aku x rasa sakit walaupun sekumit pun. Sebok baca paper dan Majalah Mingguan Wanita. Hehehehehe.... orang lain asyik terjerit-jerit, aku lak relax aje.... Pukul 5.45 petang nurse datang then dorang terkejut coz dah nampak kepala anak aku di panggal faraj aku. Terus dorang suruh aku teran. Alamak nak teran macamana????? Takde pengalaman dan aku takde rasa apa2 langsung. Dorang paksa jugak kata dia kalo aku tak teran anak aku akan lemas... Teran la aku, tapi nurse kata aku salah teran.... Alamak!!!! Then apa lagi maka dengan paksarela kulit aku di tetas oleh doktor (3 lapis). Dengan sikit tolakkan maka keluarlah puteri sulung ku. Kuat sungguh suara dia menangis. Suami aku paling excited.... Lepas tu doktor jahit luka aku lama jugak.
Aku sepanjang mengandung memang HB low maka masa melahirkan anak aku tu, aku tumpah darah. Selepas 1 jam dipantau, aku dibenarkan balik ke wad. Itu la pengalaman melahirkan anak pertama aku.....