Selasa, 7 Jun 2011

Hari ke-19

Sebelum bercerita tentang rentetan dari hari pertama ke hari 19, marilah kita melihat gambar twins yang terbaru... Aneesa suka tido meniarap manakala Aleesya suka tido dibedung. Nampak sangat perangai berbeza dorang.



Kali ini adalah cerita tentang kesihatan mama yang tak berapa nak sihat.


Hari ke-4 mama kena bengkak susu. Sakit sangat sampai menangis. Lagi la menangis bila babies twin menangis nak susu. Kesian dorang sebab entah macamana, saluran tersumbat. Sebelum tu, ok aje. Kesian sangat. Terus papa bawak mama + twins dan ditemani ibu ke Poliklinik Permata jumpa Dr. Asmah. Dr bagi mama antibiotik Amoxy dan ubat bengkak Papase.Lepas tu, mak bidan pun datang urut mama supaya susu dapat keluar dengan lancar. Alhamdulilah beberapa hari kemudian mama tak lagi mengalami bengkak susu. Namun, atas saranan doktor papa telah beli susu formula untuk topup si twins. Sebab susu mama masih tak cukup untuk menampung twins. Walaupu tak rela tapi mama redha untuk kebaikan anak-anak mama juga.


Hari ke-14 pula mama kena infection di virgina. Aduh, macam-macam. Masa ni darah nifas dah habis tapi mama masih kena pakai pad sebab keputihan yang melampau. Pergi lagi ke klinik jumpa Dr Asmah. Terus Dr bagi mama invert vagina - Neo Penotran untuk 5 hari. Aduh, ngeri la pula. Memula memang tak lalu nak masukkan tapi kalo ambik ubat makan, mama tak boleh menyusukan twins mama la pulak. Kerana anak-anak mama sanggup berkorban.

Hari ke-19 pula mama ke klinik Dr Asmah sekali lagi sebab luka jahitan c-zer mama bernanah sikit. Dr kata kena infection juga. Aduh.... berapa kali nak kena infection. Sampai doktor kata lepas ni kalo datang klinik jangan datang bawak kes infection yang lain pulak. Hehehehe... Punya la doktor dah busan nengok mama. Asyik-asyik ke klinik dia bawa sakit yang bukan-bukan. Dr bagi antibiotik macam hari tu. Pastu kena beli dressing kit sebab lepas ni setiap hari papa kena buat dressing kat luka c-zer yang kena infection tu... Aduh...


Ya Allah tolong sihatkan mama lepas ni. Jangan la berlaku macam-macam lagi. Doktor kata hemoglobin mama low. Itu sebab mama senang kena infection. Mama kena makan vitamin iron secara berterusan sehingga habis. Aduh!!!! Dalam pantang kali ni macam-macam jadi. Sampai rasa lambat sangat nak habis pantangnya.

3 ulasan:

Nanie berkata...

zaidah..jangan stress ok..fikirkan yang positif..dalam pantang tak elok stress2..cuba makan jeli gamat ye..

syiela berkata...

1stly tahniah dpt bb yg comel sesangat... moga akak hadapi cabaran demi cabaran ini dgn tenang...

syiela berkata...

akak sya link juga ye blog akak ke blog sya....