Sabtu, 11 Jun 2011
Anak Mama aka Abang dah besar
Semalam merupakan satu permulaan baru bagi abang Muhammad Naufal Aqil. Dia telah berjaya tido di bilik purple bersama kakak. Sebelum ini abang tido bersama-sama mama, papa dan babies di bilik mama. Mulai semalam papa telah berjaya memujuk abang untuk tido di bilik purple selepas papa membeli tilam queen yang baru untuk mereka. Kak long dan abang bukan main seronok lagi. Semalam papa temankan mereka sehingga mereka tido. Namun pukul 5pagi tadi abang terjaga dan menangis mencari papa. Nasib baik Kak Ila (bibik) terjaga dan dia temankan mereka di bilik purple. Mama tetap sebak sama seperti semasa kakak mula-mula tido di bilik lain dulu. Agaknya semua anak mama mula tido bilik lain mesti mama mengalir air mata. Ini untuk kebaikan Abang juga, sbb mulai Isnin ni Abang dah mula sekolah balik kalo tido di bilik mama mesti tidonya terganggu sbb babies asyik nangis malam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan