Jumaat, 17 Jun 2011

Update pasal Twin Mama - rutin harian mama dan twin


Lagi 2 hari umur si kembar mama ni genap sebulan. Kejab aje rasanya... Alhamdulilah luka c-zer mama pun bertambah baik. Sekarang bila waktu bekerja, papa akan tido di bilik purple bersama kakak atau abang. Mama dan twin tido dalam bilik master. Alhamdulilah mama dah boleh adapt dengan cara tido kembar mama... Dalam pukul 1 pagi mesti salah seorangnya akan bangun untuk susu, tak lama kemudian sorang lagi akan bangun. Mama dah bersedia dari awal, biasanya mama tak tido lagi masa tu. Memang tunggu dorang bangun. Bagi susu pada kembar dan tukar lampin mereka. Semuanya akan settle pada pukul 2 pagi atau 2.30pagi.. Selepas tu mama boleh tido dengan nyenyaknya... Namun pukul 5 pagi kena bangun balik semula untuk sesi kedua, tapi kali ini hanya menyusu tak perlu tukar pampers. Time ni mama terus berjaga sehingga papa bangun pukul 6.00 pagi dan bersedia ke tempat keje.


Pukul 8.30 - 9.30 pagi adalah waktu yang biasanya mama mandikan kembar. Masa ni kak ila tolong jaga salah seorang kembar. Mama uruskan yang sorang. Dah settle yang sorang kini giliran yang lagi satu. Pukul 10.00pg kedua-duanya pasti sudah kenyang dan mengantuk. Jadi masa ni, mama dan kembar akan tido sehingga pukul 12.30 tengah hari. Bangun mama makan dulu sebelum kembar bangun untuk menyusu. Mereka sambung balik tido tapi mama akan tolong kakak bersiap sedia untuk ke sekolah. Papa akan balik dari keje dan terus menghantar kakak ke sekolah.


Selepas kakak ke sekolah, mama akan sambung tido balik atau sebok melayan abang. Tapi macamana pun mama kena tido supaya malam nanti mama tidak terlalu mengantuk untuk uruskan kembar sorang-sorang.


Namun sekarang Aneesa merupakan anak mama yang sangat manja. Perlu dipeluk untuk tidurkan dia. Aneesa juga selalu menangis sehingga mama, papa dan kak ila tak tahu nak buat apa pada dia. Malah sekarang dia lebih suka menyusu badan berbanding minum susu botol. Alhamdulilah...


Aleesya pula sekarang merupakan anak yang paling mudah dijaga. Asal perutnya kenyang, dibedung pasti dia akan tertidur sendiri. Tak perlu dipeluk seperti Aneesa. Kekadang mama baru aje bedungkan dia dan letak di tempat tidonya, mama akan ambil pula Aneesa. Alih-alih tengok dia dah nyenyak tido. Alhamdulilah....

Tiada ulasan: