Ahad, 8 Mei 2011

Gambar kedudukan baby kembar pada 35 minggu

Walaupun cite dah basi tapi mama masih tak sempat nak menulis dalam blog mama ni. Hari Rabu lepas (4/5/2011), Kakak Naurah Qistina diserang Diarrhea. Mama pun bawa kakak Nana ke Klinik Permata berjumpa dengan Dr. Hjh Asmah. Sambil menyelam, mama minum air la sekali. Mama pun nak can nak tengok kedudukan babies twin mama.


Sebelum scan mama cite sikit apa yang doktor HBKL cakap kalo kedudukan babies masih tidak turun ke bawah. Kena C-zer ajela jawabnya. Lepas tu Dr Asmah pun memulakan aktiviti scan.


Twin A..... Cephalic berada dalam kedudukan bersedia untuk dilahirkan secara normal. Twin A sihat dan aktif. Beratnya 2.2++kg


TAPI

Twin B..... Kedudukan transverse lie (melintang di atas twin A)..... Twin B juga sihat dan aktif. Beratnya kurang la pulak.... 1.8++kg aje... Masa scan kat HBKL 2.1++kg... Takkan berat Twin B berkurangan atau twin B diet.



Kedudukan Twin Babies sekarang

Yang paling mama kena bersedia adalah Dr Hjh Asmah cakap kalo secara logik (apa yang dia belajar selama menjadi doktor) mustahil mama dapat melahirkan secara normal twin mama ni. Jadi mama sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Mama dan papa telah berbincangan, telah memilih tarikh 20hb Mei 2011 untuk tarikh melahirkan kedua-dua baby mama ni. Itu pun kalo diizinkan Allah dan dibenarkan oleh doktor.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya follow blog akak...
Seronok akak dpt twin...tahniah & sy doakan akak slmt smpai bersalin...

Btw, nk tnye...twin baby nii kongsi uri yg same ke???
@ uri lain2?
Sori tnye...

Zaidah berkata...

Tq Rin sebab baca blog akak... Twin akak ni twin x siras... duduk dalam uri masing-masing... jadi ada 2 uri...

Unknown berkata...

saya pun pregnant twin skrg twin saya umur 28 minggu.sorg kepala bawah sorg atas.saya dah mulai sakit kat ari2 saya rasa macam baby dah nak keluar.adakah normal?