Tahun ini hadiah hari guru terbaik untuk mama dan papa. 18hb perut mama sakit sangat, petang tu papa bawak mama ke klinik Seri Melawati. Jumpa dengan doktor Marina, dia VE dekat mama. Dah buka 2cm. Doktor Marina bagi surat reffer ke hospital. Mama tak pergi terus ke hospital tapi balik ke rumah. Siap mandi dan makan hilang rasa sakit. Jadi mama cancel pergi hospital.
19hb masih tak sakit. Mama hantar kakak ke sekolah dan terus klinik Permata. jumpa doktor Asmah buat lagi sekali VE. Kali ini dah 4cm terus kena marah. Papa kol mama ajak pergi hospital. pukul tiga lebih sampai HKL terus ke PAC jumpa nurse Wong. Doktor check mama dan scan baby. Doktor Anizah tetap suruh mama deliver normal sebab nanti dorang tolong buat ECV lepas 1st twin keluar...
Jadi mama pun terus disorong ke labour room... Diletakkan dalam bilik no 18. Nurse layan baik aje... Tapi dia penat nak buat CGI scan sebab 2nd fetus heart beat payah nak dapat. pukul 7.00 malam nurse offer ubat tahan sakit. Lepas dapat ubat tu terus lalok, mengantuk giler. Papa sebab mama kata nak tido dia pun keluar try tepon maklang coz nak suruh maklang ambik kakak kat sekolah. Tak lama lepas tu mama rasa nak teran, nurse pun sebok panggil semua orang termasuk doktor pakar. Ramai giler orang kat dalam bilik tu. Mama tak nampak pun papa, sebab papa baru aje keluar. Mama push dalam 5 kali terus keluar 1st twin tepat pukul 7.33pm...
Tapi 2nd twin dorang x kasi teran lagi sebab nak scan dulu kedudukan baby... Bila dah scan terus dorang jerit footling breech.... Pakar terus cakap proceed to OT... Aduh, teruk macam ni... Dorang pun sebok minta pelbagai tandatangan untuk procedur c-zer. Mama masa tu lalok giler, x leh bukak langsung mata. Tandatangan aje. Terus dorgang sorong mama ke OT. Masa ni jumpa papa kat koridor labour room. Dia pun macam terkejut aje sebab mama dah bersalinkan 1st twin. Dia terus tengok 1st twin.
Mama terus disorong ke OT. Dalam OT lak pakar bius baca macam2 term dan condition. Mama bukan dengar pun sebab lalok. Layankan aje. Lepas tu, terus kena bius tulang belakang. Doktor semua paksa mama supaya berjaga tapi mama lalok xleh buka mata. Tahu2 nurse datang bawak 2nd twin kat dada.
Itu aje yang rasanya mama ingat dalam kepala semasa melahirkan twin mama kali ni.
1st Twin Perempuan, berat 2.5kg, panjang 44cm dan ukur lilit kepala dia 31.5cm. Dilahirkan secara normal pada pukul 7.33pm. Diberi nama NAURAH NUR ANEESA BINTI MOHD RADZI - Bunga Cahaya Penghibur Hati
2nd Twin Perempuan, berat 2.395kg, panjang 46cm dan ukur lilit kepala dia 32cm. Dilahirkan secara emergency c-zer pada pukul 8.05pm. Diberi nama NAURAH NUR ALEESYA BINTI MOHD RADZI - Bunga Cahaya Dilindungi Allah (Protect by Allah)
4 ulasan:
seronoknya ada twin kan zaidah...tahniah ye...
congrates kak zaidah..akak merasa dua2 pengalaman berharga nie..tahniah sekali lagi..
hai salam perkenalan...
akak deliver twin satu ceaser satu normal.. aduh mesti sakitkan.. saya operate je pun sakit rasanye...
aduhh dua-dua sakit....takutnyer nak bersalin twin nie...
Catat Ulasan