Isnin, 9 Mei 2011

Aqil bersenam kemudian demam

Hari Jumaat lepas sekolah Aqil ada senamrobik... Seronok aku tengok dia ikut setiap step. Sedih gak sebab setiap kali perkembangan anak yang awal2 mesti hubby yang dapat menjadi saksi utama. Masa Kakak (Naurah Qistina) dulu pun macam tu. 1st time kakak ke tadika, hubby gak yang hantar. Ni sekarang Aqil, hubby gak yang dapat tengok perkembangan awal dia.

Jom layan video Aqil senamrobik. Muka masam sebab panas katanya. Tapi tetap comel di mata mama.... Hehehehehe...


Malam Jumaat tu aku dah rasa suhu badan Aqil lain macam sikit. Jadi aku cakap kat Hubby yang Aqil mungkin nak demam. Tapi macam biasa la En Hubby aku, takde apa la.. Biasa aje suhu badan dia. Jadi aku pun biarkan aje la... Hari Sabtu pagi dia Ok lagi. Aku ngan En Hubby pun pi Mom & Baby Expo 2011 di Mid Valley. Balik dari shopping terus pengsan sebab kepenatan. En hubby yang layan anak-anak.

Dia yang layan Aqil yang dah demam tu. Malamnya aku lak take over. Masa aku take over, aku terus bagi ubat masuk b*nt*t. Maka Sabtu malam Ahad, aqil dapat tidur dengan lenanya. Tapi awal-awal pagi Ahad suhu badan dia naik balik. Aduh!!!! Aku yang tak berapa nak larat ni kena ikut kerenah dia. Nak peluk, nak mama baring dekat Aqil, nak mama suap makan Aqil etc.... Aku Layankan aje. Ahad malam, aku suruh hubby beli Anema coz Aqil asyik cakap sakit perut. Bila aku urut perut dia keras semacam. Bila tanya last dia buang air, dia cakap hari Khamis. Maka dengan itu, aku terus masukkan Anema. Alhamdulilah, habis dibuangnya. Tapi suhu badan dia masih panas. Dia lak nak tidur dengan aku. Layankan aje. Badan yang panas tu kena dipeluk. Dia sampai mengigau sebab badan terlalu panas. Pukul 1.45am aku bangun bagi dia makan ubat. Sampai pukul 3.50am dia tak tido lagi.

Paginya papa ngan kakak pun tak larat nak bangun ke sekolah. En Hubby terus bawa Aqil ke Klinik. Boleh baca ceritanya di sini. Rupanya anak teruna aku kena Demam virus disebabkan tonsilnya terlalu bengkak. Kesian dia...

Tiada ulasan: