Rabu, 29 Jun 2011

Misteri Jari Kaki

Dulu masa kecik-kecik aku selalu kena gelak dek sepupu aku sebab ibu jari kaki aku panjang dari jari kaki yang lain. Sampai aku nangis2 la. Masa tu kecil akal pun pendek, pasal tu pun aku leh merajuk dan menangis. Sampai satu masa arwah datuk sedara aku cerita pada aku dan sepupu kenapa ibu jari kaki kami berbeza.

Arwah cakap jika ibu jari kaki panjang dari jari yang lain, macam jari kaki aku bermakna ibu aku akan meninggal dahulu dari ayah aku.

Manakala jari kedua lebih panjang dari jari kaki maka ayah akan pergi dulu sebelum ibu. Jarak masa tidak diketahui tetapi giliran siapa yang meninggal dahulu sahaja yang boleh diketahui.
Sejak aku tahu perkara tersebut, aku selalu perhatikan setiap kali kematian yang berlaku berdekatan aku. Dan memang apa yang arwah datuk sedara aku katakan ada kebenarannya. Aku pasti akan menjengah kaki waris si mati untuk melihat betul atau tidak cakap arwah datuk sedara aku tu. Dan sepanjang yang aku perhatikan memang betul.
Dalam forum Ratuhati sekarang ni ada satu thread bertajuk "Jika Dia Pergi Dahulu". Ramai member-member RH tu risau jikalau sang suami pergi dahulu dari mereka. Aku pulak tidak begitu risau kerana dari amatan aku, ibu jari kaki anak-anakku semuanya lebih panjang dari jari yang lain. Ini bermaksud aku yang akan meninggalkan mereka dahulu. Selalu aku berpesan kepada Mr Hubby supaya dia menjaga anak-anak kami dengan baik. Pastikan pengganti aku menyayangi anak-anakku seadanya. Tidak terlalu memanjakan dan tidak pula mendera anak-anakku. Aku juga rajin berpesan supaya segala harta yang atas nama aku (bukan banyak sangat pun harta) diberikan kepada anak-anakku. Tetapi selalunya Mr Hubby cakap aku mengarut. Hehehehehe....


Selasa, 21 Jun 2011

Update pasal twin - 1 bulan

Ni gambar si Aneesa dan Aleesya semasa check up sebulan di KIA Pasar Gombak. Temujanji masa tu pukul 8.30pagi. Papa memula pegi keje pastu pukul 8pagi dia balik ambil mama dan kembar. Sampai KIA terus kena timbang. Mama bawa Aneesa dan papa pula dukung Aleesya.




Perkembangan Aneesa

Masa lahir ----->Sebulan

Berat 2.5kg-----> 3.35kg

Panjang 44cm-----> 50.5cm

Lilitan kepala 30.5cm ----->34cm

BMI 13 (Normal)




Perkembangan Aleesya

Masa Lahir-----> Sebulan

Berat 2.395kg-----> 3.15kg

Panjang 46cm-----> 53cm

Lilitan kepala 31.5cm-----> 33cm

BMI 11 (Low - Line Kuning)



Alhamdulilah kembar mama sihat dan berat badan mereka pun naik. Hanya BMI Aleesya yang mama risaukan sikit. Nak buat macamana dia kecil dan tinggi. Si Aneesa lak rendah dan tembam.


Kali ni kembar kena suntikan Hepatitis B (dos kedua). Nasib baik tak demam. Mama harap anak-anak mama menbesar dengan sihat, Amin.

Jumaat, 17 Jun 2011

Update pasal Twin Mama - rutin harian mama dan twin


Lagi 2 hari umur si kembar mama ni genap sebulan. Kejab aje rasanya... Alhamdulilah luka c-zer mama pun bertambah baik. Sekarang bila waktu bekerja, papa akan tido di bilik purple bersama kakak atau abang. Mama dan twin tido dalam bilik master. Alhamdulilah mama dah boleh adapt dengan cara tido kembar mama... Dalam pukul 1 pagi mesti salah seorangnya akan bangun untuk susu, tak lama kemudian sorang lagi akan bangun. Mama dah bersedia dari awal, biasanya mama tak tido lagi masa tu. Memang tunggu dorang bangun. Bagi susu pada kembar dan tukar lampin mereka. Semuanya akan settle pada pukul 2 pagi atau 2.30pagi.. Selepas tu mama boleh tido dengan nyenyaknya... Namun pukul 5 pagi kena bangun balik semula untuk sesi kedua, tapi kali ini hanya menyusu tak perlu tukar pampers. Time ni mama terus berjaga sehingga papa bangun pukul 6.00 pagi dan bersedia ke tempat keje.


Pukul 8.30 - 9.30 pagi adalah waktu yang biasanya mama mandikan kembar. Masa ni kak ila tolong jaga salah seorang kembar. Mama uruskan yang sorang. Dah settle yang sorang kini giliran yang lagi satu. Pukul 10.00pg kedua-duanya pasti sudah kenyang dan mengantuk. Jadi masa ni, mama dan kembar akan tido sehingga pukul 12.30 tengah hari. Bangun mama makan dulu sebelum kembar bangun untuk menyusu. Mereka sambung balik tido tapi mama akan tolong kakak bersiap sedia untuk ke sekolah. Papa akan balik dari keje dan terus menghantar kakak ke sekolah.


Selepas kakak ke sekolah, mama akan sambung tido balik atau sebok melayan abang. Tapi macamana pun mama kena tido supaya malam nanti mama tidak terlalu mengantuk untuk uruskan kembar sorang-sorang.


Namun sekarang Aneesa merupakan anak mama yang sangat manja. Perlu dipeluk untuk tidurkan dia. Aneesa juga selalu menangis sehingga mama, papa dan kak ila tak tahu nak buat apa pada dia. Malah sekarang dia lebih suka menyusu badan berbanding minum susu botol. Alhamdulilah...


Aleesya pula sekarang merupakan anak yang paling mudah dijaga. Asal perutnya kenyang, dibedung pasti dia akan tertidur sendiri. Tak perlu dipeluk seperti Aneesa. Kekadang mama baru aje bedungkan dia dan letak di tempat tidonya, mama akan ambil pula Aneesa. Alih-alih tengok dia dah nyenyak tido. Alhamdulilah....

Khamis, 16 Jun 2011

Alhamdulilah

Kakak (Naurah Qistina) dan best friend (Nur Allisya Hanis) - 1st of school


Peperiksaan Pertengahan Tahun dah pun selesai sebelum cuti sekolah lagi... Masa tu mama dah melahirkan twins dan sebok dalam pantang. Memang mama tak bantu kakak ulang kaji pun. Hanya harapkan papa aje. Papa pun masa tu sebok bantu mama handle twin sebab mama masih culture shock lagi dengan kehadiran dua baby serentak....



Tetapi Alhamdulilah rezeki kakak dan memang kakak layak menerimanya.... Kakak dapat semua 100% bagi subjek teras...



Bahasa Melayu Pemahaman - 100%

Bahasa melayu Penulisan - 100%

Matematik - 100%

Bahasa Inggeris - 100%

Sains - 100%


Semalam kawan-kawan mama aka cikgu-cikgu kakak telefon memberitahu berita gembira ini. Kakak memperolehi nombor 1 dengan berkongsi dengan 2 rakan kelasnya yang lain. Kawan baik dia Nur Allisya Hanis dan Nur Alia Qistina. Alhamdulilah.... Kakak memang harapan mama... Amin...

Sabtu, 11 Jun 2011

Anak Mama aka Abang dah besar


Semalam merupakan satu permulaan baru bagi abang Muhammad Naufal Aqil. Dia telah berjaya tido di bilik purple bersama kakak. Sebelum ini abang tido bersama-sama mama, papa dan babies di bilik mama. Mulai semalam papa telah berjaya memujuk abang untuk tido di bilik purple selepas papa membeli tilam queen yang baru untuk mereka. Kak long dan abang bukan main seronok lagi. Semalam papa temankan mereka sehingga mereka tido. Namun pukul 5pagi tadi abang terjaga dan menangis mencari papa. Nasib baik Kak Ila (bibik) terjaga dan dia temankan mereka di bilik purple. Mama tetap sebak sama seperti semasa kakak mula-mula tido di bilik lain dulu. Agaknya semua anak mama mula tido bilik lain mesti mama mengalir air mata. Ini untuk kebaikan Abang juga, sbb mulai Isnin ni Abang dah mula sekolah balik kalo tido di bilik mama mesti tidonya terganggu sbb babies asyik nangis malam.

Kali pertama mama menjaga babies sendirian

Hari ni papa mula mendaftar untuk sambung belajar. Pagi-pagi lagi papa dah bersiap untuk ke Institut Perguruan Kampus Pendidikan Teknik. Papa bakal menyambung ijazah sarjana muda pendidikan dalam bidang sains. Hari ini tinggal la mama dengan babies sendirian, walaupun ada bibik yang boleh bantu tapi mama lebih suka kalo papa yang tolong mama jaga babies. Mama doakan papa sentiasa cemerlang dalam pelajaran papa, amin... 

Jumaat, 10 Jun 2011

Anak harapan mama

Along yang baru berusia 7 tahun dah boleh diharapkan untuk membantu mama menjaga adik kecilnya. Alhamdulilah.....

Khamis, 9 Jun 2011

4 orang anak dalam masa 8 tahun

Dari kiri : Naurah Qistina, Naurah Nur Aneesa, Naurah Nur Aleesya dan Muhammad Naufal Aqil

Kalo di ikutkan anak mama pastinya sudah ada 6 orang... Namun 2 kali gugur. 1 pada tahun 2008 dan sekali pada tahun 2010 (sebelum mengandung si twin).

2004 - Naurah Qistina dilahirkan di HUKM. Berat 2.9kg pada pukul 5.55pm.
2006 - Muhammad Naufal Aqil dilahirkan juga di HUKM. Beratnya juga 2.9kg pada pukul 6.14pm.
2008 - Gugur
2010 - Februari gugur. Sebabnya zaidah tak tahu mengandung, lepas tu sebok dan mengedik ajar murid-murid lompat tinggi. Cikgunya demo dulu 2 kali. Lepas tu, terus rasa sakit kat bawah abdomen. Masa tu baru 6 weeks. Masa 9weeks bleeding dan terus kena D&C
2011 - Naurah Nur Aneesa dilahirkan di HBKL, berat 2.50kg pada pukul 7.33pm. Naurah Nur Aleesya dilahirkan di HBKL juga, berat 2.395kg pada pukul 8.05pm.

Lepas ni kena rehat lama sikit la ye sebab c-zer.... At least jarak 3 tahun... InsyaAllah yang tu nanti anak bongsu mama. Wait n see.....

Selasa, 7 Jun 2011

Hari ke-19

Sebelum bercerita tentang rentetan dari hari pertama ke hari 19, marilah kita melihat gambar twins yang terbaru... Aneesa suka tido meniarap manakala Aleesya suka tido dibedung. Nampak sangat perangai berbeza dorang.



Kali ini adalah cerita tentang kesihatan mama yang tak berapa nak sihat.


Hari ke-4 mama kena bengkak susu. Sakit sangat sampai menangis. Lagi la menangis bila babies twin menangis nak susu. Kesian dorang sebab entah macamana, saluran tersumbat. Sebelum tu, ok aje. Kesian sangat. Terus papa bawak mama + twins dan ditemani ibu ke Poliklinik Permata jumpa Dr. Asmah. Dr bagi mama antibiotik Amoxy dan ubat bengkak Papase.Lepas tu, mak bidan pun datang urut mama supaya susu dapat keluar dengan lancar. Alhamdulilah beberapa hari kemudian mama tak lagi mengalami bengkak susu. Namun, atas saranan doktor papa telah beli susu formula untuk topup si twins. Sebab susu mama masih tak cukup untuk menampung twins. Walaupu tak rela tapi mama redha untuk kebaikan anak-anak mama juga.


Hari ke-14 pula mama kena infection di virgina. Aduh, macam-macam. Masa ni darah nifas dah habis tapi mama masih kena pakai pad sebab keputihan yang melampau. Pergi lagi ke klinik jumpa Dr Asmah. Terus Dr bagi mama invert vagina - Neo Penotran untuk 5 hari. Aduh, ngeri la pula. Memula memang tak lalu nak masukkan tapi kalo ambik ubat makan, mama tak boleh menyusukan twins mama la pulak. Kerana anak-anak mama sanggup berkorban.

Hari ke-19 pula mama ke klinik Dr Asmah sekali lagi sebab luka jahitan c-zer mama bernanah sikit. Dr kata kena infection juga. Aduh.... berapa kali nak kena infection. Sampai doktor kata lepas ni kalo datang klinik jangan datang bawak kes infection yang lain pulak. Hehehehe... Punya la doktor dah busan nengok mama. Asyik-asyik ke klinik dia bawa sakit yang bukan-bukan. Dr bagi antibiotik macam hari tu. Pastu kena beli dressing kit sebab lepas ni setiap hari papa kena buat dressing kat luka c-zer yang kena infection tu... Aduh...


Ya Allah tolong sihatkan mama lepas ni. Jangan la berlaku macam-macam lagi. Doktor kata hemoglobin mama low. Itu sebab mama senang kena infection. Mama kena makan vitamin iron secara berterusan sehingga habis. Aduh!!!! Dalam pantang kali ni macam-macam jadi. Sampai rasa lambat sangat nak habis pantangnya.