Ahad, 29 Mei 2011

Perkembangan terbaru Aleesya


DISEBABKAN ASYIK NAK BERGAYUT DENGAN MAMA, PAPA BAGI ALEESYA PAKAI PACIFIER... 

Sabtu, 28 Mei 2011

NAURAH NUR ALEESYA - 2nd twin aka adik

NAURAH NUR ANEESA - 1st twin aka kakak

Pengalaman bersalin Kembarku....

Tahun ini hadiah hari guru terbaik untuk mama dan papa. 18hb perut mama sakit sangat, petang tu papa bawak mama ke klinik Seri Melawati. Jumpa dengan doktor Marina, dia VE dekat mama. Dah buka 2cm. Doktor Marina bagi surat reffer ke hospital. Mama tak pergi terus ke hospital tapi balik ke rumah. Siap mandi dan makan hilang rasa sakit. Jadi mama cancel pergi hospital.




19hb masih tak sakit. Mama hantar kakak ke sekolah dan terus klinik Permata. jumpa doktor Asmah buat lagi sekali VE. Kali ini dah 4cm terus kena marah. Papa kol mama ajak pergi hospital. pukul tiga lebih sampai HKL terus ke PAC jumpa nurse Wong. Doktor check mama dan scan baby. Doktor Anizah tetap suruh mama deliver normal sebab nanti dorang tolong buat ECV lepas 1st twin keluar...




Jadi mama pun terus disorong ke labour room... Diletakkan dalam bilik no 18. Nurse layan baik aje... Tapi dia penat nak buat CGI scan sebab 2nd fetus heart beat payah nak dapat. pukul 7.00 malam nurse offer ubat tahan sakit. Lepas dapat ubat tu terus lalok, mengantuk giler. Papa sebab mama kata nak tido dia pun keluar try tepon maklang coz nak suruh maklang ambik kakak kat sekolah. Tak lama lepas tu mama rasa nak teran, nurse pun sebok panggil semua orang termasuk doktor pakar. Ramai giler orang kat dalam bilik tu. Mama tak nampak pun papa, sebab papa baru aje keluar. Mama push dalam 5 kali terus keluar 1st twin tepat pukul 7.33pm...




Tapi 2nd twin dorang x kasi teran lagi sebab nak scan dulu kedudukan baby... Bila dah scan terus dorang jerit footling breech.... Pakar terus cakap proceed to OT... Aduh, teruk macam ni... Dorang pun sebok minta pelbagai tandatangan untuk procedur c-zer. Mama masa tu lalok giler, x leh bukak langsung mata. Tandatangan aje. Terus dorgang sorong mama ke OT. Masa ni jumpa papa kat koridor labour room. Dia pun macam terkejut aje sebab mama dah bersalinkan 1st twin. Dia terus tengok 1st twin.




Mama terus disorong ke OT. Dalam OT lak pakar bius baca macam2 term dan condition. Mama bukan dengar pun sebab lalok. Layankan aje. Lepas tu, terus kena bius tulang belakang. Doktor semua paksa mama supaya berjaga tapi mama lalok xleh buka mata. Tahu2 nurse datang bawak 2nd twin kat dada.




Itu aje yang rasanya mama ingat dalam kepala semasa melahirkan twin mama kali ni.




1st Twin Perempuan, berat 2.5kg, panjang 44cm dan ukur lilit kepala dia 31.5cm. Dilahirkan secara normal pada pukul 7.33pm. Diberi nama NAURAH NUR ANEESA BINTI MOHD RADZI - Bunga Cahaya Penghibur Hati




2nd Twin Perempuan, berat 2.395kg, panjang 46cm dan ukur lilit kepala dia 32cm. Dilahirkan secara emergency c-zer pada pukul 8.05pm. Diberi nama NAURAH NUR ALEESYA BINTI MOHD RADZI - Bunga Cahaya Dilindungi Allah (Protect by Allah)

Jumaat, 27 Mei 2011

Selasa, 17 Mei 2011

Manjaku Baby Centre Sale and J-card members Sale Wangsa Maju

JJ wangsa Maju ada j-card sale pada 19hb ni....



19hb Mei 2011 ni ada sale kat Manjaku Baby Centre Jalan Gombak. Apa yang mama nak beli ye?

Mama nak pi mana ye???

Khamis, 12 Mei 2011

Azam Yang Jitu


Mama sekarang tengah berazam untuk menyusukan baby twins mama dengan fully BF.... Alhamdulilah papa memberi sokongan sepenuhnya. Kalo dulu kakak, mama hanya sempat menyusukan dia selama 9 bulan. Manakala Aqil, hanya 1 tahun 7 bulan. Itu pun diorang minum BM campur dengan FM. Jadi kali ini mama berazam untuk menyusu sepenuhnya selama 2 tahun, only breastmilk. No more formula milk.


Sebagai persediaan mama dah beli breast pump yang pernah mama pakai masa menyusukan Aqil. Breastpump yang murah aje... Mungkin mummy di luar sana akan kata pureen breastpump x sehebat breastpump yang lain, tetapi semasa mama menyusukan Aqil, brestpump ini telah memberikan khidmat yang amat memuaskan hati mama.



kredit to mr google


Selain itu, papa telah membeli chest freezer untuk mama menyimpan stok EBM. Mama sungguh terharu dengan sokongan papa kali ni. Memang sebelum ini papa suruh mama BF anak2 dia tapi mama yang tak kuat azam. Tapi kali ini, mama telah berazam dan tekad.... InsyaAllah. TQ papa sebab belikan mama chest freezer.



kredit to Mr Razio


Selain itu, mama juga telah membeli nursing pillow Bumble Bee semasa Sogo Warehouse. Alhamdulilah memang murah.


Doakan semoga mama untuk berjaya menyusu twins babies mama dengan jayanya.

Isnin, 9 Mei 2011

Aqil bersenam kemudian demam

Hari Jumaat lepas sekolah Aqil ada senamrobik... Seronok aku tengok dia ikut setiap step. Sedih gak sebab setiap kali perkembangan anak yang awal2 mesti hubby yang dapat menjadi saksi utama. Masa Kakak (Naurah Qistina) dulu pun macam tu. 1st time kakak ke tadika, hubby gak yang hantar. Ni sekarang Aqil, hubby gak yang dapat tengok perkembangan awal dia.

Jom layan video Aqil senamrobik. Muka masam sebab panas katanya. Tapi tetap comel di mata mama.... Hehehehehe...


Malam Jumaat tu aku dah rasa suhu badan Aqil lain macam sikit. Jadi aku cakap kat Hubby yang Aqil mungkin nak demam. Tapi macam biasa la En Hubby aku, takde apa la.. Biasa aje suhu badan dia. Jadi aku pun biarkan aje la... Hari Sabtu pagi dia Ok lagi. Aku ngan En Hubby pun pi Mom & Baby Expo 2011 di Mid Valley. Balik dari shopping terus pengsan sebab kepenatan. En hubby yang layan anak-anak.

Dia yang layan Aqil yang dah demam tu. Malamnya aku lak take over. Masa aku take over, aku terus bagi ubat masuk b*nt*t. Maka Sabtu malam Ahad, aqil dapat tidur dengan lenanya. Tapi awal-awal pagi Ahad suhu badan dia naik balik. Aduh!!!! Aku yang tak berapa nak larat ni kena ikut kerenah dia. Nak peluk, nak mama baring dekat Aqil, nak mama suap makan Aqil etc.... Aku Layankan aje. Ahad malam, aku suruh hubby beli Anema coz Aqil asyik cakap sakit perut. Bila aku urut perut dia keras semacam. Bila tanya last dia buang air, dia cakap hari Khamis. Maka dengan itu, aku terus masukkan Anema. Alhamdulilah, habis dibuangnya. Tapi suhu badan dia masih panas. Dia lak nak tidur dengan aku. Layankan aje. Badan yang panas tu kena dipeluk. Dia sampai mengigau sebab badan terlalu panas. Pukul 1.45am aku bangun bagi dia makan ubat. Sampai pukul 3.50am dia tak tido lagi.

Paginya papa ngan kakak pun tak larat nak bangun ke sekolah. En Hubby terus bawa Aqil ke Klinik. Boleh baca ceritanya di sini. Rupanya anak teruna aku kena Demam virus disebabkan tonsilnya terlalu bengkak. Kesian dia...

Ahad, 8 Mei 2011

Gambar kedudukan baby kembar pada 35 minggu

Walaupun cite dah basi tapi mama masih tak sempat nak menulis dalam blog mama ni. Hari Rabu lepas (4/5/2011), Kakak Naurah Qistina diserang Diarrhea. Mama pun bawa kakak Nana ke Klinik Permata berjumpa dengan Dr. Hjh Asmah. Sambil menyelam, mama minum air la sekali. Mama pun nak can nak tengok kedudukan babies twin mama.


Sebelum scan mama cite sikit apa yang doktor HBKL cakap kalo kedudukan babies masih tidak turun ke bawah. Kena C-zer ajela jawabnya. Lepas tu Dr Asmah pun memulakan aktiviti scan.


Twin A..... Cephalic berada dalam kedudukan bersedia untuk dilahirkan secara normal. Twin A sihat dan aktif. Beratnya 2.2++kg


TAPI

Twin B..... Kedudukan transverse lie (melintang di atas twin A)..... Twin B juga sihat dan aktif. Beratnya kurang la pulak.... 1.8++kg aje... Masa scan kat HBKL 2.1++kg... Takkan berat Twin B berkurangan atau twin B diet.



Kedudukan Twin Babies sekarang

Yang paling mama kena bersedia adalah Dr Hjh Asmah cakap kalo secara logik (apa yang dia belajar selama menjadi doktor) mustahil mama dapat melahirkan secara normal twin mama ni. Jadi mama sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Mama dan papa telah berbincangan, telah memilih tarikh 20hb Mei 2011 untuk tarikh melahirkan kedua-dua baby mama ni. Itu pun kalo diizinkan Allah dan dibenarkan oleh doktor.