Hari Khamis malam Jumaat (14/4/2011), mama bz burn CD untuk preparation Majlis Permuafakatan Ibu Bapa (Rantaian Kasih) murid LINUS kohort 2 2011. Malam tu tido x berapa nak lena sangat.
Pepagi Jumaat 15/4/2011, bz lak menyiapkan presentation slide untuk taklimat pukul 3.00 petang nanti. But since 4am, perut asyik aje mengeras. Memula tak layan sangat. Tapi makin lama makin rapat la gap masa perut mengeras. Bagitahu hubby, terus kena rest. Macamana nak rest sebab keje x siap lagi. Call Kak Za mintak dia ganti bagi taklimat. Dia OK aje hanya dia nak slide presentation. Aku pun slow2 buat slide.
Pukul 12.30pm, hubby balik keje terus suruh siap sebab nak pi hospital. Tapi aku degil coz aku nak settlekan dulu keje aku yang satu ni. Maka pukul 1.50pm hubby hantar aku ke sekolah dengan kakak sekali. Majlis habis pukul 5.45pm. Terus ambik kakak hantar balik. Kakak siap nangis sebab sedih x leh PJ ngan kekawan dia. Kesian lak kat dia.
Hantar kakak sampai rumah terus bertolak ke HBKL. Aku terus ke PAC (Patience Assesment Centre). Kena ambik urin, timbang dan check contraction. Aku cakap ngan doktor gap setiap contraction 20 minit. Then memang dorg detect contraction gap 20 minit dengan 10 minit punya contraction. Kena baring buat pap smear dan VE. Tapi jalan x bukak lagi... Doktor Amir turun dan terus scan babies. Doktor bagitau kena ambik suntikan Dexamethasone untuk mematangkan peparu babies takut aku terbersalin awal. Kena ambik 2 kali suntikan. Gap 12 jam.
Sampai kat wad aku kena jalani CTG (cardiotocography) lak.... Nak tengok denyutan jantung babies. Yang lawaknya sampai 3 mesin CTG ditukar tapi fetus heart beat tak jugak dapat. Last2 Pagi 16/4/2011 baru berjaya dapat CTG yang betul. Payah gak nak dapat CTG sebab babies masih kecil dan asyik berubah tempat. Sampai mama kena pegang alat CTG tu kalo x asyik hilang aje grafnya....
Rutin di hospital sama aje. Bangun pagi, sarapan pastu kena ambik tekanan darah dan dengar fetus heart beat. Kesian nurse sebab susah sikit nak cari twins punya heart beat sebab asyik le sembunyi. Lepas tu lunch, kena check lagi. Pastu minum petang, kena check lagi. Pukul 7.00mlm dinner lak. Pastu check. Pukul 11.00mlm check lagi. last sekali pukul 4.00 pagi... Aduh!!! bukan setakat nurse aje yang boring... dengan mama sekali naik boring coz asyik bukak kain selak baju nak check perut.
2nd day kat wad, mama ditransfer ke 1st kelas wad. Kat situ best sikit sebab ada aircond. Duduk lak 2 bed aje. X dengar langsung tangisan baby. X macam kat 2nd wad...
Hari Isnin pagi mama leh discharge.... tapi masih dapat cuti sakit until this Friday (22/4/2011). Layankan aje la... Bed rest. Then 22/4/2011 ada temujanji di O&G klinik. Tengok apa lak jadi lepas tu.
2 ulasan:
hai kak.....i nak tanya pendapat akak...sudah 6 bulan saya miscarriage.....sudah try tapi masih belum lekat lagi.....my fren suggest pergi berurut..mungkin boleh lekat....apa pendapat akak?
pinky....
Boleh juga berusaha... sebab dah 6 bulan dah... luka kat rahim dah sihat, sepatutnya tanpa perancang dah boleh mengandung... cuba dulu berurut...
sebab akak pernah dengar org kata lepas gugur akan cepat mengandung... atau lebih lambat lagi nak mengandung balik... baik usaha....
Good luck pinky
Catat Ulasan