Semalam mama berjaya memujuk papa untuk pergi makan durian. Papa yang pilih tempat dan buah duriannya. Papa drive terus ke Taman Melawati, sampai kat tempat tu mama pilih tempat duduk. Papa terus pilih dua biji buah durian. Harga sekilo RM12.00. Total yang kami kena bayar RM39.00. Papa juga ambik pulut durian.
Malamnya, mama panas dan tido dalam keadaan yang resah. Terjaga pukul 3.00pagi tak rasa babies bergerak. Terus goyangkan perut, Alhamdulilah selepas beberapa lama babies mula bergerak. Agaknya mereka pun resah dan panas di dalam tummy mama. Sorry sayang, mama teringin nak makan sangat durian. Lepas ni mama dah x leh makan dah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan