Khamis, 28 April 2011

Gunting rambut kakak

Balik dari sekolah semalam, terus ke Greenwood untuk ambik baju raya yg mama tempah hari tu. Alang-alang dah sampai situ mama pun bawak la kakak gunting rambut sebab rambut kakak dah cucuk mata. Lagipun kakak malas nak keringkan rambut lepas mandi. Kena mama yang tolong. sekarang ni mama boleh lagi tolong sebab tak berapa bz sangat. Tapi lepas ada twins nanti pasti semua tu kakak kena buat sendiri.... Jadi mama pun potong pendek atas telinga rambut kakak. Nampak kemas sikit...

Selasa, 26 April 2011

Perkembangan fetus - hamil 34 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.



Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami.




• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan.

Isnin, 25 April 2011

Shopping di Sg Wang... Hehehehe

Ciplak dari Blog Pakweku Razio

Lamo botui tk update blog ni..tk ingat password sebenornye..hehehe..ni pon pulun try ketuk2 kepala last2 dpt jugak. Nasib baik boleh kalo tk kena buat lagi 1 blog baru.



Hari ni pagi2 dh p NSK cari stok makanan utk seminggu, balik singgah mymydin lak..tambah lg stok. Pas tu makan roti canai kat Deen Nasi Kandar. Sedang melayan roti terpandang org2 kat sebelah tu makan nasi kandaq..rase sedap la plak..makanya makan la nasi plak..gilo konyang porut den. Awek aku( bini aku la tu) pon sama..layan makan tambah lagi tgh sarat mengandung baby kembar ni..makan ngalahkan aku...hehehe ok mama cayok2...teruskan usaha membesarkan diri dan baby dalam kandungan.



Balik rumah dh dkt pkl 12 tgh...porut plak dh kenyang..apa lagi layan bantal la plak..ntah ape gaknya hr ni ngnatuk je manjang..nk kata tk cukup tido..rasanya bolehla cukup2 kot(mlm td tido kul 2.30). Mungkin kesan makan ubat selsema mlm tadi kot ni.


Petang tadi rasa teringin sangat nak beli jam. Sebenornye dh lama dh aku dok belek2 web cri jam tangan..dah ada yang berkenan..Casio Edifice..byk tul modelnya..cantik2 lak tu..tk tau mana satu nk pilih. So pa lagi aku pon ajak la awek aku p Sg Wang...Accurate Time Trading(ACT) nama kedai tu. Banyak gak dia punya koleksi Edifice kat situ..tapi takde yg aku nak tu...so pusing2 la kt sg wang cri2 kedai lain kot2 ada..tp malangnya tk ade yang sebanyak koleksi kt ACT. Aduh..nak pusing2 lg tp aku kesian kt awek aku yang tengah sarat tu..mengah2 dia jalan..sian mama..sory ma kena ikut papa time2 camni..So kami pon pegi la balik kt ACT..belek2 lagi..byk botui maso eh abihan kek situ... last2 pejam mata amik je la model EF 129D...cantik juga walau yg menjadi idaman lebih cantik..tp dh takde nk buat camne ye tak? So bayar..terus pakai..haha..sambil jalan tgk jam baru..fuh mantop.

On the way nak p kat lif..jumpa plak ngan kedai kamera..berenti la sat..kunun nk tgk2 je..nikon..canon..akhirnya..akhirnya beli la pulak satu lagi digital kamera..canon lagi..tp cantik la gambo die..14.1Mp. takde pikir2 dah terus sambar..settle terus balik..


Awek aku tengah isi warranty card..


Aku punya yang silver tu..ntah le kaler lain nmpk kureng skit..


Penat..makan dulu boleh?? nt sambung lg..kalo tk lupa password la hahaha

Sabtu, 23 April 2011

Gambar perut terkini (mengandung kembar)


Sekarang ni sudah 33 minggu 3 hari.... Gambar terkini 23/4/2011 di Sg Wang lepas shopping ngan hubby.... Lenkali cite pasal shopping lak.... Besarnya perutku.... Tengok juga di lenganku, jam hadiah dari hubby...

Update terkini tentang Twin

Hari Jumaat (22/4/2011) mama ada check up kat Klinik O&G HBKL. Appointment pukul 7.30pg, mama sampai awal sikit tapi masih ada orang lagi cepat. Mama dapat giliran nombor 4. Nurse semua sebok cari fail mama tapi tak jumpa sebab fail mama ada kat ward MH4B. Hari tu baru aje masuk ward (4hr 3mlm). Jadi nurse kena ke bahagian PAC untuk ambik fail mama.


Lepas tu, terus ambik buku merah kena test urin. Alg dan sugar semua normal. Pegi timbang dan check tekanan darah pulak. Berat turun sikit, masa kena warded hari tu berat mama 63.4kg, now berat mama 63kg aje. Tekanan darah lak 109/71.


Terus tunggu depan bilik doktor. Sempatla mama makan biskut 3 keping, pastu doktor panggi masuk bilik 2. Jumpa dengan Dr Lonny Chen Rong Qi. Dia selak-selak fail mama, terus dia suruh mama pi scan di bilik 15. Sampai bilik scan nama mama kena panggil dengan sonographer Yannie. Abis satu perut mama dia letak gel, melekit-lekit. Dia scan, twin A. Dia kata twin A besar dari sikit dari saiz sepatutnya. Alhamdulilah, mama takut kalo kecil dari saiz sepatutnya. Twin B saiznya memang ikut umur dia. Alhamdulilah, perut sakit sangat masa sonographer tu dok tekan nak scan twins. Tahankan aje.


Lepas scan kena ambik darah lak untuk buat FBC lak. Darah mama kena ambik dalam 3ml dan terus kena bawa ke kaunter 19. Tunggu kejab aje terus dapat result. Hb mama dah naik dan doktor tulis dengan pen hitam (untuk kali pertama sebab sebelum tu asyik kena tulis dengan pen merah aje) 10.7g/dL. Then masuk balik bilik doktor, dia tengok kaki mama tak bengkak. Dengar fetus heart beat Twin A - 141 dan Twin B 140. Tinggi rahim 35. Pastu doktor bagi tahu yang twin A tu cephalic dan EFW - 2.207kg tapi twin B tu masih breech dan EFW 2.134kg.


Mama bila tahu twin B masih lagi breech terus mama tanya boleh ke kalo normal labour kalo sorang cephalec dan sorang breech. Doktor kata tak boleh, biasanya kena c-zer. Aduh terus lemah badan dengar macam tu. Tapi doktor kata dia bagi lagi 3 minggu masa untuk tengok masa ada baby B masih breech atau tak. Kalo masih lagi breech masa next appointment akan terus dapat date untuk c-zer. Tapi kalo dia dah turun dan jadi cephalic maka mama boleh normal labour.


Jadi sekarang ni hari-hari usap baby B dan cakap dengan dia suruh turun. Kekawan pun tolong doakan sesama ye... Next appointment adalah pada 13/5/2011 pukul 7.30am jugak. Tunggu....

Hadiah dari Hubby

Hari ni mama teman hubby pi hantar kakak ke sekolah. Saja mengada-ngada.. Pastu ajak hubby makan sebab hari ni maid segan nak masak lauk berkuah. Jadi ajak hubby makan kat luar. Walaupun sakit, tapi perut yang lapar menguasai segalanya... Hehehehe


Hubby ajak pi makan di Food Court Giant Taman Permata. Mama follow aje. Pilih makanan di gerai Hajah Rahmah dan Hubby lak order chicken yee mee. Pas makan hubby sebok dok ulang alik di Time Galerie. Mama ingat sebab hubby nak beli jam untuk dia. Hubby sekarang bz menyelak2 web yang menjual jam secara online.


Tengah makan tauhu bakar, hubby datang bawak beg Time Galerie dan terus bagi mama. Ehhh... kenapa lak bagi kat mama? Hubby jawab "Nah hadiah untuk Eda". Alamak terkezut i... Hehehehe... tapi hati berbunga-bunga.... Last jam branded yang dipakai adalah jam Polo yang dihadiahkan oleh hubby (masa tu boyfriend lagi).... Sayang jam tu rosak sebab dijatuhkan oleh anak2ku... Lepas tu, beli jam murah2 aje... Jamu la mata melihat jam baru ku.... Hehehehe.... Jangan jealous....




BEL-100D-1AV


• His-and-hers pairs

• ''European Elegant'' design theme

• Popular square face design

• Date display at 6 o'clock

• 50-meter water resistance

• Stainless steel case and band

• Case / bezel material: Stainless steel
• Stainless Steel Band
• One-touch 3-fold Buckle
• Solid Band
• 50-meter water resistance
• Mineral Glass / Spherical Glass
• Date display
• Regular timekeepingAnalog: 3 hands (hour, minute, second)
• Accuracy: ±20 seconds per month
• Approx. battery life: 3 years on SR621SW
• Size of case/total weight: 30.5 X 21 X 7.9 mm/66 g

Khamis, 21 April 2011

Update tentang MGTT dan FBC

Semalam mama pi ambik result keputusan MGTT dan FBC yang telah dilakukan pada 6hb April 2011.

Keputusan MGTT
Fasting Blood Sugar : 4.1 (3.5 - 6.0)
Modified Glucose Tolerance Test : 4.6 (<7.8 Normal)

Keputusan FBC
HGB : 10.2g/dL

Masih rendah lagi bacaan Hb... Huhuhuhu

Selasa, 19 April 2011

Makan Dominos Pizza sebelah rumah

Layankan aje gambar sebab xde idea dah nak cite. Ni cite lama tapi gediks jugak nak letak.


Papa dengan pizzanya



Kakak dengan gaya laponya




Sekejab aje dah licin regular pizza


Aqil dengan gaya x mau dirakam dek lensa handset mama



Papa control hensome dan control lapo. Hehehehehe

Warded 4 days 3 nights

Hari Khamis malam Jumaat (14/4/2011), mama bz burn CD untuk preparation Majlis Permuafakatan Ibu Bapa (Rantaian Kasih) murid LINUS kohort 2 2011. Malam tu tido x berapa nak lena sangat.


Pepagi Jumaat 15/4/2011, bz lak menyiapkan presentation slide untuk taklimat pukul 3.00 petang nanti. But since 4am, perut asyik aje mengeras. Memula tak layan sangat. Tapi makin lama makin rapat la gap masa perut mengeras. Bagitahu hubby, terus kena rest. Macamana nak rest sebab keje x siap lagi. Call Kak Za mintak dia ganti bagi taklimat. Dia OK aje hanya dia nak slide presentation. Aku pun slow2 buat slide.


Pukul 12.30pm, hubby balik keje terus suruh siap sebab nak pi hospital. Tapi aku degil coz aku nak settlekan dulu keje aku yang satu ni. Maka pukul 1.50pm hubby hantar aku ke sekolah dengan kakak sekali. Majlis habis pukul 5.45pm. Terus ambik kakak hantar balik. Kakak siap nangis sebab sedih x leh PJ ngan kekawan dia. Kesian lak kat dia.


Hantar kakak sampai rumah terus bertolak ke HBKL. Aku terus ke PAC (Patience Assesment Centre). Kena ambik urin, timbang dan check contraction. Aku cakap ngan doktor gap setiap contraction 20 minit. Then memang dorg detect contraction gap 20 minit dengan 10 minit punya contraction. Kena baring buat pap smear dan VE. Tapi jalan x bukak lagi... Doktor Amir turun dan terus scan babies. Doktor bagitau kena ambik suntikan Dexamethasone untuk mematangkan peparu babies takut aku terbersalin awal. Kena ambik 2 kali suntikan. Gap 12 jam.


Sampai kat wad aku kena jalani CTG (cardiotocography) lak.... Nak tengok denyutan jantung babies. Yang lawaknya sampai 3 mesin CTG ditukar tapi fetus heart beat tak jugak dapat. Last2 Pagi 16/4/2011 baru berjaya dapat CTG yang betul. Payah gak nak dapat CTG sebab babies masih kecil dan asyik berubah tempat. Sampai mama kena pegang alat CTG tu kalo x asyik hilang aje grafnya....


Rutin di hospital sama aje. Bangun pagi, sarapan pastu kena ambik tekanan darah dan dengar fetus heart beat. Kesian nurse sebab susah sikit nak cari twins punya heart beat sebab asyik le sembunyi. Lepas tu lunch, kena check lagi. Pastu minum petang, kena check lagi. Pukul 7.00mlm dinner lak. Pastu check. Pukul 11.00mlm check lagi. last sekali pukul 4.00 pagi... Aduh!!! bukan setakat nurse aje yang boring... dengan mama sekali naik boring coz asyik bukak kain selak baju nak check perut.


2nd day kat wad, mama ditransfer ke 1st kelas wad. Kat situ best sikit sebab ada aircond. Duduk lak 2 bed aje. X dengar langsung tangisan baby. X macam kat 2nd wad...


Hari Isnin pagi mama leh discharge.... tapi masih dapat cuti sakit until this Friday (22/4/2011). Layankan aje la... Bed rest. Then 22/4/2011 ada temujanji di O&G klinik. Tengok apa lak jadi lepas tu.

Rabu, 13 April 2011

Pengisian Data LINUS Saringan 1 dan 4, 2011

Langkah-langkah Pengisian Data Saringan LINUS 1 dan 4

Mengeluarkan Data SMM untuk tahun/darjah 1 dan 2 sahaja

1. Pastikan aplikasi SMM ada dalam komputer/laptop anda

2. Buka aplikasi SMM, pilih menu Add-Ins di toolbar atas aplikasi.

3. Pilih button Import/Eksport

4. Pilih option Sekolah

5. Pilih eksport

6. Kemudian akan keluar satu pop-up menu (Eksport Data)

7. Pilih Darjah/Tingkatan D1 (tahun/darjah 1)

8. Kemudian tekan butang Darjah di sebelah. Jangan tekan butang eksport semua.

-> ini bermaksud bahawa data murid tahun 1 sahaja sudah ada dalam DATAHEM.ZIP di c:/HEM

Import Data SMM Tahun 1 ke dalam portal SMM

1. Masukkan loginID dan kata laluan bagi aplikasi LINUS sekolah masing-masing

2. Pilih butang pengisian LINUS

3. Pilih Kohort 2, Pengisian 2011 dan Saringan 1

4. Aplikasi import data akan kelihatan di bawah menu tersebut.

5. Pilih aplikasi Import Data Sistem Maklumat Murid (SMM)

6. Kemudian browse file di My Computer

7. Pilih Local Disk : C

ops.... nanti sambung... nak pi sekolah.. BYE...

Selasa, 12 April 2011

Perkembangan fetus minggu ke 32

Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.


Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.


Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.


Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.

Jumaat, 8 April 2011

Pengisian data LINUS Saringan 1 dan 4, 2011

Pengisian data LINUS kali ini agak berbeza dengan pengisian data yang terdahulu.... Kali ini perlu ada data SMM untuk di import ke dalam aplikasi... Lepas tu eksport data murid tahun 1 dan 2 aje. Sebab tadi dah try tapi x leh import semua data. Orang dari NKRA kata nak buat sedikit perubahan... Jadi kita tunggu dan lihat.... Dah try key-in, senang tapi kena masukkan setiap murid punya konstruk.... Penat wooo... Nasib baik cikgu2 sekolah aku nak key in sendiri... huhuhuhu....

Isnin, 4 April 2011

Makan sebelum pantang

Semalam mama berjaya memujuk papa untuk pergi makan durian. Papa yang pilih tempat dan buah duriannya. Papa drive terus ke Taman Melawati, sampai kat tempat tu mama pilih tempat duduk. Papa terus pilih dua biji buah durian. Harga sekilo RM12.00. Total yang kami kena bayar RM39.00. Papa juga ambik pulut durian.


Malamnya, mama panas dan tido dalam keadaan yang resah. Terjaga pukul 3.00pagi tak rasa babies bergerak. Terus goyangkan perut, Alhamdulilah selepas beberapa lama babies mula bergerak. Agaknya mereka pun resah dan panas di dalam tummy mama. Sorry sayang, mama teringin nak makan sangat durian. Lepas ni mama dah x leh makan dah...

Papa dengan gayanya

Aqil memula excited lepas tu mama yang kena suapkan dia