Khamis, 22 Disember 2011

Majlis Aqiqah dan Berendoi Aneesa dan Aleesya




18hb Disember 2011, kami telah buat kenduri aqiqah dan berendoi untuk kembar kami. Aneesa dan Aleesya berusia 6 bulan masa tu... Seronok sangat sebab kenduri kali ini meriah. Kami ambik dua tompok daging lembu, tok wan pula sembelih sekor kambing (nazar)... Awal pagi tu ada sikit tahlil oleh orang lelaki, masa tu mama sebok siapkan kembar. Lepas tu ada majlis berendoi, bermula pukul 11 pagi hingga 12.30 petang. Selepas tu, makan tengahari la pulak. Aneesa masa memula majlis berendoi baik aje, pastu mula la meragam. Aleesya seperti biasa sentiasa behave. Tak meragam langsung. Mama hiaskan sikit buaian dorang. Nak sewa macam over la pulak. Kang tok marah. Majlis berendoi tu disertai sekali dua pupu si kembar, Firas (dok Sabah). Tapi sayang gambar x banyak sebab kamera miss place. Pukul 3 petang lak ada bacaan Yaasin dan tahlil dari orang perempuan lak. Yang bestnya ramai kawan mama dan papa yang datang. Kawan mama dari Perak pun datang. Kawan mama ni kawan sekolah menengah lagi. Dah 7 tahun x jumpa. Majlis ni membolehkan mama jumpa balik dia.

1 ulasan:

Auni Humaira berkata...

comeinyer wiwin tu..heheh best kan ade kembar