Isnin, 26 Disember 2011

Mengandung Kembar x sama mcm mengandung single

Macamana nak huraikan pengalaman mengandung kembar/twin dan mengandung single. Dua kali mengandung single x dpt memberikan pengalaman atau pengetahuan dan persiapan mengandung kembar. Orang lain mungkin hanya dapat melihat kebesaran perut mama sahaja. Tapi mama dapat rasa pelbagai pengalaman.

Awal Kehamilan
Turun darah semasa kandungan berusia 8 minggu. Mama kena marah dengan papa sebab sebelum tu mama dokong abang yang dah berusia 4 tahun. Terus mama nangis sebab mama keguguran mcm yang sebelumnya. Terus ke klinik untuk scan, Alhamdulilah baby xde apa2... Masa tu scan nampak 2 kantung... Mama betul2 speechless, tapi papa over excited. Papa call tok dan wan kat Kedah. Lepas tu, mama nangis. Terharu sebab papa seronok sangat. Sebelum tu, mama hanya pikirkan macamana nanti mama nak bersalin. Doktor bagi mama cuti 2 hari kalo masih turun spot dtg saja ke klinik untuk sambung cuti (bedrest). Doktor juga beri mama suntikan kuatkan rahim.

Ahad, 25 Disember 2011

Khamis, 22 Disember 2011

Majlis Aqiqah dan Berendoi Aneesa dan Aleesya




18hb Disember 2011, kami telah buat kenduri aqiqah dan berendoi untuk kembar kami. Aneesa dan Aleesya berusia 6 bulan masa tu... Seronok sangat sebab kenduri kali ini meriah. Kami ambik dua tompok daging lembu, tok wan pula sembelih sekor kambing (nazar)... Awal pagi tu ada sikit tahlil oleh orang lelaki, masa tu mama sebok siapkan kembar. Lepas tu ada majlis berendoi, bermula pukul 11 pagi hingga 12.30 petang. Selepas tu, makan tengahari la pulak. Aneesa masa memula majlis berendoi baik aje, pastu mula la meragam. Aleesya seperti biasa sentiasa behave. Tak meragam langsung. Mama hiaskan sikit buaian dorang. Nak sewa macam over la pulak. Kang tok marah. Majlis berendoi tu disertai sekali dua pupu si kembar, Firas (dok Sabah). Tapi sayang gambar x banyak sebab kamera miss place. Pukul 3 petang lak ada bacaan Yaasin dan tahlil dari orang perempuan lak. Yang bestnya ramai kawan mama dan papa yang datang. Kawan mama dari Perak pun datang. Kawan mama ni kawan sekolah menengah lagi. Dah 7 tahun x jumpa. Majlis ni membolehkan mama jumpa balik dia.

Khamis, 8 Disember 2011

Allergik


Aneesa telah mengalami allergik yg teruk sebab makan telur separuh masak.... mama betul-betul rasa bersalah sebab bagi Aneesa makan telur. padahal sebelum ni x pernah lagi bagi si twin makan apa2 sumber protein kecuali ikan bilis... entah kenapa hari ni mama tergatal memberi telur separuh masak pada dorang. mama bagi sikit saja pada Aneesa, tp kesan allergiknya terlalu cepat... memula mulutnya tumbuh bintik2 merah. lepas tu turun ke badan... pegi klinik kena marah ngan doktor sebab bagi makan telur... doktor kata bayi umur 8-9bulan baru boleh bagi makan telur.... itupun hanya telur kuning.. jangan bagi telur putih... selepas setahun baru boleh bagi makan telur mcm org biasa... huhuhuhu... mana nak tahu...

Rabu, 7 Disember 2011

Tak nak


Sekarang ni Aleesya dah pandai geleng kepala kalo dia x nak sesuatu.. Contoh, kalo dia dh kenyang makan bubur tp mama masih juga suap.. Otomatik dia mengeleng kepala.... Sweet sangat...

Nanti mama akan upload video Aleesya geleng kepala...

perkembangan Double A



Sekarang Aneesa dan Aleesya dah pandai dan kenal orang... Mama suka time mama dokong then kak ila aka bibik nk ambik dorang...kompem x nak, Aneesa siap nangis lagi. Cepat masa berlalu... Dulu kecik x tahu apa pun... asyik nangis aje, sekarang dah pandai main2 dengan mama atau papa...