Rabu, 7 September 2011

Pengalaman Mama Tanpa My Other Half (Mr Hubby)

Mr Hubby sekarang sedang berkursus di Sepang coz dia jadi Ketua Pengawas Peperiksaan. Jadi tinggal la mama dengan Double A, sis & bro... Mama nak cite pengalaman semalam mama handle Double A tanpa bantuan papa atau sesiapa pun... Hanya mama sesorang handle Double A memalam.

Seperti biasa, Aneesa penyusu direct tegar... Manakala Aleesya boleh minum susu thru botol... Semalam double A tak mau tido awal. Jadi mama kena gunakan khidmat buian untuk menidurkan Aneesa coz dia dah kenyang minum susu. Aleesya masih berjaga sambil bersembang dengan kipas siling. Lepas Aneesa dah nyenyak mama pun angkat, letak atas tilam. Mama terus menyusukan Aleesya coz bila menyusu dia cepat tido. Entah macamana dengan mama sekali terlelap..

pukul 4.00 pagi mama dengar suara Aneesa menangis.. Terus mama peluk dan suapkan puting. Tapi kenapa masih ada suara Aneesa menangis. Terus mama bukak mata rupanya mama susukan Aleesya.Hahahaha.... Terus mama  cabut puting sebab salah mulut la.... Akhirnya terus kedua-duanya menangis...

Biasanya papa yang kejutkan mama then bagi tahu siapa yang nangis... Bila xde papa terus silap... Hahahaha...

Isnin, 5 September 2011

Perkembangan Double A

Dah lama blog ini bersawang. Mama rasa segan sangat nak update masa
bulan puasa hari tu. Hari ni mama nak cerita tentang kembar mama.

Aleesya,
sekarang dah pandai gelak apabila diagah atau digeletek. Seronok mama
bila dia gelak macam tu. Selain tu, Aleesya tengah giat berusaha untuk
meniarap. Pandai sembang dengan semua orang...

Aneesa,
sekarang pun dah pandai gelak apabila diagah. Tapi masih mengikut mood
dia, kalo ok gelak besar kalo tak senyum aje la. Dah pandai mengiring.
Pandai sembang, malam2 pun ajak mama sembang. Huhuhu...

Rasanya itu aje update pasal twin mama kali ni.... Bye

adik aleesya gelak dengan mama

Sabtu, 3 September 2011