Khamis, 24 Jun 2010

Rabu, 23 Jun 2010

Kenangan yang sentiasa manis dan segar bagiku

Pada tanggal 15.12.2002 di Masjid Parit Hj Ali telah berlangsung akad nikah kami... Aku sah menjadi isteri kepada suami aku setelah berkenalan selama 4 tahun... Hubungan kami bermula di Penang dan bersambung hingga ke Sarawak. Walaupun banyak dugaan yang diharungi dan banyak air mata yang aku keluarkan sepanjang perkenalan kami. Alhamdulilah hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin... Sekarang 2010 sudah masuk tahun ke 8 kami bersama mengharungi rumah tangga kami. Alhamduliah kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel dan bijak. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehan serta berguna kepada bangsa, nusa dan agama. Insya Allah kami berusaha lebih gigih untuk menambah lagi bilangan cahaya mata kami... Doa-doakan ye...

Aku dan suami bertatih menjalani kehidupan kami bersama... Mulanya kami hanya menyewa di sebuah rumah kecil berbilik 2. Kemudiannya berpindah ke kuartes Institut Pendidikan Sg Pusu dan akhirnya kami memperolehi rumah sendiri dari hasil titik peluh bersama. Alhamdulilah apa bila rumah kami yang dibeli semenjak 2005, boleh kami duduki dengan lengkap semuanya pada tahun 2009. Itu pun kami masuk lambat kerana rumah telah siap awal 2008 namun waktu itu aku sedang sebok menyambung pengajian aku dalam bidang perguruan...

Insya Allah, kami akan sentiasa berusaha untuk menjadikan kehidupan kami sekeluarga bahagia setiap hari... Amin...

Selasa, 8 Jun 2010

Cara Menghapuskan Lipas yang Berkesan

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
- Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
- Selalu cuci bilik air.
- Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
- Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
- Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
- Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
- 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
- Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
- Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:-
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
- Dua bahagian tepung gandum
- Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.

BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Rabu, 2 Jun 2010

Cegah Pembuangan Bayi - Kami Prihatin

Dah macam-macam kempen kita jalankan. Namun masih ada lagi bayi yang dibuang mengikut surat khabar semalam (1.6.2010). Sanggup tinggalkan bayi yang hidup dibelakang hospital. Tak rasa ke apa akan jadik nanti kalo bayi tu tidak dijumpa oleh orang. Sekarang banyak manusia tak prihatin. Masing-masing dengan tugas masing-masing. Tak kata orang lain, aku pun. Aku jugak tak mampu nak tegur jiran aku walaupun aku tahu dia tu bekerja sebagai _ _ _. Keje lewat2 malam, dihantar balik oleh ramai lelaki. Aku hanya mampu melihat dan bersuara secara sendiri. Tak mampu aku nak tegur cakap yang baju dia tu terdedah sangat. Nope! Takde keberanian.

Dulu aku ingat lagi masa kat kampung. Orang kampung semua bz body... ambik tahu pasal semua termasuk sapa datang rumah kita, sapa sedar mara kita, kemana kita nak pegi? Sekarang kalo bz body macam tu, kena serangla... kena pukul la... kena saman la... Macam-macam... Dulu aku cukup benci makcik-makcik yang suka menyampai-nyampai kan cite. Ialah kalo aku tengah syok main parit, kejab lagi mak aku sampai.. Ada la jiran2 kampung yang pi rumah aku mengadu cakap aku tengah main dalam parit besar kat kampung. Sekarang baru aku terfikir yang kalo orang tu tak sampaikan mungkin aku hanyut dalam parit tu ke??? mungkin aku tenggelam dan lemas dalam parit tu ke?? Mereka PRIHATIN!

Aku pernah menegur sepasang murid sekolah menengah (berpakaian sekolah) yang naik LRT sambil berpelukkan dan berlaga-laga pipi. Aku pulak kena hembur dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Aku geram tengok dorang, dah sah-sah tak kawin lagi. Berkongsi air satu tin masih lagi aku maafkan, tapi siap cium pipi kiri kanan.. Belum tentu lelaki tu yang kawin ngan dia.. Ya Allah. Tapi aku hanya boleh menegur mereka. Kalo boleh aku nak telepon mak pak dia bagi tahu, anak encik dan puan ni buat benda tak senonoh dalam LRT, siang-siang buta. Malam tah apa lak yang dorang buat... Tapi aku tak berdaya... Tolong la... Semua Ibu Bapa tolong awasi anak anda. Jangan sampai tersilap langkah...

Bersama-sama kita berdoa agar hari ini dan hari seterusnya, takde lagi anak-anak kita melakukan perkara sumbang... Sebab ZINA yang memyebabkan kes PEMBUANGAN BAYI...

Selasa, 1 Jun 2010

Aku 20 tahun akan datang

Serangan Rejim Israel terhadap Kapal Sukarelawan, Penyelamat

LIFE 4 GAZA

Israel memang mahu menunjukkan kehebatan ketenteraan mereka dengan menyerang kapal sukarelawan bagi menghantar bantuan kepada penduduk Palestin. 30 orang cedera dan 3 orang terbunuh. Mereka semua bukanlah anggota ketenteraan, mereka hanyalah orang biasa yang berani bergadai nyawa untuk membantu penduduk palestin yang ditindas oleh Rejim Israel. Bermuala pada hari ini, Amerika Syarikat patut bertindak dengan lebih agresif dengan memberi kencaman dan tekanan berkaitan tindakan Israel itu. Israel kena tahu bahawa sejak semalam seluruh dunia akan mula bertindak (secara keras atau halus) bagi memastikan keselamatan sukarelawan dan penduduk Palestin. SELAMATKAN PALESTIN.... SELAMATKAN SUKARELAWAN!!