Semalam aku diberi tahu oleh kerani sekolah tentang data yang perlu aku hantar ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Tak lain tak bukan mesti data LINUS. Sejak LINUS ni wujud macam-macam hal yang aku kena handle. Dari kelas linus tegar hingga la ke data LINUS. Aku kena ini keputusan LITERASI dan NUMERASI ke dalam tapak data di http://www.moe.gov.my/nkra. Sepatutnya bukan aku yang kena isi data ni tapi lepas naik cuti tu GPK 1 aku terus bagi kat aku. Sebenarnya ada guru data LINUS. Tapi InsyaAllah aku akan ajr cikgu tu macamana nak keyin segala data yang berkaitan tentang LINUS ni kat dia... Aku kan dah perpindah ke Pendidikan Khas, jadi kalo bleh aku tak nak la terbeban dengan data-data kelas perdana. Amin...
Rabu, 31 Mac 2010
Selasa, 30 Mac 2010
Anak-anak murid aku sekarang....
Isnin, 29 Mac 2010
Buku kerja murid Pendidikan Khas
Malam ni aku buat satu set buku untuk murid-murid aku. Aku buat set membaca dan menulis.. Set yang aku sediakan adalah set yang senang aje. Aku tak kenal sangat lagi murid-murid aku ni. Esok pun aku tak tahu dapat mengajar kelas apa.. Kalo mengajar kelas yang murid besar kira boleh digunakan la aku punya set modul ni.. InsyaAllah sebab tadi nas cakap aku mengajr kelas yang budaknya dah besar2 skit... kira ok la tu...
Aqil demam
Sejak malam semalam Aqil demam.. Lepas balik dari tengok wayang, aku dah rasa badan dia lain macam. Tapi hubby kata biasa la kalo baru keluar dari tempat sejuk aircond.. Jadik aku diamkan aje... Tapi lepas maghrib aku rasa dia dah mula demam.. Terus bagi susu dan tido.. Pukul 12.58 pagi tetiba dia terjaga dan mula meracau... "Mama batu besar"... "Busukla" dok aje ulang cakap macam tu. Hubby dah mula risau, aku pun cepat2 suruh hubby ambik ubat b*nt*t... Aku masukkan then lepas tu bagi susu, dia terus tido... Sian.. Bangun pagi nak pi sekolah suhu badan dia ok skit... tp kat sekolah td bibik call kata suhu badan dia naik lagi.. aku balik dari skolah beli air kelapa utk dia... masih lagi demam.. mungkin esok tak sekolah kot.. Aqil x sihat lagi....
Ahad, 28 Mac 2010
How To Train Your Dragon Movie...
Hari ni berjaya pujuk hubby jalan-jalan tengok wayang. Saja bawa anak-anak tengok movie How To Train Your Dragon. Best... Pada aku yang suka cite ringan2 ni, kira cite ni tak la serabut kepala sangat. Plot cite dia simple. Sesuai kalo untuk umo anak2 aku. Sebab senang paham.. Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang.. Sebab ending dia senang sangat, Hiccup dapat kalahkan dragon yang besar tu. Tak mencabar sangat cara dia kalahkan dragon yang bapak punya besar. Tapi best la sebab ada unsur kemanusiaan yang banyak sebab Hiccup taknak bunuh dragon untuk dapat gelaran Viking Warior. Sesuai sangat dengan jiwa kakak.
Cukupla, meh tengok gambar pulak....
Cukupla, meh tengok gambar pulak....
Sabtu, 27 Mac 2010
Sukpa 2010
Hari ni, Sabtu 27.3.2010 anak2 aku ada temasya sukan. Aku lak bertugas kt skolah jadik penjaga stesyen 2A kat tadika kemas sebab ada roadrun.. Nasib baik kat stesyen 2 cepat habis..pastu terus ke padang taman permata coz nak tengok anak-anak aku bersukan.. Alhamdulilah aku sampai baru aje perbarisan.. Jadik sempat aku tangok anak-anak aku bertanding.. Meh tengok gambar diorang
Jumaat, 26 Mac 2010
Pertukaran Baru Yang akan Berlaku...
Sebelum ini aku merupakan seorang guru pemulihan... Mulai Isnin 29 Mac 2010, aku akan menjadi seorang guru pendidikan khas.. Insya Allah aku akan bagikan yang terbaik kepada murid2 aku nanti...
Langgan:
Catatan (Atom)