Selasa, 30 November 2010

Pertolongan yang amat bermakna buat aku seorang ibu...

Kebanyakan ibubapa mengharapkan anak sulung mereka lelaki, tapi aku bersyukur dan bertuah bila Allah mengurniakan aku anak sulung perempuan. Walaupun baru berusia 6 tahun tapi dia tahu keadaan kesihatan aku yang tidak berapa mengizinkan ini... Jadi pasti dia akan membantu aku setiap hari semenjak bibik takde.. Rutinnya memastikan semua pinggan atau gelas dibasuh termasuk juga botol susu adiknya. Selepas itu, dia akan mengambil vakum untuk vakum seluruh rumah... Walaupun kecil dia gagah menarik vakum untuk memastikan semua habuk disedut. Habis satu rumah dironda dengan vakum hitamnya.
Kakak sedang basuh semua pinggan di dalam sinki
Adik pula ditugaskan untuk mengutip semua mainan yang bertaburan di lantai dan mengemas sofa. Adik akan meyusun semua bantal sofa seperti yang biasanya bibik dia susun... Walupun merungut tetapi si kecik akan membuatnya juga. Aku bersyukur sangat sebab contoh dari kakaknya menurun kepada si adik. Dia pasti akan mengemas dan kemudiannya duduk di sofa tanpa membuat sepah kembali.

Apabila semuanya dah siap dikemas, aku sebagai ibu pastinya akan memberi mereka sedikit ganjaran yang memang dinantikan oleh mereka berdua. Pagi ini aku sediakan sarapan sosej dan telur goreng kegemaran mereka. Dah penat mengemas pastinya mereka makan dengan penuh selera. Aku pun seronok melihatnya...


Bantuan mereka tidak habis disitu sahaja.. Selepas mandi kakak pasti membantuku menyidai pakaian yang telah aku basuh. Dia juga ditugaskan mengemas dan menyimpan baju yang telah aku lipat. Adik pun kena melakukan tugas itu sebab mereka kena menyimpan baju masing-masing ke dalam laci baju mereka.

Alhamdulilah, semua anak aku rajin dan bekerjasama... Semoga sifat mereka kekal hingga ke besar. Amin....

Isnin, 29 November 2010

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Anda Minggu Per Minggu (12 minggu)

Terlepas lak perkembangan bayi dalam kandungan berusia 12 minggu.... Sebok ngan kursus dan holiday sampai lupa nak upkan....
Gambar scan fetus berusia 12 minggu ++



Minggu Ke-12


Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk. Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah boleh menendang.

Lagi hasil kerja Nana dan Aqil (home schooling)

menyambung titik
budak kidal
buku 2C Ladybird Key Words
Nana tekun menaip jawapan dalam PC

Ahad, 28 November 2010

Kisah lama - kakak kehilangan gigi ke 4


Gambar scan 12 minggu++

Semalam (26.11.2010) appoitment dengan gynea.. Check up kali ni adalah untuk melihat perkembangan babies dalam kamdungan. Berdasarkan tarikh period umur babies adalah 12 minggu 2 hari... tapi bila di scan umur sedikit berbeza... 1st baby berumur 12 minggu 5 hari manakala 2nd baby berumur 12 minggu 4 hari.. Umur diorang ni selang sehari... Doktor sahkan dorang berkembang mengikut umur mereka, Alhamdulilah... Saiz mereka pula 1st bersaiz 62.69mm. 2nd baby bersaiz 60.79mm... kalo ikut ukuran dalam cm... besar mereka adalah 6cm++... hehehehe.... seronok tengok perkembangan mereka... denyutan jantung juga normal... 120 - 152.... mari tengok perbezaan gambar scan mereka semasa 6 minggu dengan 12 minggu...
Ini gambar scan semasa 6 minggu
ini 1st baby 12 minggu 5 hari
ini 2nd baby 12 minggu 4 hari
Doktor x boleh ambik gambar mereka berdua sekaligus sebab mereka berada dalam kantung masing-masing... jadik mama request supaya mengambil gambar mereka berasingan... Masih nampak selesa aje dorang dalam tummy mama... x nampak sempit lagi... mungkin selepas ni baru le boleh nampak dorang berebut tempat dalam perut mama....

Sabtu, 27 November 2010

3days Kursus + 1day Holiday

23-25hb hari tu aku kena pi berkursus di PD. Kursus berlangsung di PNB Ilham Resort, Tanjung Biru. Layankan aje... Ni semua untuk keje tahun depan... Aku pun mengantikan orang aje..
Tapi bukan tu yang aku nak cite, Hubby dan anak2 pun menghantar aku dan dorang terus bercadang untuk berholiday semasa aku berkursus. Huhuhuhu.. Sampai hati dorang nak ikut tapi aku keje dorang cuti sakan...Jadik aku telah menempah apartment 1 bilik di Ancasa (atas jasa baik maklang tolong tempahkan untuk kita orang). Bagi rasa adil dan saksama aku ambik 4 hari 3 malam untuk stay di PD... Adalah 1 hari aku turut serta berholiday ngan dorang nanti... Hehehehehe... Best bila suami isteri keje cikgu.. Anak2 pun best bila mama papa keje cikgu... Time cuti sekolah aje, semua rest kat rumah atau jalan-jalan gi holiday... Jadik dorang sentiasa ngan kita... hehehehehe... OKlah jom layan gambar masa di PD...
Masa makan di Ummi Restoran
Kundi bilik kami di Ancasa
Kakak masa mandi di pantai
Kakak dengan gaya stunt di gelongsor air
Adik yang sentiasa takut ditinggalkan oleh mama dan papa
Lihatlah gaya saya swimming
Ni masa nak pegi pantai...

Selasa, 23 November 2010

Bahan-bahan belajar Kakak dan Aqil (Home Schooling)

Pencapaian kakak dalam Bahasa Melayu boleh dibanggakan, namun pengguasaan Bahasa Inggeris pula boleh dikatakan dalam peringkat sederhana. Oleh itu, semasa cuti ini kami (aku dan hubby) memberikan penekanan lebih kepada Bahasa Inggeris. Sebelum ini kakak telah menguasai Siri 1 Buku Ladybird Key Words. Semalam (21-11-2010) dia menguasai Siri 2 Buku Ladybird Key Words. Sekarang dia masih menyiapkan Buku Ladybird Key Words siri 2C, dalam buku ini dia perlu mengeja dan menulis perkataan yang pernah dia baca dalam buku siri 2A dan 2B. Tetapi kami menukar pendekatan dengan memberi dia peluang mengeja dan menaip perkataan di dalam aplikasi Microsoft Word. Jadi dia lebih berminat berbanding menulis di dalam buku tulis. Papanya juga mengambil peluang itu untuk memperkenalkan aplikasi tersebut kepada kakak supaya dia tahu apa itu Save, Close, Print, New Page dan bermacam lagi.
Ini pula bahan belajar Aqil. Bahan ini mama buat sendiri dengan mengikut beberapa bahan rujukan yang ada. Alhamdulilah, Aqil memberi kerjasama yang baik kerana selepas dia belajar dia boleh bermain game di komputer. Sebelum ini, apabila diajak membaca atau belajar bersama kakak pasti dia menangis dan meraung tidak mahu turut serta. Dalam cuti ini pula dia begitu memberi perhatian dan kerjasama yang baik. Alhamdulilah. Mari lihat apa yang Aqil dah buat...
Kali pertama menulis nama (tengok dan tiru)
Boleh tahan la jugak
Kali kedua menulis nama, semakin cantik dan kemas

Aktiviti memperkenalkan bentuk huruf a dan bunyi huruf a, aaaa..... Kemahiran dan teknik menulis huruf a kecil mengikut garisan
menulis huruf a di atas badan ayam menggunakan pelbagai warna
maze menikut huruf a untuk membantu anak ayam berjumpa dengan ibu ayam

Isnin, 22 November 2010

Aktiviti semasa cuti

Sekarang ni sudah bermula cuti sekolah. Jadik aku telah menetapkan jadual untuk Naurah Qistina (kakak) dan Muhammad Naufal Aqil (Aqil) untuk penggunaan komputer bagi membolehkan mereka bermain game. Jadual mereka juga melibatkan jadaul belajar/study bagi kakak dan Aqil. Dengan ada jadual ni mereka tidaklah mengadap komputer 24jam. Simple aje jadualnya, masa belajar pada pukul 3.00 petang - 4.00 petang dan juga 7.30mlm - 8.00mlm.... Seronok gak bila adanya jadual sebab boleh tengok ketepatan masa anak-anak aku sendiri menguruskan waktu bermain mereka. Mereka secara automatik akan memberhentikan permainan game apabila tiba masa yang ditetapkan. Alhamdulilah

Jumaat, 19 November 2010

Hi Tea SKTSG d Hotel Seri Pacific

Gambar dah keluar tapi cite x de lagi... hehehehee.... 14hb November hari tu sekolah aku buat jamuan hi tea kat Hotel Seri Pacific.... Bawak Aqil join aku makan2... tu pun puas pujuk coz baru sejam dah ajak balik.... Hehehehe... cakap ngan dia selagi x dapat hadiah x boleh balik... lepas tu asyik la tanya bila nak dapat hadiah... dah dapat2 hadaih terus ajak balik... hehehehehe.. Mintak2 sampai beso la dia suka dok rumah... Jangan masa kecik2 aje suka dok rumah, dah beso asyik jalan2 aje... hehehehe... Oklah... jom layan gambar...



Week 11: Just plum cute!

Fetal development in pregnancy week 11: fetus in third month
Maybe you’ve noticed… your baby is a super-duper grower! Your lil' fetus will be gaining a substantial amount of weight this week and has already achieved fruit-size-status comparable to a plum. What's more, your little scientist is already starting to explore their body, focusing most intently on touching their head, and especially their face and mouth. Their mouth in particular will provide them with hours of entertainment. This happens not only because your baby is gaining coordination, and is therefore able to move a hand on command, but also because their palms have gained sensation and can actually “feel” what it touches.They're also developing their swallow reflex this week. And lastly, your baby's smelling and other olfactory senses will begin developing this week, which when combined with the maturing taste buds, will provide your baby with their first experiences of taste and smell.