Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

Dapat MC 2 Hari (Bed Rest)

Ini merupakan bentuk perut aku sekarang. Besar, penuh dan padat. Semalam dan hari ini aku sepatutnya dapat bed rest. Tapi semalam aku ke PPD Gombak dan hari ini aku akan ke sekolah seperti biasa. Sebabnya aku nak settlekan ujian menulis LINUS Saringan 1 dan Saringan 4. Soalan aku dah collect dari PPD. Alhamdulilah dah siap rezo dan susun mengikut bilangan murid. Jadi keje aku sebagai penyelaras LINUS pun lebih senang. Kalo tidak mesti kena pujuk PAR tolong rezo, then pujuk cikgu untuk susun bagi setiap murid kelas mereka.... Aduh banyaknya keje. Nasib baik dah siap semuanya, hanya bagi kepada guru kelas dan Isnin dan Selasa semua murid akan buat saringan secara serentak. Rabu dan Khamis untuk murid yang tersangkut. Jumaat semua data mesti dihantar kepada aku selaku Penyelaras LINUS..... Mintak2 perancangan aku ni berjalan lancar, kalo x mati.

Ahad, 2 Januari 2011

Orientasi Tahun 1 - Naurah Qistina binti Mohd Radzi

Hari ini Naurah Qistina bt Mohd Radzi, anak sulung aku memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Dia begitu teruja untuk menjalani persekolahannya. Aku sebagai ibu pun secara tak langsung kena bersiap-siap awal pagi bagi memastikan anakku makan sarapan dengan sempurna. Seawal pukul 6pagi aku telah menyiapkan roti sosej bertelur untuk anakku ini beserta air susu. Pukul 6.30pagi dia dengan sendirinya bangun tidur, tak perlu aku kejut pun. Papa hanya buka lampu, dia terus bangun dan cari aku di dapur. Dia juga yang mengetuk pintu bilik air menyuruh papanya cepat bersiap. Mandi dengan sendirinya tanpa disuruh... Alhamdulilah, semoga sifat ini berterusan sehingga la dia besar.
Pukul 7.15pagi, kami bertolak ke sekolah. Aqil pun teruja mengikut kakaknya ke sekolah. Papa dan mama yang lebih teruja. Dia sampai-sampai sekolah sakit perut pulak, gabra atau tak biasa makan awal pagi? Hehehehe... Aku bawa dia ke tandas. Selepas tu terus ok... beratur di Dataran Nilam, kelas 1G. Guru kelasnya Cikgu Sharwani. Secara kebetulan anak kawan aku, Kak Leha, Anis sekelas dengan Nana. Jadi dia seronok untuk belajar bersama-sama. tengok aje la senyuman yang terpancar di muka kedua-dua mereka. Alhamdulilah....
Balik2 rumah terus siapkan kerja yang diberikan oleh gurunya. Tanpa ada dalih dia dengan sendirinya membuat kerja tersebut. Bagus... Awal-awal semangat... Hehehehehe


Jumaat, 19 November 2010

Hi Tea SKTSG d Hotel Seri Pacific

Gambar dah keluar tapi cite x de lagi... hehehehee.... 14hb November hari tu sekolah aku buat jamuan hi tea kat Hotel Seri Pacific.... Bawak Aqil join aku makan2... tu pun puas pujuk coz baru sejam dah ajak balik.... Hehehehe... cakap ngan dia selagi x dapat hadiah x boleh balik... lepas tu asyik la tanya bila nak dapat hadiah... dah dapat2 hadaih terus ajak balik... hehehehehe.. Mintak2 sampai beso la dia suka dok rumah... Jangan masa kecik2 aje suka dok rumah, dah beso asyik jalan2 aje... hehehehe... Oklah... jom layan gambar...



Ahad, 4 April 2010

Luahan rasa

Aku bengang gile, dulu aku dah cakap ngan GB yang projek linus ni kena didahulukan sebab projek negara. Tapi dia kata x... sbb masa dia pi meeting kat ppd GB sek lain2 tak mcm tu pun. Jadik dia pun buat2 tak ambik tahu... Sekali hari Khamis hari tu dia pi meeting lain kt PPD, Puan Patimah dok tanya pasal LINUS sekolah. Ada berapa cikgu pemulihan? GB jawab 2 org tapi sorg dia dah letak kat PPKI (aku la tu). Last2 kena sound ngan PPPD tu, sapa bagi arahan la. Salah la etika tu.. Aku tak boleh letak kat PPKI. Cikgu pemulihan mesti ada 2, sorg pemulihan 2 dan 3. Sorg pemulihan linus... Aku dah cakap macam tu dulu tapi x percaya. Last2 mengelabah. Terus suruh aku kembali ke perdana. Tolong buat macam2. Wakakakakaa... Tapi masih ada lagi kesilapan yang dia buat... LINUS tegar patutnya aku ambik.. tapi ni semua budak linus aku ambik... LAntak la... malas aku nak pk...

Isnin, 29 Mac 2010

Buku kerja murid Pendidikan Khas

Malam ni aku buat satu set buku untuk murid-murid aku. Aku buat set membaca dan menulis.. Set yang aku sediakan adalah set yang senang aje. Aku tak kenal sangat lagi murid-murid aku ni. Esok pun aku tak tahu dapat mengajar kelas apa.. Kalo mengajar kelas yang murid besar kira boleh digunakan la aku punya set modul ni.. InsyaAllah sebab tadi nas cakap aku mengajr kelas yang budaknya dah besar2 skit... kira ok la tu...

Sabtu, 15 November 2008

Hari Anugerah Cemerlang Progress

Aku ditugaskan untuk menyiapkan pentas untuk hari anugerah.. Aku letakkan sikit gambar untuk tatapan.

Pentas in progress


Aku yang poyo harus ada mukanya

Dah siap... budak2 tengah latih buat persembahan


Harus aku yang poyo...