Hari ini usia si kembar 11bulan seminggu... Tapi mama telah dijengah oleh rakan yang kunjung tiba setiap bulan... Terpaksa la mama telan motilium takut stok susu berkurangan untuk anak mama. Hanya mama kurang bertenaga dan rasa lemah, kureng mood aje.. Rasa nak baring atas katil then tak nak gerak-gerak langsung... Entah macamana tak rasanya, susah nak discribe... Tu aje la....
Khamis, 26 April 2012
Hari ini usia si kembar 11bulan seminggu... Tapi mama telah dijengah oleh rakan yang kunjung tiba setiap bulan... Terpaksa la mama telan motilium takut stok susu berkurangan untuk anak mama. Hanya mama kurang bertenaga dan rasa lemah, kureng mood aje.. Rasa nak baring atas katil then tak nak gerak-gerak langsung... Entah macamana tak rasanya, susah nak discribe... Tu aje la....
Khamis, 22 Disember 2011
Majlis Aqiqah dan Berendoi Aneesa dan Aleesya



18hb Disember 2011, kami telah buat kenduri aqiqah dan berendoi untuk kembar kami. Aneesa dan Aleesya berusia 6 bulan masa tu... Seronok sangat sebab kenduri kali ini meriah. Kami ambik dua tompok daging lembu, tok wan pula sembelih sekor kambing (nazar)... Awal pagi tu ada sikit tahlil oleh orang lelaki, masa tu mama sebok siapkan kembar. Lepas tu ada majlis berendoi, bermula pukul 11 pagi hingga 12.30 petang. Selepas tu, makan tengahari la pulak. Aneesa masa memula majlis berendoi baik aje, pastu mula la meragam. Aleesya seperti biasa sentiasa behave. Tak meragam langsung. Mama hiaskan sikit buaian dorang. Nak sewa macam over la pulak. Kang tok marah. Majlis berendoi tu disertai sekali dua pupu si kembar, Firas (dok Sabah). Tapi sayang gambar x banyak sebab kamera miss place. Pukul 3 petang lak ada bacaan Yaasin dan tahlil dari orang perempuan lak. Yang bestnya ramai kawan mama dan papa yang datang. Kawan mama dari Perak pun datang. Kawan mama ni kawan sekolah menengah lagi. Dah 7 tahun x jumpa. Majlis ni membolehkan mama jumpa balik dia.
Rabu, 7 Disember 2011
perkembangan Double A
Rabu, 7 September 2011
Pengalaman Mama Tanpa My Other Half (Mr Hubby)
Seperti biasa, Aneesa penyusu direct tegar... Manakala Aleesya boleh minum susu thru botol... Semalam double A tak mau tido awal. Jadi mama kena gunakan khidmat buian untuk menidurkan Aneesa coz dia dah kenyang minum susu. Aleesya masih berjaga sambil bersembang dengan kipas siling. Lepas Aneesa dah nyenyak mama pun angkat, letak atas tilam. Mama terus menyusukan Aleesya coz bila menyusu dia cepat tido. Entah macamana dengan mama sekali terlelap..
pukul 4.00 pagi mama dengar suara Aneesa menangis.. Terus mama peluk dan suapkan puting. Tapi kenapa masih ada suara Aneesa menangis. Terus mama bukak mata rupanya mama susukan Aleesya.Hahahaha.... Terus mama cabut puting sebab salah mulut la.... Akhirnya terus kedua-duanya menangis...
Biasanya papa yang kejutkan mama then bagi tahu siapa yang nangis... Bila xde papa terus silap... Hahahaha...
Sabtu, 3 September 2011
Sabtu, 30 Julai 2011
Peraduan Dunia Susu Ibu 2011
Tag member
Sabtu, 16 Julai 2011
Kisah Aneesa

Tak tahu kenapa sekarang Aneesa rajin nangis. Asyik nak berdokong, taknak langsung baring bila jaga. Boleh tahan dalam beberapa saat aje kalo lama sikit kompem nangis minta diangkat. Aduh!!! Kalo nak tido lak kena mengempeng aje. Tak nak tido sendiri macam dulu. Hari ini mama dan papa melakukan percubaan dengan meletakkan Aneesa dalam buaian elektrik warisan abang Aqil dulu... Tapi kejab aje bertahan, lepas tu nangis juga. Mama bagi B terus senyap. Jangan la macam ni sayang. Mama tak larat nak berdokong aje.. Sampaikan mama dokong guna kain macam orang Indon guna.
Ada kawan-kawan yang tahu macamana nak atasi masalah mama. Rasa stress sangat sebab anak tak berenti nangis. Papa dah macam-macam buat. Entahla Aneesa... Nasib baik mama cuti 90 hari, kalo 60 hari jenuh kak ila nak jaga 2 babies serentak. Nasib baik juga papa mengajar pagi dan mama mengajar petang. Hanya ada gap 2 atau 3 jam aje kak ila jaga babies sorang-sorang.....
Jumaat, 15 Julai 2011
Rabu, 13 Julai 2011
perkembangan Aneesa & Aleesya
Aleesya aka adik
Dah boleh tinggal kalo mama atau kak ila buat keje. Bagi puting dan letak dalam playpen dia akan baring sambil menggerakkan tangan dia. Bila dah boring baru berbunyi minta mama/kak ila yegur dia kejab. Lepas dah tegur atau agah kejab, dia akan tenang dan boleh di tinggalkan. Tahu-tahu dia dah tertidur dengan sendirinya. Lepas dah tido kena meniarapkan kalo tak tido kejab aje.
Selain tu, Aleesya murah dengan senyuman terutama dengan papa. Aleesya memang dari dalam tummy mama lagi dah menunjukkan gaya yang dia anak papa. Dulu dalam tummy kalo papa panggil mesti respon baik, sekarang lak kalo papa agah senang-senang aje dia senyum. Tapi kalo dengan mama payah sikit. Memang anak papa betul.
Aneesa aka uda
Aneesa merupakan anak manja mama. Asyik nak mengempeng. Tak boleh tinggal sorang-sorang. Kena berteman, kalo tak mesti nangis kuat. Tak berapa suka puting/kopek. Kalo bagi mesti mengamuk. Suka kat nipple mama aje. Bila malam taknak minum susu formula langsung. Nak breastfeed aje. Mama suka-suka sebab orang lain tak leh sangat nak jaga dia. Mama aje yang boleh BF dia... hehehehehehe
Bila tengok sesuatu mesti fokus sampai kekadang juling mata dia... hehehe.. suka tido dalam baby carrier sebab nak selalu dengan mama. Bila mama nak masak mama masukkan dalam carrier then bawa dia ke dapur, masak sama-sama.
Selasa, 21 Jun 2011
Update pasal twin - 1 bulan
Ni gambar si Aneesa dan Aleesya semasa check up sebulan di KIA Pasar Gombak. Temujanji masa tu pukul 8.30pagi. Papa memula pegi keje pastu pukul 8pagi dia balik ambil mama dan kembar. Sampai KIA terus kena timbang. Mama bawa Aneesa dan papa pula dukung Aleesya.Jumaat, 17 Jun 2011
Update pasal Twin Mama - rutin harian mama dan twin

Jumaat, 10 Jun 2011
Ahad, 29 Mei 2011
Sabtu, 28 Mei 2011
Pengalaman bersalin Kembarku....
Khamis, 12 Mei 2011
Azam Yang Jitu

kredit to mr google
Selain itu, papa telah membeli chest freezer untuk mama menyimpan stok EBM. Mama sungguh terharu dengan sokongan papa kali ni. Memang sebelum ini papa suruh mama BF anak2 dia tapi mama yang tak kuat azam. Tapi kali ini, mama telah berazam dan tekad.... InsyaAllah. TQ papa sebab belikan mama chest freezer.
kredit to Mr Razio
Selain itu, mama juga telah membeli nursing pillow Bumble Bee semasa Sogo Warehouse. Alhamdulilah memang murah.
Doakan semoga mama untuk berjaya menyusu twins babies mama dengan jayanya.
Ahad, 8 Mei 2011
Gambar kedudukan baby kembar pada 35 minggu
Kedudukan Twin Babies sekarangSelasa, 26 April 2011
Perkembangan fetus - hamil 34 minggu
Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.
Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami.








