Memaparkan catatan dengan label happy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label happy. Papar semua catatan

Sabtu, 23 April 2011

Hadiah dari Hubby

Hari ni mama teman hubby pi hantar kakak ke sekolah. Saja mengada-ngada.. Pastu ajak hubby makan sebab hari ni maid segan nak masak lauk berkuah. Jadi ajak hubby makan kat luar. Walaupun sakit, tapi perut yang lapar menguasai segalanya... Hehehehe


Hubby ajak pi makan di Food Court Giant Taman Permata. Mama follow aje. Pilih makanan di gerai Hajah Rahmah dan Hubby lak order chicken yee mee. Pas makan hubby sebok dok ulang alik di Time Galerie. Mama ingat sebab hubby nak beli jam untuk dia. Hubby sekarang bz menyelak2 web yang menjual jam secara online.


Tengah makan tauhu bakar, hubby datang bawak beg Time Galerie dan terus bagi mama. Ehhh... kenapa lak bagi kat mama? Hubby jawab "Nah hadiah untuk Eda". Alamak terkezut i... Hehehehe... tapi hati berbunga-bunga.... Last jam branded yang dipakai adalah jam Polo yang dihadiahkan oleh hubby (masa tu boyfriend lagi).... Sayang jam tu rosak sebab dijatuhkan oleh anak2ku... Lepas tu, beli jam murah2 aje... Jamu la mata melihat jam baru ku.... Hehehehe.... Jangan jealous....




BEL-100D-1AV


• His-and-hers pairs

• ''European Elegant'' design theme

• Popular square face design

• Date display at 6 o'clock

• 50-meter water resistance

• Stainless steel case and band

• Case / bezel material: Stainless steel
• Stainless Steel Band
• One-touch 3-fold Buckle
• Solid Band
• 50-meter water resistance
• Mineral Glass / Spherical Glass
• Date display
• Regular timekeepingAnalog: 3 hands (hour, minute, second)
• Accuracy: ±20 seconds per month
• Approx. battery life: 3 years on SR621SW
• Size of case/total weight: 30.5 X 21 X 7.9 mm/66 g

Selasa, 21 Disember 2010

2nd Day di Langkawi

Pepagi tu kami makan sarapan yang simple aje. Makan roti kelapa (ni kes silap tengok ingatkan roti kaya). Pastu pagi2 lagi 3 beranak (hubby dan anak2) ni dah mandi pantai. Aku disebabkan sedikit masalah teknikal x dapat join. Hanya tengok dari tepi pantai aje. Dorang mandi seronok aje. Sampai paras dada hubby dia bawak anak2 mandi. Kakak dan aqil lak pakai arm ring syok aje diorang mengikut papa mereka berenang.

Lepas dah puas mandi, terus bersiap-siap ke Jeti nak beli tiket feri balik ke Kuala Kedah. Sampai kat Jeti hubby dan kakak aje yang pegi. Aku lak stay dalam kete sebab aqil tertido. Rupa-rupanya tiket feri tak boleh dibeli 2 hari sebelum tarikhnya. Tiket hanya boleh dibeli sehari sebelum tarikh feri berlepas. Kena ingat tu. Hubby lak terus beli tiket cable car di kuanter Jeti, dapat diskaun Rm1. Harga asal RM15 untuk dewasa. Tapi bila beli kat jeti dapatla RM14 per adult. Harga tiket kanak-kanak lak RM5 per kid. Jadi semuanya RM38.




Sebelum ke Oriental Village kami makan dulu di JOM IKAN BAKAR, berdekatan dengan Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Dulu harganya murah tetapi sekarang boleh tahan mahalnya.. Kalo dulu kami sekeluarga makan x sampai RM20 tapi kali ni makan x seberapa pun tapi harganya sampai RM26. Pastu ikan x rasa fresh sangat. Rasa terkilan sikit




Sampai kat Oriental Village kene beratur ramai sangat orang nak naik cable car. Sejam jugak beratur, nasib baik aku pregnant dapat duduk. Hubby ngan anak2 aje beratur. Naik2 dalam cable car mengerikan sebab jauh sungguh dari platform bawah ke platform tengah. Aku pegang kuat besi dalam cable car tu... Ngeri....
Anak seronok aje naik cable car. Takde rasa takut pun. Aqil siap jalan-jalan lagi kat dalam cabel car. KAmi berenti di paltform tengah singgah sekejab sebelum naik ke platform paling atas untuk ke jambatan tergantung. Sebelum ke sky Bridge kami naik ke platform paling tinggi dan lepak2 makan aiskrim kat situ. Best aje, sejukk...

Rupa-rupanya kena berjalan jauh nak ke jambatan gantung tu. Aku memulanya gagah berjalan turun nak ke Sky Bridge tu sebab x pernah lagi menjejakkan kaki ke situ. Sampai2 kat jambatan tu rasa bergegar sangat. Takut aku. jalan pun pelahan-lahan aje. Pegang tiang besi dan pegang tangan kakak sebab ngeri. Takut jatuh ke bawah dengan anak2 sekali. X dapat dibayangkan oleh aku. Si Aqil lak siap bergayut kat besi jambatan. Aku takut sangat. Last2 aku biarkan papa dia aje yang jaga sebab mulut aku ni sebok membebel x henti2. Sampai petang jugak kami di atas Gunung Mat Cincang. Turun2 dah nak gelap, kami terus balik Ke Restoran Buluh makan malam. Malam tu jugak kami pi cari mamat yang offer kami untuk Island Hoping. Berapa harga nanti aku cite. Malam tu kami semua tido awal sebab esok awal2 pagi nak bersiap untuk Island Hoping.

Sarapan Pagi Selasa 21/12/2010


Pagi ni aku ketandusan idea nak masak apa untuk sarapan anak-anak dan hubby. Memula cadang nak buat yang paling ringkas, goreng sosej aje. Aku tersilap letak sosej kat freezer, jadik keras macam batu sosej aku. Tunggu sejam tak lembut-lembut gak. Last2 tukar plan masakkan nasi goreng simple kat dorang. Buat air teh dan minum susu HL. Senang....

Resepi Nasi Goreng Simple
Bahan
4 cawan Nasi
6 batang Sayur Kacang Buncis
Segenggam Ikan bilis
2 ulas Bawang kecil dan bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil Stok ayam
1/2 sudu serbuk cili dibancuh dengan sedikit air
2 sudu kecil Garam
minyak untuk mengoreng dan menumis

Cara-caranya:
1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang kecik dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan stok ayam.
3. Masukkan garam dan sayur kacang buncis. Biarkan sekejab, janga terlalu lama.
4. Masukkan nasi dan digaul rata. Selepas itu masukkan ikan bilis dan gaul serata.
5. Masak selama 5 minit dan angkat. Siap dihidang.

Isnin, 20 Disember 2010

1st Night di Langkawi

Aku tiba di Langkawi International Aiport pada pukul 8.25 malam. Flight penuh ngan penumpang orang Malaysia dan juga pelancong. Dalam flight hubby aku perasan sorang mamat ni. Aku bab-bab artis memang x kenal sangat. Dia kata Nubhan. Aku bila tengok perasan muka tapi x kenal nama. Si Nubhan ni naik flight ngan sorang awek cun. Hehehehe... bergosip la pulak. Mungkin ada event kot kat Langkawi.

Sampai2 kat airport hubby aku cari kete sewa. Memula nak ambik kancil tapi harga dia lebih kurang sama ngan Wira. Jadik Hubby ambik la kete Wira. Kami bayar RM250 untuk 4hari 3malam penggunaan kete wira tu. Nanti hari Jumaat kete tu parking aje kat Jeti, Tak payah hantar ke airport balik. Ok la tu... Seperti biasa kete sewa mana ada minyak banyak. Jadi dapat-dapat kete terus pi pam minyak, isi minyak RM20. Naik la satu takat.

Pastu terus pi chalet yang kami dah booking. Chalet yang kita orang sewa tu di Pantai Cenang. Kami sewa di Grand Beach Chalet. RM50 per night. Kami dah bayar untuk 7hb, kami kena bayar lagi untuk 2 hari. Jumaat kami nak check out. Semuanya RM200 termasuk deposit sebanyak RM50. Kami ambik chalet kecik yang hanya berkipas saja. Malas nak ambik yang aircond sebab tahu memang nak berjalan aje bukan dok dalam bilik pun. Kalo yang datang untuk honeymoon better ambik yang aircond sebab memang nak stay dalam bilik aje... Kalo bilik beraircond harganya RM150 per night.

Sesampai kat bilik kita orang terus makan makanan yang memang aku dah tempah siap2 dalam flight. Nak makan dalam flight macam x sempat aje... 45 minit aje penerbangan, sekejab sangat. Anak-anak pun x panas punggung lagi dah landing. Hehehehehe... xperla asal merasa naik kapal terbang. Bagi peluang katanya. Makanan untuk hubby Nasi beriani bukhara, aku nasi lemak dan anak-anak lak aku ambikkan hotdog. Nasi lemak aku memang sedap. Best!!! Hubby cakap nasi beriani dia pun sedap. heheheehe... Sayangnya anak2 x makan pun hotdog sebab sebelum flight dah bagi makan Double cheese burger kat LCCT.

Lepas makan aku terus bawak anak2 main pasir kat pantai. Hubby lak masih lapar pi cari makan kat Restoran Hj Jelani. Hubby makan Nasi Goreng Ayam, hubby kata x berapa sedap. Aku lak ambik bihun sup, supnya rasa macam air panas aje.. hehehehehe.. tapi anak2 makan sebab ada fish ball. Hubby punya nasi dan bihun aku harga RM4. Minum lak milo medium size 2 gelas, harga ikut macam OTWC.... Segelas RM3. Anak2 lak sebok main pasir. Aku biarkan aje sebab dorang mana pernah main pasir pu kat KL ni... Pastu jalan2 tepi pantai. Itu aje cite aku 1st night di Langkawi.

Selasa, 7 Disember 2010

Flight Air Asia Ke Langkawi

Hari ni, aku ada flight ke Langkawi. Flight AK5330 dari LCCT Kuala Lumpur pada pukul 7.25pm. Dan aku akan mendarat di Langkawi International Airport pada pukul 8.25pm. Perjalanan selama sejam aje. Ni merupakan pengalaman pertama aku naik Air Asia. Sebelum ni aku asyik naik MAS aje (masa study kat Sarawak).
dari pengalaman member-member yang naik Air Asia dorang kata kena rebut-rebut sit macam naik bas rapid aje. Jadi aku book terus tempat duduk kami berempat. 7A-7D, jadi kami akan duduk sebaris. Kakak akan duduk tepi tingkap. Aku lak akan duduk tengah dan diapit oleh Aqil. Papa lak duduk di 7D.
Aku juga siap-siap ambik makanan untuk menyenangkan diri aku dan family. Lepas turun dari flight perut dah kenyang. Hubby lak cakap kita bawak turun aje makanan tu untuk makan di motel. Aku ok aje. Hubby makan beriani, aku makan nasi lemak dan anak-anak makan hotdog.
Total yang aku kena bayar sebanyak RM180. Kira okla tu. Balik dari Langkawi nanti aku cite apa aktiviti kami semasa di sana. Doakan keselamatan kami ye...

Rabu, 1 Disember 2010

Aktiviti belajar bawak basikal tanpa tayar kecil

Kakak sekarang tengah berkobar-kobar untuk belajar bawak basikal tanpa tayar kecil... Tapi penakut. Asyik kena marah aje sebab takut nak imbangkan badan walaupun tayar kecil tak dibuang, hanya angkat ke belakang aje. Nak jugak tunggu sampai bila dia boleh bawak basikal tanpa tayar kecil disebelah. Aku dulu masa 6 tahun dah bawak basikal besar (jaguar) sebab dulu2 manalah mak aku mampu nak belikan aku basikal kecik. Basikal pertama yang mak aku beli pun masa aku umur 9 tahun. Memang basikal tu la untuk aku ke sekolah.. Ingat lagi, basikal warna merah... Along beli dekat Pekan Parit Bakar. Tapi aku rasa aku taklah penakut sangat macam anak aku sekarang ni... Dulu masa belajar bawak basikal takde sapa ajar aku pun. Aku yang kuat azam nak belajar, walaupun guna basikal pinjam... Ingat lagi aku basikal pinjam tu basikal kak Ani cucu Tok Mok yang duduk kat bandar Muar. Bayangkan aku mula2 belajar dah belajar kat jalan yang sesak.... hehehehehehe... tapi aku berjaya mengayuh basikal dalam masa sehari mak aku ke rumah tok mok tu... Luka kat kaki jangan cakap la, dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 petang aku belajar, akhirnya aku berjaya bawak basikal dengan 2 roda aje... Hehehehe... Ingat lagi aku kak Ani paling tak suka aku datang rumah dia sebab habis jahanam basikalnya aku bawak ke hulu ke hilir... entahla.. mungkin sebab aku takde basikal kat rumah tu yang azam kuat nak belajar dalam 1 hari aje... budak-budak sekarang ni semua ada tu yang belajar pun hangat-hangat tahi ayam aje.... hehehehehe....


Sabtu, 27 November 2010

3days Kursus + 1day Holiday

23-25hb hari tu aku kena pi berkursus di PD. Kursus berlangsung di PNB Ilham Resort, Tanjung Biru. Layankan aje... Ni semua untuk keje tahun depan... Aku pun mengantikan orang aje..
Tapi bukan tu yang aku nak cite, Hubby dan anak2 pun menghantar aku dan dorang terus bercadang untuk berholiday semasa aku berkursus. Huhuhuhu.. Sampai hati dorang nak ikut tapi aku keje dorang cuti sakan...Jadik aku telah menempah apartment 1 bilik di Ancasa (atas jasa baik maklang tolong tempahkan untuk kita orang). Bagi rasa adil dan saksama aku ambik 4 hari 3 malam untuk stay di PD... Adalah 1 hari aku turut serta berholiday ngan dorang nanti... Hehehehehe... Best bila suami isteri keje cikgu.. Anak2 pun best bila mama papa keje cikgu... Time cuti sekolah aje, semua rest kat rumah atau jalan-jalan gi holiday... Jadik dorang sentiasa ngan kita... hehehehehe... OKlah jom layan gambar masa di PD...
Masa makan di Ummi Restoran
Kundi bilik kami di Ancasa
Kakak masa mandi di pantai
Kakak dengan gaya stunt di gelongsor air
Adik yang sentiasa takut ditinggalkan oleh mama dan papa
Lihatlah gaya saya swimming
Ni masa nak pegi pantai...

Selasa, 23 November 2010

Bahan-bahan belajar Kakak dan Aqil (Home Schooling)

Pencapaian kakak dalam Bahasa Melayu boleh dibanggakan, namun pengguasaan Bahasa Inggeris pula boleh dikatakan dalam peringkat sederhana. Oleh itu, semasa cuti ini kami (aku dan hubby) memberikan penekanan lebih kepada Bahasa Inggeris. Sebelum ini kakak telah menguasai Siri 1 Buku Ladybird Key Words. Semalam (21-11-2010) dia menguasai Siri 2 Buku Ladybird Key Words. Sekarang dia masih menyiapkan Buku Ladybird Key Words siri 2C, dalam buku ini dia perlu mengeja dan menulis perkataan yang pernah dia baca dalam buku siri 2A dan 2B. Tetapi kami menukar pendekatan dengan memberi dia peluang mengeja dan menaip perkataan di dalam aplikasi Microsoft Word. Jadi dia lebih berminat berbanding menulis di dalam buku tulis. Papanya juga mengambil peluang itu untuk memperkenalkan aplikasi tersebut kepada kakak supaya dia tahu apa itu Save, Close, Print, New Page dan bermacam lagi.
Ini pula bahan belajar Aqil. Bahan ini mama buat sendiri dengan mengikut beberapa bahan rujukan yang ada. Alhamdulilah, Aqil memberi kerjasama yang baik kerana selepas dia belajar dia boleh bermain game di komputer. Sebelum ini, apabila diajak membaca atau belajar bersama kakak pasti dia menangis dan meraung tidak mahu turut serta. Dalam cuti ini pula dia begitu memberi perhatian dan kerjasama yang baik. Alhamdulilah. Mari lihat apa yang Aqil dah buat...
Kali pertama menulis nama (tengok dan tiru)
Boleh tahan la jugak
Kali kedua menulis nama, semakin cantik dan kemas

Aktiviti memperkenalkan bentuk huruf a dan bunyi huruf a, aaaa..... Kemahiran dan teknik menulis huruf a kecil mengikut garisan
menulis huruf a di atas badan ayam menggunakan pelbagai warna
maze menikut huruf a untuk membantu anak ayam berjumpa dengan ibu ayam

Isnin, 22 November 2010

Aktiviti semasa cuti

Sekarang ni sudah bermula cuti sekolah. Jadik aku telah menetapkan jadual untuk Naurah Qistina (kakak) dan Muhammad Naufal Aqil (Aqil) untuk penggunaan komputer bagi membolehkan mereka bermain game. Jadual mereka juga melibatkan jadaul belajar/study bagi kakak dan Aqil. Dengan ada jadual ni mereka tidaklah mengadap komputer 24jam. Simple aje jadualnya, masa belajar pada pukul 3.00 petang - 4.00 petang dan juga 7.30mlm - 8.00mlm.... Seronok gak bila adanya jadual sebab boleh tengok ketepatan masa anak-anak aku sendiri menguruskan waktu bermain mereka. Mereka secara automatik akan memberhentikan permainan game apabila tiba masa yang ditetapkan. Alhamdulilah

Khamis, 18 November 2010

Malam Seribu Kasih d Kelab Darul Ehsan

Hari Isnin malam, aku mengada-ngada nak ikut hubby punya dinner sekolah dia... Kakak xde jadik aku ngan aqil aje yang ikut, coz Aqil free. Aku seperti biasa kena bayaq... hehehehehe... Saja gatal2 nak ikut wahal dah 8 tahun kawin x pernah ikut pun function akhir tahun sekolah hubby. Saja nak sedapkan hati kot sebab maid dah nak balik indon jadik otak serabut, ikut hubby leh release tension sikit. Best gak sebab dorang semua sporting berkaraoke... Suka sangat mengelakkan orang. Sian kat hubby dia pilih lagu tapi x dan nak nyanyi sebab sesi karaoke dipendekkan sebab bising... wakakakakaka... oleh tu meh layan gambar yang x seberapa yang sempat aku snap.....
geng semeja.... tablemate...
hubby dan Aqil