Ahad, 6 Februari 2011

Kek Batik/Puding Batik Biskut Marie


Bahan-bahan :

40 keping biskut Marie
5 sudu mentega
3 sudu MILO
1/4 tin susu krimer pekat manis
1 biji telur
1/2 cawan air
3 sudu besar koko
2 sudu gula
sedikit emulco coklat (x letak pun sbb xde)

Cara Membuatnya :
1. Panaskan mentega dan 1/2 cawan air hingga mentega itu cair.Gunakan api perlahan.
2. Masukkan milo,susu krimer, gula, koko dan emulco coklat. Kacau sebati.
3. Pukul telur dengan garfu dan masukkan ke dalam periuk. Masak adunan hingga pekat.
4. Masukkan biskut marie yang telah dibelah 4. Kacau hingga semua biskut basah.
5. Sediakan loyang berukuran 10 inci atau 9 inci. Griskan dengan minyak atau lapik plastik.
6. Tuangkan adunan dan ratakan.Apabila agak sejuk,tekan dengan plastik agar padat.
7. Masukkan dalam peti sejuk setelah puding agak suam.Setelah keras, bolehlah dipotong dengan pisau tajam.

Tips membuat puding/kek batik:
1. Biskut Marie hendaklah dipatahkan 4.Jangan terlalu kecil kerana tak nampak corak batiknya.
2. Mentega hendaklah dicairkan baru dimasukkan bahan-bahan yang lain.
3. Adunan hendaklah dikacau hingga pekat, baru masukkan biskut marie. Kacau sebentar saja supaya biskut marie tidak terlalu lembik.
4. Griskan loyang atau lapikkan dengan plastik agar mudah dikeluarkan.
5. Setelah menuang adunan ke dalam loyang, tekan perlahan dengan plastik supaya padat.
6. Biarkan puding suam baru masukkan dalam peti sejuk. Untuk cepat beku, masukkan dalam freezer atas selama 1 jam.
7. Setelah beku, potong dengan pisau tajam dan hidangkan.

Rabu, 2 Februari 2011

Pengalaman Minum Air Gula Semasa Mengandung

Hari ni aku kena minum air gula untuk memastikan aku tidak menghadapi gestational diabetes (diabetes ketika hamil).
Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.

Sapa yang kena minum air gula ni?
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1. Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2. Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3. Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4. Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5. Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.
Bagaimana proses minum air gula
1. Kena berpuasa dari pukul 10 malam pada malam sebelum ke klinik
2. Pukul 7.30pagi kena dah ada kat klinik untuk ambil nombor giliran.
3. Apabila nombor giliran dipanggil, maka darah kita akan diambil sebanyak 5ml
4. Selepas tu, nurse akan bagi kita segelas air gula (mengandungi gula sebanyak 75 gram)
5. Selepas habis minum gula kena tunjuk kat nurse cawan kosong tu.
6. Nurse akan bagi tempoh 2 jam untuk tunggu, tapi x bagi balik. Kena tunggu di klinik sebab kalo balik bacaannya akan lari (kata nurse la)
7. Paras gula yang normal
Puasa <> Selepas minum air gula (selepas 2 jam) <>
8. Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
Kesan Terhadap Bayi
1. Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2. Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3. Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4. Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5. Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6. Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung
1. Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2. Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3. 50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.

Ahad, 2 Januari 2011

Orientasi Tahun 1 - Naurah Qistina binti Mohd Radzi

Hari ini Naurah Qistina bt Mohd Radzi, anak sulung aku memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Dia begitu teruja untuk menjalani persekolahannya. Aku sebagai ibu pun secara tak langsung kena bersiap-siap awal pagi bagi memastikan anakku makan sarapan dengan sempurna. Seawal pukul 6pagi aku telah menyiapkan roti sosej bertelur untuk anakku ini beserta air susu. Pukul 6.30pagi dia dengan sendirinya bangun tidur, tak perlu aku kejut pun. Papa hanya buka lampu, dia terus bangun dan cari aku di dapur. Dia juga yang mengetuk pintu bilik air menyuruh papanya cepat bersiap. Mandi dengan sendirinya tanpa disuruh... Alhamdulilah, semoga sifat ini berterusan sehingga la dia besar.
Pukul 7.15pagi, kami bertolak ke sekolah. Aqil pun teruja mengikut kakaknya ke sekolah. Papa dan mama yang lebih teruja. Dia sampai-sampai sekolah sakit perut pulak, gabra atau tak biasa makan awal pagi? Hehehehe... Aku bawa dia ke tandas. Selepas tu terus ok... beratur di Dataran Nilam, kelas 1G. Guru kelasnya Cikgu Sharwani. Secara kebetulan anak kawan aku, Kak Leha, Anis sekelas dengan Nana. Jadi dia seronok untuk belajar bersama-sama. tengok aje la senyuman yang terpancar di muka kedua-dua mereka. Alhamdulilah....
Balik2 rumah terus siapkan kerja yang diberikan oleh gurunya. Tanpa ada dalih dia dengan sendirinya membuat kerja tersebut. Bagus... Awal-awal semangat... Hehehehehe


Jumaat, 31 Disember 2010

Petua/Tips Menghilangkan warna turun/luntur di baju putih

Aduh tadi basuh baju sekolah anak, kain sekolah agama (warna merah) luntur/turun. Kena habis semua baju putih yang baru dibeli. Puas rendam dan bilas bagi hilang warna pink di baju tu... Last-last dapat petua menghilang luntur pada baju putih.

Cara-caranya:
- Ambil air panas dicampur dengan perahan air asam limau. Letakkan sedikit serbuk pencuci.
- Rendam baju putih yang terkena warna tadi selama sejam atau lebih
- kemudian cuci dan bilas seperti biasa.
- InsyaAllah warna yang yang melekat pada baju putih tadi akan hilang.. Walaupun x sama seperti warna asal, tetapi tompok2 warna yang luntur dapat dihilangkan...

Kesian anak aku, bajunya da x seputih baru... Huhuhuhu... sorry kakak... mama mintak maaf... Jangan marah ye....

Khamis, 23 Disember 2010

Siapa la penyangak kete aku???




Ni gambar2 pada 24hb Disember hari tu....
Masa zaidah balik dari sekolah selepas meeting, try menjengah sebijik kete yang parking betul2 sebelah parking zaidah... Kete tu kena clamp dari 20hb lagi... Hati ni dok terfikir banyaknya duit owner ni sebab bila kena clamp sehari RM50 kena bayar kepada security... jadik owner tu dah berhutang RM200 kat security... Tengok2 ada kunci dalam kete kancil tu, ditinggalkan di lubang kunci (tempat start kete)... Jadik aku lagi kompius... terus call management tanya ada sesapa claim tak kancil tu kalo xde nak bagi tau polis... Management kata xde sapa claim... terus aku call polis cakap pasal kete ni... rupa-rupanya kereta tu juga kereta curi... di curi di PJ pada 17hb Disember 2010... Huhuhuhu... dia curi kete kancil pastu curi kete gen2 aku dan tinggalkan kete kancil.... x guna punya penyangak... Kete kancil tu polis ambik dan bawak balik balai Kepong.... Kete aku jugak x jumpa2....

Rabu, 22 Disember 2010

Kerete aku Hilang... Apa yang perlu kita buat apabila kereta kita kena curi



21hb Disember 2010 tercatat sejarah apabila kereta pertama yang aku beli atas nama aku hilang dicuri penyangak. No pendaftarannya WPC 1206. Sedihnya, tak terucap. Disebabkan kereta tu hilang maka dengan rasminya kenderaan utama aku untuk pegi keje dah takde. Patah betul kaki aku, huhuhuhu...



Tindakan yang perlu kita buat apabila kita hilang atau dicuri.
  1. 1. Pastikan dengan bank yang kete anda bukan ditarik oleh bank. Telefon bahagian penarikkan untuk respon yang betul. Jika tiada sah kereta anda hilang/dicuri.
  2. 2. Pegi buat report polis ke balai polis berdekatan. Jangan lupa bawa kad pengenalan, lesen, geran/salinan geran dan polisi insuran. Beserta salinan setiap satu.
  3. 3. Semasa report pastikan juga anda tahu no plat, no casis dan no enjin kereta. Masukkan juga semua data kedalam report tersebut.
  4. 4. Selepas itu, anda perlu menjalani soal siasat dengan pegawai penyiasat yang bertugas. Pastikan anda menjawab dengan yakin.
  5. 5. Selepas itu bawa kad pengenalan, lesen, geran, polisi insuran dan report polis ke syarikat insuran bagi kereta anda.
  6. 6. Aku punya kete kali ini di insuran kan oleh Allianz Insurance. Aku kena pi ke HQ atau cawangan terdekat. Aku pegi ke HQ di Plaza Sentral.
  7. 7. Kena isi borang Motor Accident Report Form. Kena jawab lak pelbagai soalan yang ada. Yes/No
  8. 8. Tunggu surat dari pihak insurans untuk tindakan seterusnya...

Nanti aku akan update lagi selepas dapat surat dari pihak bank.

Selasa, 21 Disember 2010

ChurpChurp | Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

ChurpChurp Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

2nd Day di Langkawi

Pepagi tu kami makan sarapan yang simple aje. Makan roti kelapa (ni kes silap tengok ingatkan roti kaya). Pastu pagi2 lagi 3 beranak (hubby dan anak2) ni dah mandi pantai. Aku disebabkan sedikit masalah teknikal x dapat join. Hanya tengok dari tepi pantai aje. Dorang mandi seronok aje. Sampai paras dada hubby dia bawak anak2 mandi. Kakak dan aqil lak pakai arm ring syok aje diorang mengikut papa mereka berenang.

Lepas dah puas mandi, terus bersiap-siap ke Jeti nak beli tiket feri balik ke Kuala Kedah. Sampai kat Jeti hubby dan kakak aje yang pegi. Aku lak stay dalam kete sebab aqil tertido. Rupa-rupanya tiket feri tak boleh dibeli 2 hari sebelum tarikhnya. Tiket hanya boleh dibeli sehari sebelum tarikh feri berlepas. Kena ingat tu. Hubby lak terus beli tiket cable car di kuanter Jeti, dapat diskaun Rm1. Harga asal RM15 untuk dewasa. Tapi bila beli kat jeti dapatla RM14 per adult. Harga tiket kanak-kanak lak RM5 per kid. Jadi semuanya RM38.




Sebelum ke Oriental Village kami makan dulu di JOM IKAN BAKAR, berdekatan dengan Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Dulu harganya murah tetapi sekarang boleh tahan mahalnya.. Kalo dulu kami sekeluarga makan x sampai RM20 tapi kali ni makan x seberapa pun tapi harganya sampai RM26. Pastu ikan x rasa fresh sangat. Rasa terkilan sikit




Sampai kat Oriental Village kene beratur ramai sangat orang nak naik cable car. Sejam jugak beratur, nasib baik aku pregnant dapat duduk. Hubby ngan anak2 aje beratur. Naik2 dalam cable car mengerikan sebab jauh sungguh dari platform bawah ke platform tengah. Aku pegang kuat besi dalam cable car tu... Ngeri....
Anak seronok aje naik cable car. Takde rasa takut pun. Aqil siap jalan-jalan lagi kat dalam cabel car. KAmi berenti di paltform tengah singgah sekejab sebelum naik ke platform paling atas untuk ke jambatan tergantung. Sebelum ke sky Bridge kami naik ke platform paling tinggi dan lepak2 makan aiskrim kat situ. Best aje, sejukk...

Rupa-rupanya kena berjalan jauh nak ke jambatan gantung tu. Aku memulanya gagah berjalan turun nak ke Sky Bridge tu sebab x pernah lagi menjejakkan kaki ke situ. Sampai2 kat jambatan tu rasa bergegar sangat. Takut aku. jalan pun pelahan-lahan aje. Pegang tiang besi dan pegang tangan kakak sebab ngeri. Takut jatuh ke bawah dengan anak2 sekali. X dapat dibayangkan oleh aku. Si Aqil lak siap bergayut kat besi jambatan. Aku takut sangat. Last2 aku biarkan papa dia aje yang jaga sebab mulut aku ni sebok membebel x henti2. Sampai petang jugak kami di atas Gunung Mat Cincang. Turun2 dah nak gelap, kami terus balik Ke Restoran Buluh makan malam. Malam tu jugak kami pi cari mamat yang offer kami untuk Island Hoping. Berapa harga nanti aku cite. Malam tu kami semua tido awal sebab esok awal2 pagi nak bersiap untuk Island Hoping.

Sambal Goreng Sosej


Bahan² :

1/2 pek sosej dihiris

1 labu bwg besar dihiris

1/2 tangkai lada merah dihiris

1/2 tangkai lada hijau dihiris

2 sudu kicap pekat

2 sudu cili kisar

1 biji bawang putih dan 1 biji bawang merah ditumbuk

1 genggam ikan bilis

4 biji kentang ptg wedges

1 genggam soohoon direndam

gula/garam secukup rasa

sedikit air


Cara :

1) goreng sosej/kentang/ikan bilis dan ketepikan

2) tumis cili kisar/bwg merah dan bwg putih tumbuk..smpai naik bau

3) curah sedikit air supaya x kering sgt..

4) tabur gula, garam dan kacau..masukkan kicap pekat kacau lg

5) agak² nk kering masukkan sosej dan kentang goreng td..kacau rata

6) bila dah sebati masukkan ikan bilis goreng..lada merah/hijau hiris bersama bwgbesar hiris

7) last skali masukkan soohoon...kacau kejap siap utk dihidang...

Sarapan Pagi Selasa 21/12/2010


Pagi ni aku ketandusan idea nak masak apa untuk sarapan anak-anak dan hubby. Memula cadang nak buat yang paling ringkas, goreng sosej aje. Aku tersilap letak sosej kat freezer, jadik keras macam batu sosej aku. Tunggu sejam tak lembut-lembut gak. Last2 tukar plan masakkan nasi goreng simple kat dorang. Buat air teh dan minum susu HL. Senang....

Resepi Nasi Goreng Simple
Bahan
4 cawan Nasi
6 batang Sayur Kacang Buncis
Segenggam Ikan bilis
2 ulas Bawang kecil dan bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil Stok ayam
1/2 sudu serbuk cili dibancuh dengan sedikit air
2 sudu kecil Garam
minyak untuk mengoreng dan menumis

Cara-caranya:
1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang kecik dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan stok ayam.
3. Masukkan garam dan sayur kacang buncis. Biarkan sekejab, janga terlalu lama.
4. Masukkan nasi dan digaul rata. Selepas itu masukkan ikan bilis dan gaul serata.
5. Masak selama 5 minit dan angkat. Siap dihidang.