Di sini, dimaklumkan bahawa si kembar bakal mendapat adik (sekali lagi)... Dulu mama dah mengandung tetapi hanya sampai 12 minggu sahaja. Selepas itu, mama dan papa langsung tak merancang. Kami hanya mengikut arus sungai (follow the river). Dan akhirnya bulan November 2014 mama tak dijengah sahabat baik setiap bulan. Terus beli pragnency test dan hasilnya positif.
Hari ini 19hb Disember 2014, usia kandungan mama dah masuk 9 minggu. Alhamdulilah. Mama harap kandungan kali ini sihat walafiat, amin....