Isnin, 30 April 2012

Resepi Homemade Pizza

Bahan-bahan Doh
200g tepung (guna high protein)
20g yis segera
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air suam

Bahan-bahan Sos Pizza
1 bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
2 sudu besar minyak
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano (guna pizza seasoning)
Sedikit garam

Cara buat sos pizza
1. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan semua bahan, masak sampai pekat.
2. Biarkan sejuk

Cara buat doh pizza
1. Tepung, yis, garam, gula dan minyak zaitun dicampur dan digaul rata.
2. Tambah air sikit demi sikit dan uli hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan tak melekat di tangan.
3. Perapkan selama 60 minit di tempar yang panas
4. Selepas perap, tumbuk tumbuk doh untuk membuangkan angin
5. Letakkan doh di atas loyang atau tudung periuk dan canaikan menjadi pizza
6. Biarkan 10 minit
7. Cucuk doh pizza dalam loyang atau tudung periuk dengan garfu supaya masa bakar nanti doh tidak mengelembung
8. Sapu sos pizza dan hiaskan dengan toping yang sedap
9. Bakar selama 30 - 35 minit dalam oven suhu 200 darjah

Ok... Mama dah bayar hutang kat kekawan yang nak sangat resepi ini... Pasni leh la dorangtry dan bagi mama makan... Hehehehe...

Khamis, 26 April 2012

Dah lama bersawang blog mama, tapi sebab mama memang tak sempat nak update blog... Teruk sangat...



Hari ini usia si kembar 11bulan seminggu... Tapi mama telah dijengah oleh rakan yang kunjung tiba setiap bulan... Terpaksa la mama telan motilium takut stok susu berkurangan untuk anak mama. Hanya mama kurang bertenaga dan rasa lemah, kureng mood aje.. Rasa nak baring atas katil then tak nak gerak-gerak langsung... Entah macamana tak rasanya, susah nak discribe... Tu aje la....