Hari ini Naurah Qistina bt Mohd Radzi, anak sulung aku memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Dia begitu teruja untuk menjalani persekolahannya. Aku sebagai ibu pun secara tak langsung kena bersiap-siap awal pagi bagi memastikan anakku makan sarapan dengan sempurna. Seawal pukul 6pagi aku telah menyiapkan roti sosej bertelur untuk anakku ini beserta air susu. Pukul 6.30pagi dia dengan sendirinya bangun tidur, tak perlu aku kejut pun. Papa hanya buka lampu, dia terus bangun dan cari aku di dapur. Dia juga yang mengetuk pintu bilik air menyuruh papanya cepat bersiap. Mandi dengan sendirinya tanpa disuruh... Alhamdulilah, semoga sifat ini berterusan sehingga la dia besar.
Pukul 7.15pagi, kami bertolak ke sekolah. Aqil pun teruja mengikut kakaknya ke sekolah. Papa dan mama yang lebih teruja. Dia sampai-sampai sekolah sakit perut pulak, gabra atau tak biasa makan awal pagi? Hehehehe... Aku bawa dia ke tandas. Selepas tu terus ok... beratur di Dataran Nilam, kelas 1G. Guru kelasnya Cikgu Sharwani. Secara kebetulan anak kawan aku, Kak Leha, Anis sekelas dengan Nana. Jadi dia seronok untuk belajar bersama-sama. tengok aje la senyuman yang terpancar di muka kedua-dua mereka. Alhamdulilah....
Balik2 rumah terus siapkan kerja yang diberikan oleh gurunya. Tanpa ada dalih dia dengan sendirinya membuat kerja tersebut. Bagus... Awal-awal semangat... Hehehehehe