Hari ni hari pertama puasa. Aku masak ikan siakap 3 rasa. Sayur masak lemak, ikan goreng dan talam pisang.
Aku berbangga apabila anak sulung aku yang berumur 5 tahun 6 bulan dan 6 hari berjaya berpuasa hingga sekarang (pukul 6 petang). InsyaAllah dia akan berpuasa penuh hari ini. Ini kerana berkat didikan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI). Dia telah diterapkan oleh guru supaya berpuasa penuh. Kami sebagai ibu bapa sentiasa memberi sokongan yang padu. Terima kasih jugak kat My Hubby sebab bersabar dengan kerenah kakak yang sentiasa merengek minta macam-macam. Malah berjaya membawa kedua-dua anak aku ke taman untuk menghilangkan rengetan nak makan dan minum dari kakak... Aku harap anak aku kekal menjadi seorang anak yang solehah.
Aqil juga turut berpuasa nasi. Dia hanya minum susu dan makan roti. Tidak meragam dan hanya bermain dengan kakak. Aku harap dia membesar dengan sihat dan bijak pandai macam kakak juga. Sekarang ni pun dia selalu membuli kakaknya. Semoga semua anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan solehan. Supaya nanti aku dan hubby tua diaorang boleh bela dan jaga dengan baik. Amin...