Isnin, 10 November 2008

Kereta dikehendaki..

Aku tengah carik kete yang sesapa ingin jual... Harga dalam RM2k-3k aje. Kete condition elok lagi.. Tahun 90an. Aku nak urgent. Sesapa ada contact boleh bagi tau aku thru comment atau email terus pada aku di nurzaidah at yahoo dot com. Tolong!!!

Makan2 di Sekolah

Makan laksa hari ni sponsor by kelas 5B. Ada gak nasi ayam tapau.




Makan Nasi Tomato dan sate sponsor by Class 5T, 5S, 5E, 5I dan 5R. Sate sponsor by Class 5G. Hehehehehe... Tarikh tak ingat tapi dalam minggu lepas. Wakakakaka... Banyak gak benda2 lain seperti kek, pasta, puding etc... Banyak sangat tak ingat


Kak Zah suruh aku tulis. Ni adalah gambar sifu makan dan chef terkenal iaitu Kak Nani... hehehehehehe.... layan!



Beg duit lama dan baru

Entry aku sebelum ni ada bagitau yang aku sebok2 mencari beg duit. Beg duit aku yang lama dan usang sangat. Meh layan gambar.

Beg duit lama - luar

Beg duit lama - dalam. Teruk giler siap koyak2 dan ada kain yang terkeluar.. Hahahahaa...

beg duit aku yang baru. Cantik kan!!

Dalamnya macam stail hand beg. Aku sukee!!!!

Ear piercing

Anak aku yang sulung kan pompuan umo 4 tahun. Dari bulan 8 lagi dia request nak bersubang.
Nana: Mama, Auni kan pakai subang. Kakak nak pakai subang gak.
Raya lepas aku pun gediks2 pakai semua barang kemas aku. Dia nampak aku pakai subang siap nak pakai lagi. Tapi mana ada lubang lagi masa tu. Aku siap sebok2 carikkan clip earing lagi untuk dia. Tapi aku tak jumpa yag cute2 untuk budak punya. Maka raya lepas dia hanya tengok aku pakai. Semalam di Selayang Mall aku lalu di Wah Chan terus singgah. Tanya pasal ear piercing. RM15. Maka aku dengan jayanya menindik telinga anak aku. Dia tahan gak sakit. Walaupun yang kedua kali (sebelah kiri) dia rasa gayat skit sebab dah rasa sakit tindik sebelah kanan. Cantik!! Anak mama dah tindik... Sukee.... Maknya yang over... hehehehehe...

Aku punya turn

Masa di Pertama Komplek aku dok melilau mencari purse baru. Sebab purse aku dah azab. Hehehee... Melilau dari Pertama ke Sogo tapi tak jumpa yang macam aku nak. Penat gak hubby aku teman sampai dia boleh duduk kat Sogo tanpa mengira tempat tersebut untuk pompuan. Wakakakaaka... Sian hubby aku. Last2 aku sound "Kita pi Selayang Mall nak?" Punya la jauh! Tapi hubby aku senyap aje, terus pi ke kereta. Aku bila dia senyap aku pun senyap aje.
Sekali bila dah sampai kat Jalan Gombak,
Hubby: Nak ke Selayang Mall ke?
Aku: Papa nak pi ke? Balik ambik anak2 dulu leh? (dalam hati menjerit YAHOO!!!!)
Hubby: Erm... leh gak
Maka aku pun balik dulu then angkut anak2 ke Selayang Mall. Tadi tak bawak sekali sebab dari IJN. IJN mana boleh bawak budak sebelum pukul 6ptg. Sampai kat Selayang Mall terus ke Lower ground sebab nak pi kedai jual purse yang aku dah aim dah... Lepas beli aku punya barang hubby ajak makan McD... Sekali anak2 aku jumpa benda alah ni. Main dulu RM3 untuk lima minit. Kejab giler tapi mahal... Sayangkan anak sanggup aje. Papa BAYAR... Wakakakakaa... Aku malas nak komen korang jamu mata aje...





Lepas 5 minit berlalu maka dengan lajunya my lil' family ke McD bersebelahan benda alah tadi tu. Makan time!!!!


Kasut untuk Hubby

Hubby akan pergi ekspedisi Ke Gua Tempurung pada 15 Nov 2008. Masa tu aku pulak ada jamuan High Tea. Waaa... waaa.... sapa nak hantar aku... Maka selepas ke IJN aku ngan hubby straight ke Pertama Kompleks. Hubby aku terus melilau mencari kasut outdoor yang sesuai. Aku layankan aje. Selepas puas melilau sana sini. Akhirnya hubby aku berkenan kat kasut ni. Aku menganguk aje sebab yang nak pakai dia. Aku kalo dia kata cantik maka secara automatik jadik cantik gak. Harganya pun dalam kemampuan kami.

Bila dah bayar sekali hubby aku kata ketat la pulak. Masa test tu guna kasut display ok. Tapi bila ambik stok baru hubby aku kata ketat. Mana taknya, kasut display dah berapa orang test tu yang dah besar skit. Tapi bila yang stok baru baru la tahu saiz yang sebenar. Tanya saiz 8, tokei kedai tu terus cakap out of stock. Alamak.... Carik la model lain. Nasib baik ada tapi kena topup skit sebab harganya mahal skit dari yang tadi.
Aku suka warna dan model yang ni sebab macam warna kasut aku gak. Dari td aku dok usha tapi hubby tak pegang pun. Tapi bila tokei tu suggest then hubby pun setuju maka aku dengan lajunya menganggukkan kepala.

Cantik kan!!!

Ahad, 9 November 2008

Update - Abg Lan di IJN

Hari Ahad aku ngan hubby pi IJN melawat kawan sekampung hubby yang masuk ke IJN. Abang Lan ni dulu sebelum kahwin duduk kat KL. Masa aku pindah randah dialah yang tolong hubby angkut barang2. Dia ni body builder. Tu yang hubby ajak dia sebab member menang biasa angkat berat2. Tapi tak sangka dia punya jantung ada masalah. Injabnya akan ditukar sebab jantung sebelah kanan mengepam dengan laju berbanding jantung sebelah kiri yang bergerak normal. Dia takde sakit apa2 pun tapi Dr. suggest dia tukar injab sebelum jantung kanan berhenti mengepam sebab tugasnya 2 kali ganda dari jantung kiri. Tah la... macam2 sakit sekarang

Kak Atun (wife abg Lan), Abang Lan dan hubby
Pasangan yang bahagia, Insya Allah


Alat pengukur paru-paru abang Lan. Aku ngan hubby jakun, hehehehe

Aku ngan hubby tengah lepak di ruang menonton di IJN
Aku yang poyo.. Wakakakakaa
Info terkini, Abang Lan akan dibedah pada hari Isnin pagi. Dia kes yang pertama untuk IJN pagi Isnin 10 November 2008. Aku doakan dia selamat, amin.....

Kejadian di Pasar

orang lain sebok membeli belah di pasar. Tapi aku,

tengah duduk kat tepi pagar kat pasar borong Selayang sebab aku pening kepala sangat2. Hubby suruh aku stay kat tepi pagar aje sebab dia takut aku rebah di tengah2 orang ramai. Kenapa aku pening2, bukan seperti viruspadu yg peknen. Tapi aku adalah kerana terlebih makan lamb chop. Wakakakaa... aku over makan lamb selama 2 hari... Jumaat makan 3 keping kat rumah kak Sal. Sabtu aku bantai 5 keping lamb chop kat Legend Hotel. Giler.. Last2 aku gak yang pening macam nak mampus. Siap rasa nak pitam masa jalan2 kat pasar. Hehehee... TQ hubby coz memahami isteri mu yang over ni.

Sabtu, 8 November 2008

Abang Lan Di IJN

Abang Lan aka kawan hubby sekarang berada di IJN. Isnin ini dia akan dibedah. Isterinya setia meneman Abang Lan di IJN. Masalah injab jantung katanya. Esok baru aku nak pi tengok. Esok aku update lagi pasal dia.

High Tea

Hari ni aku pi high tea aliran Tahun 5. Terima kasih kerana menjemput aku sekali join high tea ni. Kalo tak takde la aku kat mana2 aliran. Kita orang makan di Hotel Legend depan PWTC sebelah The Mall. Aku menumpang Huda. Huda ngan Kak Zah jemput aku kat rumah seh. Rasa macam best lak. Wakakakaa...
Makan sampai full. Aku rasa sampai nak duduk betul pun tak leh. Duduk kena gaya seperti tengah relax atas kerusi urut Ogawa. Hehehehehe... Puas giler. Aku suka sangat member2 tahun 5. Tahun depan aku kena buat kawan yang baru sebab aku mengajar sebelah petang lak. Alahai.... TQ huda sebab jemput dan hantar aku balik. Luv U