Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Selasa, 19 April 2011

Makan Dominos Pizza sebelah rumah

Layankan aje gambar sebab xde idea dah nak cite. Ni cite lama tapi gediks jugak nak letak.


Papa dengan pizzanya



Kakak dengan gaya laponya




Sekejab aje dah licin regular pizza


Aqil dengan gaya x mau dirakam dek lensa handset mama



Papa control hensome dan control lapo. Hehehehehe

Isnin, 4 April 2011

Makan sebelum pantang

Semalam mama berjaya memujuk papa untuk pergi makan durian. Papa yang pilih tempat dan buah duriannya. Papa drive terus ke Taman Melawati, sampai kat tempat tu mama pilih tempat duduk. Papa terus pilih dua biji buah durian. Harga sekilo RM12.00. Total yang kami kena bayar RM39.00. Papa juga ambik pulut durian.


Malamnya, mama panas dan tido dalam keadaan yang resah. Terjaga pukul 3.00pagi tak rasa babies bergerak. Terus goyangkan perut, Alhamdulilah selepas beberapa lama babies mula bergerak. Agaknya mereka pun resah dan panas di dalam tummy mama. Sorry sayang, mama teringin nak makan sangat durian. Lepas ni mama dah x leh makan dah...

Papa dengan gayanya

Aqil memula excited lepas tu mama yang kena suapkan dia

Jumaat, 4 Mac 2011

Ini cerita dah lapuk tapi nak masukkan gak... En Hubby telah bermurah hati untuk belanja makan di JM Beriani. Sedap!!!! Hilang gak rasa rindu kat Johor coz ada air sirap bandung ais krim soda.... Semua makan dengan berseleranya.




Rabu, 17 Disember 2008

Kenduri Keluarga HAji Abdullah

Keadaan masa kenduri. Meriah dan ramai orang yang ada. Bayangkan adik beradik MIL ada 9 orang. Ada anak saudara yang majoriti tak kurang 4 orang dalam satu family. Pastu cucu-cucu lak yang ada pada setiap anak-anak. MEsti tak terkira meriahnya. Aku pun seronok aje. Ialah family aku hanya 2 oarng adik beradik. MAk lak hanya ada 3 oarang adik beradik. JAdik family aku tak sebesar MIL punya family. JAdik bila ramai2 banyak cite yang leh kita dengar. Tak dengar lagi speaking Siam. Wakakakaka...


Di keadaan tempat masak. Ini semua adik beradik kita orang. TAkde orang lain. semua sedara belaka.


Mesti ada gambar anak2 aku


Aku, kakak, SIL (maksu) dan Aqil

SIL (maklang)

MIL tengah basuh daging

Khamis, 11 Disember 2008

Padang Besar

Kami ke Padang Besar melalui Cuping... Luas mata memandang ladang tebu... Tapi beberapa tahun lagi tak dapat lagi aku tengok pemandangan macam ni sebab diorang tengah gantikan ladang tebu ke ladang getah. Lepas ni hutan getah la pulak.


Aku, hubby dan adik semasa sampai2 di Padang Besar. Betul2 lunch time. Jom carik tempat makan.

Aku jumpa air botol fanta. Kat Malaysia jarang aku jumpa air macam tu. Dah la botol kecik aje. tulis fanta dalam bahasa yang difahami dan lagi satu bahasa thai yang tak difahami.

Dah dekat2 dengan siam, makan tengah hari pun mestila masakan siam. Tomyam seafood, kailan ikan masin dan telur dadar. Kalo kat tempat lain malam2 baru dapat menu macam ni. Tapi kat padang besar ni adalah menu sarapan, lunch dan dinner. Wakakakaka... Aku sukeeee!
Tapi sorry yer takde gambar kawasan shopping. Masa tu dah rambang mata tak dan nak snap gambar. Nanti kalo aku pakai blouse yang aku beli aku tempek kat sini. Wakakakaa....

Makan Bihun Sup Utara

Hari Sabtu lepas tido2... Aku rasa lapar sangat. Jadik aku goda hubby ajak pi makan bihun sup utara. Best giler. Dah la sedap murah pulak. Bukti mengatakan bahawa harga makanan di Kedah lagi murah, cuba tengok papan putih kat belakang hubby dan adik. Siakap 3 rasa RM12 sahaja. Kalo kat KL pasti RM25++ kan???


Bihun yang telah habis aku dan hubby sental. Adik pun suka gak.

Gambar dua jejaka tercinta dalam hidup aku. Pertama Mohd Radzi (hubby) dan kedua Muhammad Naufal Aqil (adik).

Isnin, 1 Disember 2008

xtvt ke Pasar

Seperti biasa hari minggu aku ngan hubby akan ke pasar untuk stok seminggu... Hehehehe.. Hari ni aku gatal snap gambo kt dalam pasar.. Layankan gambar ikan2 yg aku beli
Ikan pelaling... RM7 per kg
Ikan susu RM8 per kg
Hubby yang tengah try makan sushi stail Malaysia. Wakakakakaka... (sorry aku malas nak rotatekan gambar tu)
Lepas tu kita orang pi makan roti canai kat Zameer

Makan sarap an

Pagi2 Sabtu, hubby ajak pi makan sarapan. Memula nak ke Old Town White Coffee. Aku ok yer... Dalam hati dah plan nak try kuey teoy sup. Sekali hubby aku belok ke kedai ayam dara tepi jalan. Aku layan aje. Sebab aku ni bukan memilih sangat. Maka kami pun makan.

Tapi sekali bil dia macam aku makan kt OTWC punya reghe... gilos. Hubby aku cakap ni last time kita makan kat sini. Aku yerkan aje. Sebab dia yang drive aku ni ikut aje...

Ahad, 23 November 2008

Jangan terliur...

Jangan terliur melihat gambar yang aku post untuk entry kali ni. HEhehehehee... sebabnya adik ipar aku baru balik dari Penang... Memang aku dah pesan dengan dia supaya membeli serba sedikit asam kat Chow Road Star... yer ke macam tu ejaannya.. LAntak la... hehehehehhe... Aku telah diberitahu oleh adik ipar aku bahwa ejaan di atas salah... ejaan yang betulnya chowrasta... Apa la cikgu ni... hehehehehe....
Satu paket berharga RM10 sponsored by Maklang
Satu mangkuk untuk aku... Heheheheee

Sabtu, 15 November 2008

Hi tea sekolah...

Hari ni aku ada jamuan hi tea sekolah. Hi tea tu kat hotel renaissance. Aku pi ke sana tumpang Huda. Dia datang ambik aku. Pukul 11pagi dia datang jemput aku. Tapi biasala minah tu mesti lewat skit. 11.30pg baru dia sampai.
Aku yang poyo sebelum pi ambik gambar kat dalam bilik air. Harus!!
Makanan yang aku ngan member2 semeja pilih untuk makan. Makan tak ingat2 sampai perut sengkak. Aku nak duduk relax tak leh. Kena duduk tegak macam kak Asiah lak. Wakakakaka....


Ni kak ayu tengah meng'ayu'kan diri makan dengan jayanya. Sempat gak dok usha2 budak pelayan. Kalo tak silap namanya Ashraf kot... Wakakakakaa.. Boleh tahan ustazah kita ni

Ni member skepala aku Kak Zah. Benggang giler dia tak dapat cabutan bertuah. Kak Ayu yang duduk sebelah dia boleh dapat. Member hangat hanget satu badan la.

Ni pulak kak Zana. Aku suka ngan dia. Mature giler walaupun umonya muda lagi. Lagi satu dia ni lembut aje. Aku suke!!!! hehehehehee... Yang lain pun aku suke gak....


Harus ada gambar aku yang poyo...

Ni gambar aku ngan members skepala dalam bilik air. Harus gedik2. Tapi Kak Zah punya gedik over sebab terlebih makan puding. Hahahahaha... Yang sebelah aku Huda bakal pengantin baru 23hb ni... Minah ni nak kahwin pun boleh sempat lagi bergedoombek ngan member. Tapi aura seri pengantinnya tetap ada... Nanti cite kahwin dia aku cite la dalam ni.

Aku gak tak dapat apa2 cabutan bertuah... mungkin kureng bertuah. TApi nasib baik hadiah tahun ni kira ok... Tray katering. diorang janji nak bagi set complete. Jadik harus stay kat sekolah ni lama2 nak bagi cukup satu set. Wakakakaka... Bagusnya cita2...

treats by Papa

Sorry dah lama tak update. Aku bz skit sebab dah nak cuti sekolah. Kena uruskan benda macam2. Cite kali ni pasal hubby aku belanja makan nasi ayam ayamas... kat On The Run ESSO.

Adik tengah boring tunggu nasi. Dah buat macam2 perangai. tu yang duduk kaki dah ke atas.


Kakak lak muka boring sebab tengah lapar sangat. Gambar papa kat belakang tengah beratur nak order. Yang baju biru la tu....


Kakak request nak ambik gambar subang dia... layan...


Akhirnya kakak terus teman papa meng'order' makanan di kaunter.. Dah jerit lapar. AKu yang tak tahan suruh dia cakap kat papa. Tu yang dia ikut sekali kat kaunter tu...


Nasi aku kena share ngan kakak... Rugi lak rasanya kalo belikan kakak satu nasi asing. Dia bukan makan banyak pun... Tapi boleh tahan la jugak cara dia makan... Bagus kakak....

Isnin, 10 November 2008

Makan2 di Sekolah

Makan laksa hari ni sponsor by kelas 5B. Ada gak nasi ayam tapau.




Makan Nasi Tomato dan sate sponsor by Class 5T, 5S, 5E, 5I dan 5R. Sate sponsor by Class 5G. Hehehehehe... Tarikh tak ingat tapi dalam minggu lepas. Wakakakaka... Banyak gak benda2 lain seperti kek, pasta, puding etc... Banyak sangat tak ingat


Kak Zah suruh aku tulis. Ni adalah gambar sifu makan dan chef terkenal iaitu Kak Nani... hehehehehehe.... layan!