Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakit. Papar semua catatan

Selasa, 7 Jun 2011

Hari ke-19

Sebelum bercerita tentang rentetan dari hari pertama ke hari 19, marilah kita melihat gambar twins yang terbaru... Aneesa suka tido meniarap manakala Aleesya suka tido dibedung. Nampak sangat perangai berbeza dorang.



Kali ini adalah cerita tentang kesihatan mama yang tak berapa nak sihat.


Hari ke-4 mama kena bengkak susu. Sakit sangat sampai menangis. Lagi la menangis bila babies twin menangis nak susu. Kesian dorang sebab entah macamana, saluran tersumbat. Sebelum tu, ok aje. Kesian sangat. Terus papa bawak mama + twins dan ditemani ibu ke Poliklinik Permata jumpa Dr. Asmah. Dr bagi mama antibiotik Amoxy dan ubat bengkak Papase.Lepas tu, mak bidan pun datang urut mama supaya susu dapat keluar dengan lancar. Alhamdulilah beberapa hari kemudian mama tak lagi mengalami bengkak susu. Namun, atas saranan doktor papa telah beli susu formula untuk topup si twins. Sebab susu mama masih tak cukup untuk menampung twins. Walaupu tak rela tapi mama redha untuk kebaikan anak-anak mama juga.


Hari ke-14 pula mama kena infection di virgina. Aduh, macam-macam. Masa ni darah nifas dah habis tapi mama masih kena pakai pad sebab keputihan yang melampau. Pergi lagi ke klinik jumpa Dr Asmah. Terus Dr bagi mama invert vagina - Neo Penotran untuk 5 hari. Aduh, ngeri la pula. Memula memang tak lalu nak masukkan tapi kalo ambik ubat makan, mama tak boleh menyusukan twins mama la pulak. Kerana anak-anak mama sanggup berkorban.

Hari ke-19 pula mama ke klinik Dr Asmah sekali lagi sebab luka jahitan c-zer mama bernanah sikit. Dr kata kena infection juga. Aduh.... berapa kali nak kena infection. Sampai doktor kata lepas ni kalo datang klinik jangan datang bawak kes infection yang lain pulak. Hehehehe... Punya la doktor dah busan nengok mama. Asyik-asyik ke klinik dia bawa sakit yang bukan-bukan. Dr bagi antibiotik macam hari tu. Pastu kena beli dressing kit sebab lepas ni setiap hari papa kena buat dressing kat luka c-zer yang kena infection tu... Aduh...


Ya Allah tolong sihatkan mama lepas ni. Jangan la berlaku macam-macam lagi. Doktor kata hemoglobin mama low. Itu sebab mama senang kena infection. Mama kena makan vitamin iron secara berterusan sehingga habis. Aduh!!!! Dalam pantang kali ni macam-macam jadi. Sampai rasa lambat sangat nak habis pantangnya.

Isnin, 9 Mei 2011

Aqil bersenam kemudian demam

Hari Jumaat lepas sekolah Aqil ada senamrobik... Seronok aku tengok dia ikut setiap step. Sedih gak sebab setiap kali perkembangan anak yang awal2 mesti hubby yang dapat menjadi saksi utama. Masa Kakak (Naurah Qistina) dulu pun macam tu. 1st time kakak ke tadika, hubby gak yang hantar. Ni sekarang Aqil, hubby gak yang dapat tengok perkembangan awal dia.

Jom layan video Aqil senamrobik. Muka masam sebab panas katanya. Tapi tetap comel di mata mama.... Hehehehehe...


Malam Jumaat tu aku dah rasa suhu badan Aqil lain macam sikit. Jadi aku cakap kat Hubby yang Aqil mungkin nak demam. Tapi macam biasa la En Hubby aku, takde apa la.. Biasa aje suhu badan dia. Jadi aku pun biarkan aje la... Hari Sabtu pagi dia Ok lagi. Aku ngan En Hubby pun pi Mom & Baby Expo 2011 di Mid Valley. Balik dari shopping terus pengsan sebab kepenatan. En hubby yang layan anak-anak.

Dia yang layan Aqil yang dah demam tu. Malamnya aku lak take over. Masa aku take over, aku terus bagi ubat masuk b*nt*t. Maka Sabtu malam Ahad, aqil dapat tidur dengan lenanya. Tapi awal-awal pagi Ahad suhu badan dia naik balik. Aduh!!!! Aku yang tak berapa nak larat ni kena ikut kerenah dia. Nak peluk, nak mama baring dekat Aqil, nak mama suap makan Aqil etc.... Aku Layankan aje. Ahad malam, aku suruh hubby beli Anema coz Aqil asyik cakap sakit perut. Bila aku urut perut dia keras semacam. Bila tanya last dia buang air, dia cakap hari Khamis. Maka dengan itu, aku terus masukkan Anema. Alhamdulilah, habis dibuangnya. Tapi suhu badan dia masih panas. Dia lak nak tidur dengan aku. Layankan aje. Badan yang panas tu kena dipeluk. Dia sampai mengigau sebab badan terlalu panas. Pukul 1.45am aku bangun bagi dia makan ubat. Sampai pukul 3.50am dia tak tido lagi.

Paginya papa ngan kakak pun tak larat nak bangun ke sekolah. En Hubby terus bawa Aqil ke Klinik. Boleh baca ceritanya di sini. Rupanya anak teruna aku kena Demam virus disebabkan tonsilnya terlalu bengkak. Kesian dia...

Selasa, 19 April 2011

Warded 4 days 3 nights

Hari Khamis malam Jumaat (14/4/2011), mama bz burn CD untuk preparation Majlis Permuafakatan Ibu Bapa (Rantaian Kasih) murid LINUS kohort 2 2011. Malam tu tido x berapa nak lena sangat.


Pepagi Jumaat 15/4/2011, bz lak menyiapkan presentation slide untuk taklimat pukul 3.00 petang nanti. But since 4am, perut asyik aje mengeras. Memula tak layan sangat. Tapi makin lama makin rapat la gap masa perut mengeras. Bagitahu hubby, terus kena rest. Macamana nak rest sebab keje x siap lagi. Call Kak Za mintak dia ganti bagi taklimat. Dia OK aje hanya dia nak slide presentation. Aku pun slow2 buat slide.


Pukul 12.30pm, hubby balik keje terus suruh siap sebab nak pi hospital. Tapi aku degil coz aku nak settlekan dulu keje aku yang satu ni. Maka pukul 1.50pm hubby hantar aku ke sekolah dengan kakak sekali. Majlis habis pukul 5.45pm. Terus ambik kakak hantar balik. Kakak siap nangis sebab sedih x leh PJ ngan kekawan dia. Kesian lak kat dia.


Hantar kakak sampai rumah terus bertolak ke HBKL. Aku terus ke PAC (Patience Assesment Centre). Kena ambik urin, timbang dan check contraction. Aku cakap ngan doktor gap setiap contraction 20 minit. Then memang dorg detect contraction gap 20 minit dengan 10 minit punya contraction. Kena baring buat pap smear dan VE. Tapi jalan x bukak lagi... Doktor Amir turun dan terus scan babies. Doktor bagitau kena ambik suntikan Dexamethasone untuk mematangkan peparu babies takut aku terbersalin awal. Kena ambik 2 kali suntikan. Gap 12 jam.


Sampai kat wad aku kena jalani CTG (cardiotocography) lak.... Nak tengok denyutan jantung babies. Yang lawaknya sampai 3 mesin CTG ditukar tapi fetus heart beat tak jugak dapat. Last2 Pagi 16/4/2011 baru berjaya dapat CTG yang betul. Payah gak nak dapat CTG sebab babies masih kecil dan asyik berubah tempat. Sampai mama kena pegang alat CTG tu kalo x asyik hilang aje grafnya....


Rutin di hospital sama aje. Bangun pagi, sarapan pastu kena ambik tekanan darah dan dengar fetus heart beat. Kesian nurse sebab susah sikit nak cari twins punya heart beat sebab asyik le sembunyi. Lepas tu lunch, kena check lagi. Pastu minum petang, kena check lagi. Pukul 7.00mlm dinner lak. Pastu check. Pukul 11.00mlm check lagi. last sekali pukul 4.00 pagi... Aduh!!! bukan setakat nurse aje yang boring... dengan mama sekali naik boring coz asyik bukak kain selak baju nak check perut.


2nd day kat wad, mama ditransfer ke 1st kelas wad. Kat situ best sikit sebab ada aircond. Duduk lak 2 bed aje. X dengar langsung tangisan baby. X macam kat 2nd wad...


Hari Isnin pagi mama leh discharge.... tapi masih dapat cuti sakit until this Friday (22/4/2011). Layankan aje la... Bed rest. Then 22/4/2011 ada temujanji di O&G klinik. Tengok apa lak jadi lepas tu.

Rabu, 30 Mac 2011

Ibu hamil anemia berisiko

Ibu hamil anemia berisiko mengalami :-

  • tumpah darah semasa dan selepas bersalin

  • tekanan darah tinggi

  • kelahiran bayi kurang berat badan

  • kelahiran bayi tidak cukup bulan

  • kematian janin

  • keguguran

  • kematian ibu

Rawatan anemia


dapatkan pil hematinik (zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B complex). Makan pil tersebut mengikut arahan untuk keselamatan kandungan dan nyawa anda

Rabu, 20 Oktober 2010

Aqil Nebulizer

masa ni belum kena nebulizer, tu yang terbaring aje, sekarang jangan harap asyik bergaduh aje ngan mama, papa dan kakak




Aqil ni ada lelah sikit. Dah 2 hari makan aiskrim sebab papa baik sangat bagi kakak pi kedai. Papa mintak kakak tolong belikan paper. Jadi upahnya boleh beli aiskrim. Jadi dengan gumbiranya Aqil dan Kakak makan aiskrim.


Start petang semalam, aqil dah batuk... kong... kong tapi manja2 gitu. Papa bagi ubat batuk dan kahak yang memang dah ada dalam peti sejok. Tapi x gak baik. Jadik malam sebelum tido, aku lak bagi 1 sudu teh ubat batuk dan 1 sudu teh ubat kahak. Malam tu dia x boleh gak tido. Asyik batuk mintak aku peluk. Sampai pagi tadi.


Bangun pagi2, dia jerit "Aqil penat, Aqil penat". Sebab dia x leh tarik nafas dengan puas. Saluran nafas dia sempit. Kete aku lak xde sebab masuk kedai cat. Jadi aku terus call hubby cakap Aqil dah teruk. Dia pun terus cepat2 balik


Pegi terus ke Klinik Permata, jumpa Dr Asmah. Terus kena nebulizer. Aku x sempat ambik gambar masa Aqil meronta2 x nak kena neb. Lepas dia rasa macam ok aje pas neb dia terus dok diam. Sampai habis dia diam aje. Dr Asmah check laluan tu dah x sempit dah. Masa dia meronta-ronta x nak neb, Dr Asmah siap2 sound cakap kalo x boleh gak kena pi hospital. Alamak! Sentap sebab aku tengah bed rest tapi anak admitted lak. Nasib baik Aqil setuju untuk nebulizer. Alhamdulilah....


gambar kredit to google

Sekarang ni Aqil tengah aktif melompat sana sini sebab dah ok sikit. Tapi still ada lagi batuk manja-manja dia. Nasib baik nak makan ubat. Asyik la nak ganggu mama dia. X pe la sayang.. Korangla penyeri hidup mama dan papa.

Isnin, 1 Disember 2008

Adik tercalar

Masa pi rumah nurul. Adik suka sangat kejar kucing, tapi kucing tu dok lari celah2 bunga kertas. Adik yang naif main redah aje. Masa tu hubby yang jaga anak2, aku bz mengutip barang yang mak nurul nak bagi kita orang bawak balik. Masa aku datag kat dia tengok2 dah ada aje calar. Hati aku tersentap sunggup. Nasib baik tak kena kat mata. Sipi aje lagi... Hehehe...

Sabtu, 15 November 2008

Update Abg Lan di IJN-part 2

Untuk pengetahuan semua abang Lan telah selamat menjalani pembedahan di IJN pada hari Isnin 9.0o pagi. Pembedahan yang berjalan selama 4 1/2 jam berjaya. Abang LAn sekarang berada di wad biasa IJN sejak semalam selepas dua hari di ICU dan sehari di HDU.... Menurut kak atun abang lan mungkin akan keluar dari IJN 2/3 hari lagi... InsyaAllah... Sama2 kita doakan.. Cewah... Macam pembaca berita lak aku ni. Wakakakaka....
Luka di dada abang Lan. Nyeri aku tengok.. Sakitnya... Adoi....
Pasangan bahagia yang saling bantu membantu...

Abang kepada abang lan (Rais)

Aku yang selenge dan hubby yang hensome....

Ahad, 9 November 2008

Update - Abg Lan di IJN

Hari Ahad aku ngan hubby pi IJN melawat kawan sekampung hubby yang masuk ke IJN. Abang Lan ni dulu sebelum kahwin duduk kat KL. Masa aku pindah randah dialah yang tolong hubby angkut barang2. Dia ni body builder. Tu yang hubby ajak dia sebab member menang biasa angkat berat2. Tapi tak sangka dia punya jantung ada masalah. Injabnya akan ditukar sebab jantung sebelah kanan mengepam dengan laju berbanding jantung sebelah kiri yang bergerak normal. Dia takde sakit apa2 pun tapi Dr. suggest dia tukar injab sebelum jantung kanan berhenti mengepam sebab tugasnya 2 kali ganda dari jantung kiri. Tah la... macam2 sakit sekarang

Kak Atun (wife abg Lan), Abang Lan dan hubby
Pasangan yang bahagia, Insya Allah


Alat pengukur paru-paru abang Lan. Aku ngan hubby jakun, hehehehe

Aku ngan hubby tengah lepak di ruang menonton di IJN
Aku yang poyo.. Wakakakakaa
Info terkini, Abang Lan akan dibedah pada hari Isnin pagi. Dia kes yang pertama untuk IJN pagi Isnin 10 November 2008. Aku doakan dia selamat, amin.....

Kejadian di Pasar

orang lain sebok membeli belah di pasar. Tapi aku,

tengah duduk kat tepi pagar kat pasar borong Selayang sebab aku pening kepala sangat2. Hubby suruh aku stay kat tepi pagar aje sebab dia takut aku rebah di tengah2 orang ramai. Kenapa aku pening2, bukan seperti viruspadu yg peknen. Tapi aku adalah kerana terlebih makan lamb chop. Wakakakaa... aku over makan lamb selama 2 hari... Jumaat makan 3 keping kat rumah kak Sal. Sabtu aku bantai 5 keping lamb chop kat Legend Hotel. Giler.. Last2 aku gak yang pening macam nak mampus. Siap rasa nak pitam masa jalan2 kat pasar. Hehehee... TQ hubby coz memahami isteri mu yang over ni.