Isnin, 20 Disember 2010

1st Night di Langkawi

Aku tiba di Langkawi International Aiport pada pukul 8.25 malam. Flight penuh ngan penumpang orang Malaysia dan juga pelancong. Dalam flight hubby aku perasan sorang mamat ni. Aku bab-bab artis memang x kenal sangat. Dia kata Nubhan. Aku bila tengok perasan muka tapi x kenal nama. Si Nubhan ni naik flight ngan sorang awek cun. Hehehehe... bergosip la pulak. Mungkin ada event kot kat Langkawi.

Sampai2 kat airport hubby aku cari kete sewa. Memula nak ambik kancil tapi harga dia lebih kurang sama ngan Wira. Jadik Hubby ambik la kete Wira. Kami bayar RM250 untuk 4hari 3malam penggunaan kete wira tu. Nanti hari Jumaat kete tu parking aje kat Jeti, Tak payah hantar ke airport balik. Ok la tu... Seperti biasa kete sewa mana ada minyak banyak. Jadi dapat-dapat kete terus pi pam minyak, isi minyak RM20. Naik la satu takat.

Pastu terus pi chalet yang kami dah booking. Chalet yang kita orang sewa tu di Pantai Cenang. Kami sewa di Grand Beach Chalet. RM50 per night. Kami dah bayar untuk 7hb, kami kena bayar lagi untuk 2 hari. Jumaat kami nak check out. Semuanya RM200 termasuk deposit sebanyak RM50. Kami ambik chalet kecik yang hanya berkipas saja. Malas nak ambik yang aircond sebab tahu memang nak berjalan aje bukan dok dalam bilik pun. Kalo yang datang untuk honeymoon better ambik yang aircond sebab memang nak stay dalam bilik aje... Kalo bilik beraircond harganya RM150 per night.

Sesampai kat bilik kita orang terus makan makanan yang memang aku dah tempah siap2 dalam flight. Nak makan dalam flight macam x sempat aje... 45 minit aje penerbangan, sekejab sangat. Anak-anak pun x panas punggung lagi dah landing. Hehehehehe... xperla asal merasa naik kapal terbang. Bagi peluang katanya. Makanan untuk hubby Nasi beriani bukhara, aku nasi lemak dan anak-anak lak aku ambikkan hotdog. Nasi lemak aku memang sedap. Best!!! Hubby cakap nasi beriani dia pun sedap. heheheehe... Sayangnya anak2 x makan pun hotdog sebab sebelum flight dah bagi makan Double cheese burger kat LCCT.

Lepas makan aku terus bawak anak2 main pasir kat pantai. Hubby lak masih lapar pi cari makan kat Restoran Hj Jelani. Hubby makan Nasi Goreng Ayam, hubby kata x berapa sedap. Aku lak ambik bihun sup, supnya rasa macam air panas aje.. hehehehehe.. tapi anak2 makan sebab ada fish ball. Hubby punya nasi dan bihun aku harga RM4. Minum lak milo medium size 2 gelas, harga ikut macam OTWC.... Segelas RM3. Anak2 lak sebok main pasir. Aku biarkan aje sebab dorang mana pernah main pasir pu kat KL ni... Pastu jalan2 tepi pantai. Itu aje cite aku 1st night di Langkawi.

Berita Hot - Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Minggu Per Minggu (14 & 15 Minggu)

Minggu ke 1 4:
Pada minggu ini organ seks bayi sudah dapat dibedakan antara laki dan perempuan. Denyut jantung bayi berdetak kuat (detak jantung hampir 2X lebih cepat dari anda) dan anda dapat mendengarkannya di dokter anda. Sudah memberi respon terhadap dunia diluar rahim ibu, bayi mungkin akan bergerak bila anda mengusap perut anda, tapi anda mungkin masih belum dapat merasakannya.

Minggu ke 15:
Bayi anda sudah mulai dapat mendengarkan anda, mendengarkan denyut jantung anda, suara perut anda, juga suara anda.
Sekarang bayi anda sudah mulai mempunyai rambut di kepalanya, juga bulu mata dan alis.
Ukurannya sekarang 114 gram dengan panjang sekitar 15cm.

Selasa, 7 Disember 2010

Flight Air Asia Ke Langkawi

Hari ni, aku ada flight ke Langkawi. Flight AK5330 dari LCCT Kuala Lumpur pada pukul 7.25pm. Dan aku akan mendarat di Langkawi International Airport pada pukul 8.25pm. Perjalanan selama sejam aje. Ni merupakan pengalaman pertama aku naik Air Asia. Sebelum ni aku asyik naik MAS aje (masa study kat Sarawak).
dari pengalaman member-member yang naik Air Asia dorang kata kena rebut-rebut sit macam naik bas rapid aje. Jadi aku book terus tempat duduk kami berempat. 7A-7D, jadi kami akan duduk sebaris. Kakak akan duduk tepi tingkap. Aku lak akan duduk tengah dan diapit oleh Aqil. Papa lak duduk di 7D.
Aku juga siap-siap ambik makanan untuk menyenangkan diri aku dan family. Lepas turun dari flight perut dah kenyang. Hubby lak cakap kita bawak turun aje makanan tu untuk makan di motel. Aku ok aje. Hubby makan beriani, aku makan nasi lemak dan anak-anak makan hotdog.
Total yang aku kena bayar sebanyak RM180. Kira okla tu. Balik dari Langkawi nanti aku cite apa aktiviti kami semasa di sana. Doakan keselamatan kami ye...

Ahad, 5 Disember 2010

Berpantang selepas keguguran

Ramai orang kata tak perlu berpantang selepas keguguran. Tapi arwah mak aku ada cakap rahim kita tetap digunakan seperti orang bersalin jugak. Hanya perut tak berapa besar dan takde baby yang kita kena jaga... Kata mak aku kalo orang bersalin ni macam buah mangga masak yang memang gugur secara sendiri/nature. Tapi kalo gugur ni macam buah mangga muda dipetik dari tangkainya, jadik banyak getah yang meleleh-leleh. Jadik kata arwah mak lagi la kena jaga.

Jadi aku masa keguguran, aku berpantang secara eksklusif selama 2 minggu (14hari) dan selainnya aku berpantang secara separa ekdklusif.. Dalam masa 2 minggu (masa mc yang doktor bagi kat aku lepas aku D&C), makanan ruji aku adalah nasi, ikan haruan (goreng/sup) dan minum air panas. Aku bertungku 4 kali sehari (pagi, tengahari, sebelum maghrib dan sebelum tido). Aku juga memakai bengkung time aku tak bertungku. Aku juga memakai pilis, menyapu param dan mandi herba. Memakai stokin sepanjang masa. Tapi aku buat secara eksklusif selama 2 minggu. Lepas tu aku tak la buat semua tu sebab dah bekerja, kang bau jamu herba lak.

Selepas 2 minggu aku berpantang tidak minum air ais sehingga 100 hari. Berpantang bersama suami 44hari. Nak lama, tapi kesian kat hubby. Kira aku berpantang macam orang bersalin jugak tetapi tak lama... Ni semua berkat nasihat arwah mak aku la. Kalo ikut orang sekarang main redah aje. Tapi mak aku kata kalo kita berpantang sepenuhnya, kita akan kurang rasa sejuk lepas tu. Mungkin betul sebab aku sekarang ni kalo pukul 10pagi pun aku masih rasa sejuk. Bila malam pulak hubby dan anak2 panas, aku lak rasa sejuk semacam aje... mungkin betul kata mak aku. Jadi kalo nak kembali sihat aku kena berpantang betul selepas melahirkan anak aku kali ni....

Khamis, 2 Disember 2010

Pregnant check up

Semalam (2 Disember 2010) aku ada monthly check up kat klinik ibu mengandung Pasar Moden Gombak. Aku punya appoitment pukul 10.00 pagi kena jumpa Medical Officer aka doktor. Seperti biasa kena ambik nombor.


Aku dapat nombor 14, kad kuning. Sebab aku kena jumpa doktor untuk kali pertamanya dalam rekod buku pink.

Dah ambik nombor kena beratur untuk timbang dan ambik BP.... Berat aku kali ni 53.3kg (selepas makan nasi lemak sambal kerang).. Bulan lepas berat aku 52.7kg (selepas makan sebiji buah epal)... Bp lak 119/65 kira normal la ye... Tapi yang doktor risaukan adalah sebab Hb aku low, hanya 10.9 dan ditulis dengan pen merah. Huhuhuhu... Terus kena ambik Ferromed secara double. Dan kali ni doktor x bagi pil kalsium, mungkin lupa kot... Aku ada lagi check up pada 29.12.2010 ni pukul 7.30pg... Hehehehe... kata nurse orang terpilih aje... Entah2 ada ceramah kot... Layankan aje malas nak tanya kenapa...

Berita Hot - Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Minggu Per Minggu (13-28Minggu)

Perkembangan bayi anda pada bulan kehamilan 13 minggu (trimester ke dua)

Minggu ke 13:
Panjang bayi sekitar 7,5 cm dengan trakea, paru-paru, perut,hati, pancreas, dan usus berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara mulai terbentuk, dan tunas gigi muncul dengan 20 gigi bayi. Pada minggu ini jari tangan, telapak kaki, mulai terlihat."

Rabu, 1 Disember 2010

Pregnancy Calendar Week 13

Fetal development in pregnancy week 13: fetus in third month
This is your final week in the first trimester and your little weed continues to grow and grow and grow. Of the three trimesters, this one has been the most important for your little one’s development. Assuming you’ve carefully adopted a healthy diet, continue to exercise and get ample rest, your little one is set up perfectly for even more growth and development in tri-two! Way to go! He or she now weighs about 2.5 ounces and is roughly 3.5 inches in length. Little hairs, known as lanugo, will start to cover their body this week, as their sense of taste and smell are further refined. Their cozy little amniotic sac is also increasing in size and mass as it continues to fill with more fluid.

My Resipi: resepi Garam Belacan

Bahan-bahan

1 cawan gula pasir
2 ketul belacan sebesar ibu jari.
1/2 sudu teh garam
5 biji cili api (boleh dikurang lebihkan)
5 sudu kicap lemak manis
5 sudu kacang goreng (ditumbuk kasar)untuk lebih kick, tak de tak jadi hal..

Cara-cara
Masukkan semua bahan kecuali kicap dan kacang goreng dalam blender kering. Blend sampai hancur. Dah hancur, tuang dalam bekas.Masukkan kicap dan kacang. Gaul. Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran.

Aktiviti belajar bawak basikal tanpa tayar kecil

Kakak sekarang tengah berkobar-kobar untuk belajar bawak basikal tanpa tayar kecil... Tapi penakut. Asyik kena marah aje sebab takut nak imbangkan badan walaupun tayar kecil tak dibuang, hanya angkat ke belakang aje. Nak jugak tunggu sampai bila dia boleh bawak basikal tanpa tayar kecil disebelah. Aku dulu masa 6 tahun dah bawak basikal besar (jaguar) sebab dulu2 manalah mak aku mampu nak belikan aku basikal kecik. Basikal pertama yang mak aku beli pun masa aku umur 9 tahun. Memang basikal tu la untuk aku ke sekolah.. Ingat lagi, basikal warna merah... Along beli dekat Pekan Parit Bakar. Tapi aku rasa aku taklah penakut sangat macam anak aku sekarang ni... Dulu masa belajar bawak basikal takde sapa ajar aku pun. Aku yang kuat azam nak belajar, walaupun guna basikal pinjam... Ingat lagi aku basikal pinjam tu basikal kak Ani cucu Tok Mok yang duduk kat bandar Muar. Bayangkan aku mula2 belajar dah belajar kat jalan yang sesak.... hehehehehehe... tapi aku berjaya mengayuh basikal dalam masa sehari mak aku ke rumah tok mok tu... Luka kat kaki jangan cakap la, dari pukul 10 pagi sampai pukul 4 petang aku belajar, akhirnya aku berjaya bawak basikal dengan 2 roda aje... Hehehehe... Ingat lagi aku kak Ani paling tak suka aku datang rumah dia sebab habis jahanam basikalnya aku bawak ke hulu ke hilir... entahla.. mungkin sebab aku takde basikal kat rumah tu yang azam kuat nak belajar dalam 1 hari aje... budak-budak sekarang ni semua ada tu yang belajar pun hangat-hangat tahi ayam aje.... hehehehehe....