Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Oktober 2008

Open house aka bacaan Yasin rumah Kak OYA

Kak Oya telah berjaya membuat rumah terbuka aka bacaan Yasin kat rumah dia pada malam terakhir syawal. Bravo.. Kak Oya ni member hubby aku. Dia belajo kat IAB sekarang tapi lain kelas. Hubby aku kelas SR1 tapi kak Oya SR2. Sama ngan abang Taib. Hehehee..
Maka dengan penatnya aku balik dari PPDG terus bersiap2 ke Klang. Memula kena pungut hubby kat tepi tol la pulak. Sian hubby aku!!! Bawak balik bagi dia can mandi2 dulu. Aku ngan Ila siapkan anak2. Aku pun bersiap serba tak ringkasnya. Penat! Badan lotih tapi kerana nak berkenalan ngan kawan2 hubby aku gagahkan jugak. Paling2 aku tahu ngan sapa laki aku kawan. hehehehe... Jealous tandanya sayangkan papa? Wakakakakaa....
Lagi penat sebab hubby aku sesat merat tah kemana-mana tah. Anak lak menjerit2 dalam kete. Aduh tertekan sungguh. Aku ni tahap gaban gak panas barannya. Apalagi, mak jadik suara guruh. Hubby aku lak tertekan. Wakakakakaka... Sepatutnya boleh samapi pukul 7 lebih sampai rumah kak Oya pukul 8 lebih... Sejam beb kitaorang sesat...
Sampai2 diorang terus siap2 sembahyang Isyak. Aku yang MC ni duduk kat luar aje ngan bini abang Taib, kak Ana ngan anak2 kami. Lepas sembahyang Isyak depa pakat2 baca Yasin. Dah abis semua tu, apalagi..... MAKAN TIME
Banyak gak lauk2 yang disediakan. Hubby aku dengan jayanya menjadi pembakar ikan dan otak2. Alamak tak snap gambar la pulak. Lagi satu bateri handset aku dah abis.. Maka layan baca aje. GAmbar nanti aku mintak hubby aku sedut dari member2 dia SR2 tu... Payah2 mintak ngan abang Zainurul aje. Hehehehehee... Kami pun MAKAN2... pastu makan2....
Yang bestnya aku jumpa orang kampung... Dapat la mengeratkan silaturahim... Next entry kita layan gambar lak. Sekarang gambar takdo kat aku... Tunggu!!!!!

Isnin, 20 Oktober 2008

Rumah Terbuka

Ahad aku ada 2 jemputan rumah terbuka. Satu daripada En Hasnal dan yang kedua Kak Zaida.
Memula aku sefamily telah meyerbu rumah En Hasnal punya open house... Best gile dia punya open house. Menunya banyak.. Aku makan laksa, hubby makan nasi tomato, anak2 makan sate, ada gak soto, lemang, nasi himpit dan sebagainya. Airnya ada air anggur, ada jugak ABC (air batu campur). Sedap.. Layan sungguh.. tapi sayang aku tak snap gambar makanan yang ada hanyalah seperti dibawah.

Lepas tu aku ngan family pegi bertolak ke rumah baru kitaorang kat platinum walk... Kak Zaida ni kira jiran satu kawasan lain blok... Aku punya rumah blok C dia punya rumah blok A.. Tapi dia buat open hall bukan open house. Sebab dia buat kat dewan bawah. Kat sini hubby aku jumpa semua member lama dia satu sekolah. Jadik lama la sikit kita orang kat sini. Aku layankan aje.
OTW ke rumah kak Zaida
Muka2 beginner blogger yang kurang tegar
Perbincangan tentang blogger ke???

Open house Kak Dah... (Blok A)

Lepas balik dari sekolah (Kursus Perkembangan Staff) aku terus ke rumah Kak Dah di blok A. Blok dia ada buat open blok.. hahahaha... Maka dengan laparnya aku dan hubby menyerang blok A. Hahahahaa.... Banyak makanan yang disediakan. Satu rumah bawak satu lauk. Hasilnya memang banyak. Semua negeri ada wakil makanan yang dihidang. Kak Dah sendiri sediakan nasi dagang. Tapi aku rasa pun sebab aku lebih minat masakan orang johor, SOTO.
Gambar tuan rumah
Aku, hubby dan suami kak dah, tengok la meriah atas meja

Isnin, 13 Oktober 2008

Sunday's Stories

Ahad sepatutnya aku akan ke rumah kawan aku Bebe... Atau nama betulnya Shahrom Be Bee punya open house. Tapi sebab2 teknikal aku tak dapat p rumah bebe...

Jadik aku pun stay rumah aje... tapi dalam pukul 3 lebih sepupu hubby aku call suruh pi rumah dia. Ada open house katanya. Aku pun siap2 pi rumah sepupu hubby aku tu.

Lepas tu cadang nak pi rumah nenek. Rumah owner rumah sewa aku dulu... Tapi sampai simpang Lorong Haji Zam Zam terserempak dengan ayah Qistina. (ayah angkat anak aku sebab dulu ex-wife dia mengasuh anak aku) Sembang2 sampai lorong tu jem... Last masa nak blah tu nampak myVi atok. Ada atok, nenek, mak jang dan wawa. Salam aje.. mintak ampun maaf then cancel pi rumah nenek sebab nenek nak hantar mak jang pi klinik.

Terus drive ke damansara nak pi rumah acik (kak syikin). Nak jumpa ana ngan kak syikin lama tak jumpa. Dari Maghrib sampai pukul 9mlm lepak kat sana. Siap makan mee hailam lagi. hehehehe.. kenyang boleh tahan sedap gak mee tu...

OTW balik tu singgah IKEA.. Jumpa Maya kat sana tp tak snap lak gambar dia... next week kot pi rumah dia makan soto... heheheheee....

Kat bawah ada skit gambar masa kat IKEA
OTW ke rumah nenek
Papa kat IKEA duduk mcm rumah dia lak
Adik kali pertama ke IKEA, main macam mama ngan papa dia dah beli semua mainan tu....
Mak lang + papa makan karipap IKEA dengan gaya tersendiri

Khamis, 2 Oktober 2008

Ke JB pulak

Hari raya kedua kitaorang dah plan nak ke pontian dan gelang patah jumpa abah dan mak... bertolak dari rumah taman pukul 12tgh... sebab adik mengamuk, tu yang lambat tu. Pukul 1 lebih sampai kat batu pahat berenti makan... sedang aku ngan family nak carik tempat duduk aku ternampak abah, mak uda & adik2.... aku salam abah then duduk makan satu meja. Papa nak bayarkan makan tapi mak uda lagi cepat keluarkan duit... jadiknya makan aku dibelanja oleh abah sefamily... hahahahaa.. bagus gak jimat... (kureng punya anak) lepas makan terus bertolak ke pontian. abah bawak jalan dalam jauh giler...
Sampai kat rumah abah pukul 5ptg... lepak2 sampai pukul 6ptg. terus bertolak pi rumah mak kat gelang patah. Sampai rumah mak dalam pukul 7.00mlm. terus di sambut meriah oleh mak. Anak yang jarang balik, setahun sekali pun payah. Pakcik ade, abang dali dan nora ngan anak2 pun ada... Mak buat bihun sup untuk jamu aku makan. lepak2 terus pi rumah kak ila.... samapi pukul 9.00 mlm balik ke rumah mak balik... pukul 10mlm baru bertolak balik ke muar... penat giler...yang drive lagi penat. aku kat sebelah boleh ak tido... dia tak boleh langsung...

Rabu, 1 Oktober 2008

Raya yang sederhana

Raya tahun ni tak berapa meriah... satunya sebab x dpt gaji lagi. Pastu mak dah sakit teruk dah... raya dok rumah along, tak meriah...
Raya ni sedih skit sebab mak dah sakit teruk.. dia takde sebok2 time raya... baring aje, pakai pampers lagi... sedih giler. aku tak nangis bila tengok mak tapi dalam hati hiba giler. Raya pun tak best... Pagi2 raya kat rumah taman.. yang ada hanyalah my lil' family, papa, mama, kakak & adik... mcm tak raya lak...
lepas tu pi rumah along kat sungai balang... jumpa mak.. mintak maaf, makan2... then duduk kejab ada orang datang,.. semua sedara abang raman... ramai.. penuh satu rumah yang depan. aku kat sana duduk dapur aje.. tolong basuh pinggan dan cawan..boring giler...
Last2 aku papa blah, papa pun memang nak blah. bukan family kitaorang pun. jadik aku pun blah dari rumah along. terus pi rumah member aku jun, aku lepak kejab.
then pegi pt unas... nak raya kat rumah ella... tp dia xde... aku terus pi rumah atok said. beraya kat sana. pi rumah maklong, mak itam, makcik dan kak milah... tak pi rumah mak lang ajer sebab aqil dah mengamuk berak...
terus balik rumah taman...tak keluar2 terus lepak, tido.... raya yang boring...

Selasa, 30 September 2008

Balik kampung...

Sebelum balik... kemas baju



lepas tu, kena service kete
kemudian dalam perjalanan balik kampung.... jem la pulak... tak sampai kampung lagi dah nak berbuka... kita pun berhenti carik tempak berbuka... teus pegi serkam pantai makan seafood...

tengah2 makan kakak dan adik jumpa kawan...

Shopping raya...

Sabtu malam ahad hari tu aku pi shopping baju raya anak2... untuk mak takde... budjet hanya untuk diorang sebab mak ngan bapaknya dah selalu raya.. bagi peluang kt diorang.. memula ke sogo pastu lintas ke jalan tar...
Tapi Ya Allah, ramainya umat.. aku tak larat nak jalan, anak aku (kakak) siap kena pijak dek giant sampai luka kaki dia... rasanya semua orang dah mula menjadi tak tentu arah bila nak bershopping raya... last2 aku tak tahan just lepak ngan hubby... tak larat

sebelum balik kitaorang singgah mamak makan sikit2...macam kira bersahur la jugak... hehehehehee