Nasihat doktor rendam tangan Aqil dalam ais, buat sejam sekali dalam 5 minit. Kena makan ubat demam including pain killer. Dapat gak ubat antibiotik. Dan dia memang budak yang baik sebab bila doktor check jari dia, baik aje duduknya. Doktor kata nasib baik tulang dia tak patah. Alhamdulilah.....
Sabtu, 30 Oktober 2010
Aqil tersepit pintu kereta
Semalam, aku mabuk teruk. Sampai x leh bukak mata langsung sebab kepala pening sangat-sangat. Semua family yang stay rumah aku nak pi SOGO. Aku memang sah-sah tak leh ikut. Jadik aku, kakak dan maid aje yang tinggal dekat rumah. Hubby, Aqil dan semua family lain meronggeng di SOGO. Aqil bagaikan di syurga bila papa bawa dia pi beli kereta. Pasti "foyooo" selalu. Aku kat rumah rasa lama sangat bila kena tinggal.
Dalam pukul 5 lebih, hubby call cakap Aqil tersepit pintu kereta. Dia kata teruk, lebam, ada darah beku dan bengkak besar. Aku terkejut sangat2 sebab baru tadi aku dengar suara Aqil sebut "fuyooo kete power". Aku x dapat pk klinik mana yang paling dekat dengan SOGO. Hospital Tawakal aje yang terlintas dalam otak aku. Aku suruh hubby bawak Aqil ke sana. Tengokla jari hantunya yang lebam dan bangkak dek kerana tersepit pintu. Sian tengoknya
Rabu, 27 Oktober 2010
Forum RatuHati
Sayangnya, aku baru aje hoin satu forum group iaitu RatuHati, banyak info berguna bagi isteri2 yang ingun hamil, ibu2 yang sedang hamil dan banyak lagi... Tapi sayangnya sekarang Forum RatuHati mengalami masalah teknikal... Harap moderator dapat perbaiki kembali forum tersebut. Sebab aku dah banyak kawan2 kat situ... Lagi kawan2 yang lebih kurang sama EDD dengan aku. Sayang kalo forum tu terus mati di situ..
Selasa, 26 Oktober 2010
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Anda Minggu Per Minggu (8 minggu)
Minggu ke 8: Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak. Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.
Dah 8 minggu babies membesar dalam worb mama... Kejab aje dah 2 bulan. Lagi sebulan baru mama boleh intai dorang berdua. Masa tu mesti lagi besarkan. Bulan 12 ni kami sekeluarga akan ke Langkawi flight by Air Asia... Masa tu dah 3 bulan lebih, InsyaAllah xde apa2...
Isnin, 25 Oktober 2010
8WeeksScan.mp4
Pagi tadi pegi follow up di Klinik Sarmukh. Doktor tanya ada bleeding ke tak... dah takde dah... Jadik dia suruh aku baring untuk scan babies. EDD aku dah berubah lak, 6 June 2011... Alhamdulilah, babies sihat... meh tengok videonya. Blank x tau nak cite apa... hehehehehe
SOS LADA HITAM
SOS LADA HITAM (kredit to kak hanieliza)
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan/stok tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air
sikit garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau daging
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan/stok tulang ayam
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air
sikit garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau daging
Ahad, 24 Oktober 2010
Kentang Putar / Mashed Potato ala KFC
Kentang Putar ( ala KFC)
Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• 1 sk lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Rebus kentang dgn sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya
Sos kentang putar (rasa macam kfc la…)
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (kurangkan kepada 3 sudu)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam
Cara-cara:
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Sedap sangat sehingga menjilat sudu... huhuhuhu
Sabtu, 23 Oktober 2010
Bagaikan PUTERI...
Aku bagaikan seorang puteri. Sekarang hubby memang x bagi aku buat apa2 pun keje termasuk mengangkat mangkuk. Aku hanya leh tolong angkat pinggan melamin aje. Yang berat semua dah tak boleh angkat. Tadi pagi pegi MyMydin aku hanya dibenarkan mengangkat bungkusan roti. Yang lain (ada dalam 5 plastik - semua berat) hubby aku yang angkat. Hehehehehe... Bestnya. Jarang aku dapat layanan yang macam ni. Sekarang ni anak2 nak makan apa pun, papa dorang tak bagi aku yang ambikkan.
Sayang abang... Tq sebab jaga Eda sekarang dengan begitu teliti. Sentiasa pantau semua tingkah laku Eda. Tq juga sebab sekarang kurang makan makanan laut. Sentiasa belikan semua benda yang eda nak makan. Kena selalu carikan susu HL untuk Eda. Terima kasih sayang. I love you...
Percubaan Pertama Keluar Rumah Selepas 5th Day Bed Rest
Bangun pagi tadi seperti biasa rasa lapar, disebabkan hubby ada aku pun gedik ajak dia makan kat mamak. Padahal ni percubaan pertama kali nak keluar dari rumah. Masa nak tunggu lif sampai aku dah rasa mengigil2. Takleh nak berdiri, terus mencangkung kat depan lif. Bila kat atas motor lak, kuat aku peluk hubby takut terjatuh. Sampai kat kedai mamak aku order roti canai dan mee goreng. Kami share la berdua. Pas makan terus pegi MyMydin beli sikit barang2 dapur. Tapi Aku rasa lain mcm aje. Balik2 rumah aku takleh tahan dah. terus baring kat katil dan tertido. Ni baru bangun, nasib baik dah ok skit. Aku masih x boleh adjustkan diri dengan dunia luar selain dalam rumah aku.... Macamana la Isnin ni nak keje. Aku xde seminggu pun dah mcm2 sekolah call. Hai... Doa2kan yer aku sihat walafiat nak ke sekolah. Kesian murid2 aku....
Jumaat, 22 Oktober 2010
Siapa mabuk dulu...? Anda atau hubby anda?
Dalam salah satu forum yang aku join ada satu isu yang menarik hati aku untuk di ulas lebih lanjut kat blog aku. Siapa mabuk dulu...? Anda atau hubby anda?
Kalo mengikut pengalaman aku sendiri, masa anak sulung. Aku x tahu pun aku ni mengandung lagi tapi hubby aku sebok demam. Dekat 2 minggu demam. Arwah mak aku dok la bunyi ni Radzi demam ni kot2 Eda mengandung kot. Aku lak menafikannya sekeras-kerasnya sebab x lewat pun lagi. Lepas dari tu dia pening aje memanjang. Asyik2 pening, sampai aku pun pening sekali la. Bila dah kompem aku pregnan, dia tetap pening. Aku lak masuk bulan ke 3-6 aku x lalu makan nasi. Nasi rasa macam x best sangat. Lagipun masa tu bujang, asyik makan kat luar. Banyak2 yang aku lalu mee mamak. Padahal sebelum ni aku memang x suka mee kuning. tapi masa mengandung si kakak, mee mamak la paling sedap. Siang malam, makan mee aje.
Anak yang kedua pulak, aku xde sebarang alahan. Elok aje... Keje, drive kete tapi malas ya rabbi. Pegi keje, balik keje, tido, bangun tido, pegi keje. Tu la rutin aku. Baju bertimbun2 x basuh. Dapur x pernah masuk pun. Bayangkan baju dah habis stok leh bungkus dalam beg sampah hantar dobi. Sekali hantar dekat RM20 la jugak. Hahahahaha.... Hubby lak, boleh dia mengidam rokok. Dia cakap nampak mamat mana2 yang hisap rokok tu nampak sedap sampai rasa nak rembat rokok kat tangan orang. Sempatla dia merokok 3 batang rokok. Abu lak selamba aje tinggal kat meja komputer, kantoi ngan bini la. 3 batang tu yang aku tahu, yang x tahu tu entah berapa tah.
Mengandung sekarang ni, hubby pagi2 rasa mual2 tapi x muntah pun. Pastu sebok nak makan sotong. Aku lak x lalu nak makan ikan. Kalo dulu aku boring makan ayam dan daging aje... Sekarang ni tu la lauk aku. Hehehehehe
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Anda Minggu Per Minggu (7 minggu)
Minggu ke 7: Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan unutk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan(anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke ini otak akan terbentuk lengkap.
Langgan:
Catatan (Atom)



