Selasa, 13 April 2010

Kezutan ari nie....

hari ni hubby aku tak bawak hanphone dia... Dari pagi sehingga pukul 10 tadi asyik la ringging... Tension.. Tetiba kawan hubby yang nama shukri tu explain why semua member2 diorang call... rupunya diorang dapat satu berita palsu, "My hubby meninggal dunia"... Ya Allah biar betul... aku terkejut betul... tidak... Selisih malaikat 44... Tidak!!!!!

Jumaat, 9 April 2010

Selesai semuanya

Semalam aku dah selesaikan semua data untuk pertukaran aku... Hahahahaha.. alasan yang aku bagi macam tak kukuh aje.. Tapi aku tetap jugak isi borang tukar tu... Harap-harap dapat tukar la... Aku nak sangat kalo dapat sekolah SK Danau Kota 2... Sebelah aje rumah aku... tapi kalo dah dapt temoat lain nak buat macamana.... Hehehehehehehe...

Isnin, 5 April 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH

Semalam best gak tengok ABPBH. Kak Engku dan Shahira memang best. Spontan je... Tapi baju Shahira yang warna purple tu macam kureng skit sebab nampak lemak kat ketiak, sbb kain yg tutup bahu tu macam takde aje... Kak Engku punya baju best skit... Secara overall aku bagi 4 star (4****) tapi ada gak yang kantoi sana sini...
1. Kantoi tang bila geng AF nyanyi tu tetiba mic tak berbunyi... sian si penyanyi tu takde suara.. Pastu tak berapa nak harmoni sangat suara diorang... tapi aku nak cakap lebih2 pun x leh sebab aku tak jadi penyanyi pun..
2. Kantoi tang David Teo dgn Fauziah Ahmad Daud jadi penyampai hadiah. Diorang tu macam syok sendiri aje. Pastu David bagi macam nasihat yang payah nak paham.. David sebagai penduduk Malaysia sepatutnya fasih penguasaan Bahasa Malaysia. Tapi ni sayang sebab dia penyampai dan cuba memberi nasihat tapi kosa kata semuanya silap. Lain kali jangan bagi la penyampai yang kureng fasih jadik penyampai hadiah.. Buat malu aje...
3. lagi satu yang kantoi adalah baju yang dipakai oleh Dayang. Nampak comel dari depan tapi bila kameraman ambik gambar dari belakang terus kantoi.. Rupanya dia pakai baju singkat sangat.. sepatutnya kameraman tak yah la ambik gambar dari belakang. Sebelum tu takde pun shot dari belakang tapi bila tiba masa si Dayang nyanyi banyak lak shot dari belakang... tah apa2 tah...
Tapi bila persembahan Wing + Black + Jaclyn memang power... walaupun suara Black macam dengar tak dengar... Tak tahu pasal mic ataupun pasal suara si Black tu sendiri... Last sekali taniah kat Datuk CT sebab masih lagi menjadi artis paling popular 2009.... Walaupun dah 15 tahun dalam dunia seni namun Datuk masih menjadi pilihan ramai.

Ahad, 4 April 2010

Live tgk Buletin Utama tunggu ABPBH

Tahun ni takde red carpet ke?? Biasanya tiap2 taun ada red carpet. Nak tunjukkan baju glam artis-artis kita. Pastu pakai make up tebal-tebal. Tah sempat atau tak sembahyang maghrib sebab nak bersiap (takkan senang2 nak buang rambut set ngan muka cantik2 tu)... hehehehehee... tapi aku seronok gak tengok... Wakakakaka, biasa la akhir zaman katakan. Hubby aku pun bising kat aku sebab bertunggu tangga kat depan TV sebab nunggu red carpet. Last2 tutup aje sebab telinga tak tahan nak dengar dia bebel... Hehehehehee.....

Kenduri Ros aka anak buah tiri aku










Luahan rasa

Aku bengang gile, dulu aku dah cakap ngan GB yang projek linus ni kena didahulukan sebab projek negara. Tapi dia kata x... sbb masa dia pi meeting kat ppd GB sek lain2 tak mcm tu pun. Jadik dia pun buat2 tak ambik tahu... Sekali hari Khamis hari tu dia pi meeting lain kt PPD, Puan Patimah dok tanya pasal LINUS sekolah. Ada berapa cikgu pemulihan? GB jawab 2 org tapi sorg dia dah letak kat PPKI (aku la tu). Last2 kena sound ngan PPPD tu, sapa bagi arahan la. Salah la etika tu.. Aku tak boleh letak kat PPKI. Cikgu pemulihan mesti ada 2, sorg pemulihan 2 dan 3. Sorg pemulihan linus... Aku dah cakap macam tu dulu tapi x percaya. Last2 mengelabah. Terus suruh aku kembali ke perdana. Tolong buat macam2. Wakakakakaa... Tapi masih ada lagi kesilapan yang dia buat... LINUS tegar patutnya aku ambik.. tapi ni semua budak linus aku ambik... LAntak la... malas aku nak pk...

Rabu, 31 Mac 2010

Data Saringan 1 LINUS

Semalam aku diberi tahu oleh kerani sekolah tentang data yang perlu aku hantar ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Tak lain tak bukan mesti data LINUS. Sejak LINUS ni wujud macam-macam hal yang aku kena handle. Dari kelas linus tegar hingga la ke data LINUS. Aku kena ini keputusan LITERASI dan NUMERASI ke dalam tapak data di http://www.moe.gov.my/nkra. Sepatutnya bukan aku yang kena isi data ni tapi lepas naik cuti tu GPK 1 aku terus bagi kat aku. Sebenarnya ada guru data LINUS. Tapi InsyaAllah aku akan ajr cikgu tu macamana nak keyin segala data yang berkaitan tentang LINUS ni kat dia... Aku kan dah perpindah ke Pendidikan Khas, jadi kalo bleh aku tak nak la terbeban dengan data-data kelas perdana. Amin...

Selasa, 30 Mac 2010

Anak-anak murid aku sekarang....

Sekarang aku jadik ibu kepada anak-anak ini. Murid-murid ini sangat best dilayan. Ada keistimewaan tersendiri. Aku sayang kat diorang. Walaupun diorang ni tak dapat capai apa yang aku nak sepenuhnya. Ada setengahnya aku boleh capai objektif P&P.



Isnin, 29 Mac 2010

Buku kerja murid Pendidikan Khas

Malam ni aku buat satu set buku untuk murid-murid aku. Aku buat set membaca dan menulis.. Set yang aku sediakan adalah set yang senang aje. Aku tak kenal sangat lagi murid-murid aku ni. Esok pun aku tak tahu dapat mengajar kelas apa.. Kalo mengajar kelas yang murid besar kira boleh digunakan la aku punya set modul ni.. InsyaAllah sebab tadi nas cakap aku mengajr kelas yang budaknya dah besar2 skit... kira ok la tu...

Aqil demam

Sejak malam semalam Aqil demam.. Lepas balik dari tengok wayang, aku dah rasa badan dia lain macam. Tapi hubby kata biasa la kalo baru keluar dari tempat sejuk aircond.. Jadik aku diamkan aje... Tapi lepas maghrib aku rasa dia dah mula demam.. Terus bagi susu dan tido.. Pukul 12.58 pagi tetiba dia terjaga dan mula meracau... "Mama batu besar"... "Busukla" dok aje ulang cakap macam tu. Hubby dah mula risau, aku pun cepat2 suruh hubby ambik ubat b*nt*t... Aku masukkan then lepas tu bagi susu, dia terus tido... Sian.. Bangun pagi nak pi sekolah suhu badan dia ok skit... tp kat sekolah td bibik call kata suhu badan dia naik lagi.. aku balik dari skolah beli air kelapa utk dia... masih lagi demam.. mungkin esok tak sekolah kot.. Aqil x sihat lagi....
masih demam...

lepas masuk ubat b*nt*t, panas gile suhu dia