Sabtu, 21 November 2009
XTVT malam cuti sekolah...
Malam ni aku dgn hubby + kakak melepak kat platinum walk. Lepak kat Anera Coffee. Tiap2 malam sabtu dan ahad ada live band. dah 2 minggu aku ngan hubby lepak kat sini malam2 live band. Hubby aku cukup minat ngan benda2 ni.. aku layankan aje...
Ahad, 13 September 2009
Semalam penuh dengan kebuntuan
Semalam aku ditugaskan oleh hubby aku untuk masak sebagai balasan kepada jiran depan rumah aku... Jiran depan rumah aku ni pak arab... sebelum tu, (hari Jumaat) diaorang telah memberi kami juadah berbuka puasa yang canggih. Tapi sorry seperti biasa aku lupa nak ambik gambo. Ada kurma, buah betik, halwa, kuih (macam kuih kapal terbang/tiram tapi disire dengan air gula) dan main coursenya nasi arab. sedap... aku terkejut gile masa bunyi loceng.... tgk2 pak arab berdiri siap ngan dulang. aku gabra panggil hubby yang tengah berehat.
jadik semalam aku pun masak la.... menu yang terpilih adalah.... ikan merah masin masak lemak nenas, sotong berlada, kuih sagu dan muffin coklat kukus. Itu menu yang aku bagi kat 2 jiran aku... 1 jiran depan rumah (pak arab) 2 jiran blok a (kak zaida).... heheheheheee... dan seperti biasa takde gambonya...
Selamat menjalankan ibadah puasa semua...
jadik semalam aku pun masak la.... menu yang terpilih adalah.... ikan merah masin masak lemak nenas, sotong berlada, kuih sagu dan muffin coklat kukus. Itu menu yang aku bagi kat 2 jiran aku... 1 jiran depan rumah (pak arab) 2 jiran blok a (kak zaida).... heheheheheee... dan seperti biasa takde gambonya...
Selamat menjalankan ibadah puasa semua...
Sabtu, 22 Ogos 2009
1st Day Puasa
Hari ni hari pertama puasa. Aku masak ikan siakap 3 rasa. Sayur masak lemak, ikan goreng dan talam pisang.
Aku berbangga apabila anak sulung aku yang berumur 5 tahun 6 bulan dan 6 hari berjaya berpuasa hingga sekarang (pukul 6 petang). InsyaAllah dia akan berpuasa penuh hari ini. Ini kerana berkat didikan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI). Dia telah diterapkan oleh guru supaya berpuasa penuh. Kami sebagai ibu bapa sentiasa memberi sokongan yang padu. Terima kasih jugak kat My Hubby sebab bersabar dengan kerenah kakak yang sentiasa merengek minta macam-macam. Malah berjaya membawa kedua-dua anak aku ke taman untuk menghilangkan rengetan nak makan dan minum dari kakak... Aku harap anak aku kekal menjadi seorang anak yang solehah.
Aqil juga turut berpuasa nasi. Dia hanya minum susu dan makan roti. Tidak meragam dan hanya bermain dengan kakak. Aku harap dia membesar dengan sihat dan bijak pandai macam kakak juga. Sekarang ni pun dia selalu membuli kakaknya. Semoga semua anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan solehan. Supaya nanti aku dan hubby tua diaorang boleh bela dan jaga dengan baik. Amin...
Rabu, 15 Julai 2009
Cite Kakak Bersukan
Awal Julai hari tu kakak ada sukan pasti daerah gombak... dengan bangganya anak aku tu masuk semua acara... gila kuasa betul (tapi anak aku memang terror macam mak dia jugak... wakakakaka... puji diri sendiri nampaknya aku ni)....
Ahad, 19 April 2009
Rumahku Syurgaku
ini kad acess nak masuk ke lobby lift.... Sesapa nak masuk ke lift then naik ke rumah aku kena ada kad ni.... kalo takde korang kena tunggu sesapa yang ada kad datang.... Payah gak nak masuk.
Ni lak kad parking kete... kalo takde kad ni palang pagar kat pondok guard tak naik... korang tak leh sesuka masuk dan parking kete macam rumah flat... jadik parking kita takkan ada orang lain datang parking.... hubby aku suka la sebab dia ni stress skit kalo parking takde... Dulu2 masa duduk kuartes aku yang pening dengar dia merungut pasal petak parking... sekarang takdo lagi dah....
Rumah aku dipasang grill berkonsepkan taman... wakakakaa... Konsep bunga ros...
Ingat rumah aku blok c tingkat 12 rumah no 5.... jadik la C-12-5
ini adalah tempat masak aku.... tapi aku amat la jarang memasak di dapur ini. mostly maid aku la yang guna....
Ini kawasan wet kicthen aku... bersepah skit... belum habis berhias...
ini ruang tamu yang simple... hehehehhe... Tema hitam dan putih... sila abaikan minah yang tengah nyenyak lena di sofa bed itu... hehehehee....
ini meja makan yang simple...
ini adalah reclyner hubby.... hanya dia sorang yang suka lepak atas kusi ni.. aku lebik baik lepak atas katill.... tido pun nyenyak dari atas kusi ni... hehehehehee...
Jumaat, 6 Mac 2009
Aku bakal berpindah rumah
Rumah yang aku ngan hubby beli dengan titik peluh sendiri bakal siap di renovate... Maka dengan berdebar-debar dan gedik aku akan berpindah ke rumah sendiri... BESTNYE!!!!!!!!! Aku tak sangka kami telah mempunyai rumah sendiri... Hehehehee.... AKu sekarang tenagh gedik melihat sofa dan set bilik tido untuk kami... hahahahahaa...
Hubby aku lak gedik meninjau warna-warna yang sesuai untu bilik dan seluruh rumah aku... Hehehehehee....
Khamis, 5 Mac 2009
Isteri
Aku pening kepala nak tolong suami aku... aku dah la paling tak suka buat web site.... suruh dia buat dalam localhost dulu... pastu baru upload kat web browser... boleh kan...
Rabu, 24 Disember 2008
Best...
Aku baru dapat semalam... Ansuran.. Wakakakaka... Aku nak jahit baju aku pi keje, jahit baju sekolah kakak etc...
Langgan:
Ulasan (Atom)



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
