Memaparkan catatan dengan label mak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mak. Papar semua catatan

Isnin, 1 Disember 2008

Ke Klang

Masa tengah makan sarap an, hubby aku ajak jalan2. Aku jom aje. Jalan sapa tak nak. Then dia kata jom pi rumah nurul kt Klang. Nurul ni dulu babysitter anak aku yang sulung. Aku ngan dia sama umo. Kami memang baik dan kamcing. Nurul ni dah tuko status dari isteri kepada ibu tunggal. Ini gara2 laki dia yang gatal nak kawin lain.

Aku lupa nak snap gambo nurul tapi aku ada snap gambo anak2 aku ngan anak dia. Kita orang dijamu Mee Kari (request oleh aku). Aku dok melepak sampai 2 jam kat rumah dia. Sebelum balik mak dia bagi macam2... Tebu, pucuk ubi, limau kasturi, daun kunyit dan mangga muda. Aku memula macam taknak tapi bila dah di offer jayankan aje... Hehehehehe...

Jumaat, 21 November 2008

Gambar kenangan

Ini lah gambar ibuku yang tersayang... Dia adalah mak yang aku kenal sejak kecik lagi. Aku ni anak angkat. Mak pak kandung aku tak nak bela aku atas sebab masalah keluarga dan kewangan. Maka diorang serahkan aku kat arwah mak aku sejak berusia 5 hari. Maka aku membesar atas didikan arwah mak aku ni. Aku dijaga dan diasuh dengan penuh kasih sayang oleh arwah mak dan along aku. Aku ingat lagi masa tu darjah satu, 1987. Biasanya along aku yang hantar dan ambik aku dari sekolah. Tapi ada satu masa along aku pi rombongan ke Cameron Highland. Maka arwah mak akulah yang menghantar dan menjemput aku, jalan kaki lagi. Kita orang susah masa tu. Bayangkan arwah mak aku yang berumur 57tahun jalan kaki semata-mata nak hantar dan jemput aku ke sekolah. Jalan kaki selama setengah jam sehala. Maksudnya arwah mak aku jalan 2 jam sehari selama 3 hari sebab nak pastikan aku ke sekolah. Aku sampai sekarang ingat macamana rasa penatnya berjalan kaki ke sekolah. Aku yang budak ni tenaga masih kuat tapi arwah mak aku dah lebih separuh abad tetap gagah. Aku sayang sangat arwah mak aku.... Tanpa arwah dan along aku tak mungkin akan berada ditempat sekarang. Ini kerana, adik beradik aku semuanya tak kemana. Yang seorang tu pun bukan pak aku yang jaga tapi mak tua yang jaga. Alhamdulilah sebab aku dijaga oleh arwah mak dan along. Terima kasih mak.... Terima kasih Along. Eda sayang mak dan along...
Arwah masa kenduri pindah rumah baru
Raya kat rumah Kak izan
Gambar arwah mak dengan kakak


Aku, kakak dan arwah mak..

Masih mood sedih

Semalam aku seharian menghabiskan masa dengan membaca Yasin dan Surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah mak. Aku pun didik kakak untuk membaca Surah Al-Fatihah untuk arwah atoknya. Alhamdulilah... Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin..

Rabu, 19 November 2008

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Sedihnya... Aku sekarang ni lengkap gelaran anak yatim piatu... Abah dah lama takde. 18hb November 2008 (birthday mak aku jugak) aku kehilangan perempuan yang paling aku sayang. Mak aku telah kembali tepat pukul 10.40pg mengadap Ilahi semasa genap usianya 78tahun. Masa tu aku dalam kete dalam perjalanan balik ke kg. Sedihnya. Aku tak sempat jumpa mak aku. Aku sampai dia dah takde. Hanya jasad aje yang menunggu aku. Aku tak sempat mohon ampun. Last aku jumpa mak masa raya. Aku ada meeting hari Isnin dan Selasa sebab GB aku nak pi Haji jadi meeting kita orang diawalkan. Lepas tu, Aku kan baru lagi keje, takde gaji, duit kena budjet. Jadik dah lama aku tak balik kg. Katanya aku dapat gaji bulan November ni. Aku dah rancang nak balik kg dengan gaji pertama aku. Nak belikan mak kain batik yang cantik2. Sebab mak aku memang suka kalo dapat kain batik yang baru. Lagi2 warna merah. Tapi last2 tak kesampaian. Sedih gile.

Aku dah takde mak untuk bermanja. Aku dah takde mak untuk peluk cium aku. Aku dah takde mak yang akan panggi aku "anak". Aku sebak bila melihat jasadnya untuk kali terakhir dimandikan. Aku tak tinggalkan mak walaupun sudah ada khiarat yang menguruskanya. Aku turut bersama2 mandikan mak. Itu jasa aku kepada mak untuk kali terakhir. Masa mengapan mak juga aku duduk berdekatan mak. Paling terharu masa semua orang di panggil untuk menatap wajah mak kali terakhir. Aku cepat2 carik anak2 aku dan juga hubby yang bz membaca tahlil. Aku mengucup dahi mak untuk kali terakhir. Bau mak sangat wangi. Aku suruh anak aku yang sulung cium dahi atoknya. Lepas cium dia bisik kat aku wanginya bau atok. Aku rasa macam nak luruh jantung aku masa diorang tutup muka mak. Aku tak tahan, hanya menangis aje. Sampai ke kubur aku mengikut. Aku sayang mak!!!

OKlah, aku dah tak larat nak sambung. Habis keyboard aku basah dek air mata. Lain kali aku sambung... Doakan semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang Iman. Al-Fatihah, Amin...