Dulu masa kecik-kecik aku selalu kena gelak dek sepupu aku sebab ibu jari kaki aku panjang dari jari kaki yang lain. Sampai aku nangis2 la. Masa tu kecil akal pun pendek, pasal tu pun aku leh merajuk dan menangis. Sampai satu masa arwah datuk sedara aku cerita pada aku dan sepupu kenapa ibu jari kaki kami berbeza.
Arwah cakap jika ibu jari kaki panjang dari jari yang lain, macam jari kaki aku bermakna ibu aku akan meninggal dahulu dari ayah aku.

Dalam forum Ratuhati sekarang ni ada satu thread bertajuk "Jika Dia Pergi Dahulu". Ramai member-member RH tu risau jikalau sang suami pergi dahulu dari mereka. Aku pulak tidak begitu risau kerana dari amatan aku, ibu jari kaki anak-anakku semuanya lebih panjang dari jari yang lain. Ini bermaksud aku yang akan meninggalkan mereka dahulu. Selalu aku berpesan kepada Mr Hubby supaya dia menjaga anak-anak kami dengan baik. Pastikan pengganti aku menyayangi anak-anakku seadanya. Tidak terlalu memanjakan dan tidak pula mendera anak-anakku. Aku juga rajin berpesan supaya segala harta yang atas nama aku (bukan banyak sangat pun harta) diberikan kepada anak-anakku. Tetapi selalunya Mr Hubby cakap aku mengarut. Hehehehehe....
2 ulasan:
huhuhu... blk nk kena tgk jari ank2 ni
Alah syiela.... mitos aje ni... tak semestinya betul.. hehehe... mitos orang-orang tua ni. Jangan percaya sangat
Catat Ulasan