Jumaat, 19 Disember 2014

Semangat perlu cekal

Di sini, dimaklumkan bahawa si kembar bakal mendapat adik (sekali lagi)... Dulu mama dah mengandung tetapi hanya sampai 12 minggu sahaja. Selepas itu, mama dan papa langsung tak merancang. Kami hanya mengikut arus sungai (follow the river). Dan akhirnya bulan November 2014 mama tak dijengah sahabat baik setiap bulan. Terus beli pragnency test dan hasilnya positif.

Hari ini 19hb Disember 2014, usia kandungan mama dah masuk 9 minggu. Alhamdulilah. Mama harap kandungan kali ini sihat walafiat, amin....

Rabu, 2 Julai 2014

Jom bersihkan sawang...

Dah lama giler x update dalam blog ni.. Last update pun dah lupa bila.. Huhuhu... Sekarang si kakak dah umur 10 tahun, si abang dah umur 8 tahun dan si kembar dah berumur 3 tahun. Meh tgk gambar dorg...

Isnin, 28 Januari 2013

Kawai Bento ke2


Ini pula percubaan kedua yng ada sayur dan lauk sotong. Bento ni untuk anak2 ke sekolah rendah... 


1st Bento


Ini merupakan kawai bento yang pertama dicuba oleh diriku... Octopus sosej dan fries aje.... 

Isnin, 17 September 2012

Birthday Abang yang ke6

Muhammad Naufal Aqil... Anak kedua mama yang dilahirkan selepas dua tahun selepas kalahiran kakak... 15 September 2004 mama selamat melahirkan abang di HUKM... Sabtu lepas genap sudah umur abang 6 tahun. Kali ni mama x beli kek untuk menyambut ulangtahun abang tapi mama buat sendiri semuanya.. Mama buat kek aiskrim untuk abang berbentuk angry bird. Yang penting abang suka.. Alhamdulilah! Nanti abang dah besar abang leh baca blog ni ye... Mama sayang sangat pada abang... Papa pulak belikan hadiah scooter untuk abang. Kakak pun dapat tempiasnya sebab papa beli dua scooter..

Ahad, 10 Jun 2012

home made aiskrim

Mama ambik resepi home made aiskrim yang diberikan oleh geng resepi turun temurun. Resepi ni di"share"kan oleh Sue Ramli dan dikan oleh Rohana Sulaiman...
bahan-bahan
1 tin susu pekat
4 sudu besar ovelette
1 tin susu cair
2 tin air suam
perisa (guna serbuk koko+air suam dicampur pekat)
pewarna (x perlu)
serbuk milo
.
mixlaju laju sampai berbuih gebu. gaulkan milo dengan aiskrim gaul balik sekejab. Bekukan dalam freezer

mama x try lagi resepi ni tapi simpan dulu aje la

Sabtu, 9 Jun 2012

Dah setahun dah!!!

kiranya cite ni dah nak basi dah tapi sekarang la masa yang mama free. 19hb Mei yang lalu genap la anak kembar mama setahun. Rasa macam baru semala, aje perut mama dibelah doktor. Alhamdulilah indahnya kejadian Allah. Allah lupakan semua susah payah yang terjadi dalam masa setahun tu... Yang mama paling ingat adalah keseronokkan membesarkan kedua dua puteri mama aje... Memang besar  kuasa Allah.... Ok, kita layan gambar pulak....

Isnin, 30 April 2012

Resepi Homemade Pizza

Bahan-bahan Doh
200g tepung (guna high protein)
20g yis segera
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air suam

Bahan-bahan Sos Pizza
1 bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
2 sudu besar minyak
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano (guna pizza seasoning)
Sedikit garam

Cara buat sos pizza
1. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan semua bahan, masak sampai pekat.
2. Biarkan sejuk

Cara buat doh pizza
1. Tepung, yis, garam, gula dan minyak zaitun dicampur dan digaul rata.
2. Tambah air sikit demi sikit dan uli hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan tak melekat di tangan.
3. Perapkan selama 60 minit di tempar yang panas
4. Selepas perap, tumbuk tumbuk doh untuk membuangkan angin
5. Letakkan doh di atas loyang atau tudung periuk dan canaikan menjadi pizza
6. Biarkan 10 minit
7. Cucuk doh pizza dalam loyang atau tudung periuk dengan garfu supaya masa bakar nanti doh tidak mengelembung
8. Sapu sos pizza dan hiaskan dengan toping yang sedap
9. Bakar selama 30 - 35 minit dalam oven suhu 200 darjah

Ok... Mama dah bayar hutang kat kekawan yang nak sangat resepi ini... Pasni leh la dorangtry dan bagi mama makan... Hehehehe...

Khamis, 26 April 2012

Dah lama bersawang blog mama, tapi sebab mama memang tak sempat nak update blog... Teruk sangat...



Hari ini usia si kembar 11bulan seminggu... Tapi mama telah dijengah oleh rakan yang kunjung tiba setiap bulan... Terpaksa la mama telan motilium takut stok susu berkurangan untuk anak mama. Hanya mama kurang bertenaga dan rasa lemah, kureng mood aje.. Rasa nak baring atas katil then tak nak gerak-gerak langsung... Entah macamana tak rasanya, susah nak discribe... Tu aje la....

Sabtu, 3 Mac 2012

Aneesa dan Aleesya

hari ini Aneesa boleh berdiri selama setengah minit sendiri. Memula dia berdiri dengan berpaut belakang mama. Lepas tu, dia lepas tangan dan terus berdiri.... papa pun ada menjadi saksi.

Aleesya pulak dah pandai memapah dan mencuba memanjat sofa mama. ni pun tengah bergelut dengan dia sbb dia pun sebuk nak menulis blog guna tab mama. bila tak bagi dia marah dan gigit tangan mama. Hehehehe...

mama sayang anak mama