Rabu, 1 September 2010

Percubaan Pertama - Clomid 50mg

Bulan lepas aku mula period pada 2hb. Aku mula makan clomid pada hari ke-tiga hingga ke-7.. Aku makan clomid 50mg... Makan setiap hari sebelah malam sebab setiap kali aku ambik clomid kepala berpusing. Jadi disyorkan makan malam sebab terus tido jadi effect dia tak teruk sangat. Semasa pengambilan clomid aku takde rasa apa-apa.. Hanya akan pening sedikit selepas beberapa ketika menelan pil clomid.

Selepas ke hari ke 12 aku rasa sakit dan penuh di bahagian bawah abdomen kiri dan kanan. Sepatutnya aku kena buat TVS tapi aku tak pergi sebab bulan puasa... Tak pasal-pasal terbatal puasa aku. Jadik aku ngan hubby terus aje bergiat mencuba sehingga hari ke-15. Aku sentiasa positif dengan diri.


Sehingga hari ke 28, aku masih tidak didatangi period. Aku telah membeli pregnant test dan telah menguji sama ada aku mengandung atau tidak. Namun, keputusannya negatif. Sehingga hari ke 31 aku masih tidak didatangi period. Aku mencuba sekali lagi menguji sama ada aku mengandung atau tidak. Namun aku hampa.... Tetap negatif juga resultnya...

Dan petang tadi selepas seharian aku berpuasa, tepat pukul 7.12pm aku period.... Ya Allah, besar sungguh dugaan. Rezeki yang ditunggu tidak juga tiba. Dan puasa ku terbatal sebelum 10 minit lagi untuk berbuka... Aku terus mesej suamiku tentangnya. Dia terus menelefon aku dan mengatakan bahawa rezeki kami belum tiba.. Bersabar la..

INDONESIA yang tidak mengenang budi

Aku cukup tersentap dengan kejadian di Indonesia. Aku merupakan seorang majikan kepada seorang pekerja Indonesia, begitu sakit hati dengan tindakan kumpulan2 yang sekarang ni menghuru harakan kedutaan Malaysia di Indonesia.

Aku rasa kita dah cukup baik dengan pekerja Indonesia di sini. Jika mereka kerja di Arab Saudi, ramai orang Indonesia yang dirogol dan mengandung anak luar nikah. Aku walaupun sakit hati dengan orang Indonesia tapi aku masih boleh makan semeja dengan oaang Indonesia. Malah aku yang sentiasa menghidangkan makan untuk maid Indonesia aku tanpa rasa sakit hati. Makan bersebelahan dan semeja. Tak pernah aku nak suruh dia makan selepas kami sekeluarga makan. Kami akan makan bersama.

Tapi adakah mereka fikir sesetengah kumpulan yang mengacau kita itu, mungkin ada sedara mereka yang masih mencari rezeki di Malaysia. Dan wang raya yang dihantar adalah hasil dari Malaysia. Memang tak sedarkan diri.

Aku setuju dengan tindakan radio MUZIK yang memboikot lagu2 Indonesia. Semoga banyak lagi stesen radio akan mengambil tindakan yang sama.

Kes Namewee

Aku sebagai seorang guru tersentap dengan tindakan Namewee. Mungkin cikgu tu ada buat silap tapi seorang anak murid tidak patut mengambil tindakan macam tu. Semangat TANAH MELAYU memang terbit dalam setiap diri bangsa Melayu. Malaysia merupakan TANAH MELAYU.
Maksud MALAY- tetap MELAYU.... MALAY bukan untuk kaum yang lain... Tetapi Tunku telah memberi peluang kepada kaum lain tinggal di sini dengan bersyarat. Ingat MCA dan MIC dulu telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Jika tidak mereka boleh pulang ke negara asal mereka. Ingat!!! Jadi jangan jadik kacang lupakan kulit. Apa guna perlembangaan yang digubal jika tidak digunakan.
Namewee perlu di tempatkan di mana-mana di pusat BTN bagi mendidik nilai kenegaraan yang lebih jitu. Pihak berwajib cuba fikir-fikirkan.

How Guppies Are Born - "Big Mama" guppy giving birth

IKan Guppy

Ikan guppy aku ini mengandung... Tapi aku x tahu lagi bila dia akan mengeluarkan anaknya.

Bagaimana nak kenalpasti ikan guppy itu mengandung?
gravid spot berwarna hitam.... Gravid spot tu merupakan bahagian belakang perut ikan guppy betina. Jika ikan guppy betina tidak mengandung makan gravid spot tu tidak akan berwarna hitam.

Kenapa gravid spot berwarna hitam?
Gravid spot berwarna hitam sebab ianya merupakan kumpulan mata anak2 guppy di dalam perut ikan betina.

Isnin, 30 Ogos 2010

1Malaysia Menjana Transformasi

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. MERDEKA!!!!

Rabu, 25 Ogos 2010

Gulai Nangka bersama Ikan Masin

Gulai Nangka Bersama Ikan Masin
Bahan-bahan
2 ulas bawang merah kecil (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 tangkai daun kari
Tulang Ikan Masin (5 keping)
1 paket sebuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
Nangka 6 keping dipotong kecil
Asam jawa
Sedikit Air
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa (jika dah masin x perlu bubuh)
Cara:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
- Larutkan serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk selepas bahan tumis naik bau.
- Kacau supaya kari tidak berkerak, kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan sedikit air dan asam jawa ke dalam kari. Tunggu hingga mendidih.
- Masukkan nangka dan ikan masin. Masukkan juga sedikit santan. Kacau supaya jangan naik minyak. Masak dengan api sederhana
- Selepas mendidih masukkan semua santan dan kacau sehingga mendidih lagi.
- Rasa garam, jika kurang tambah sedikit. Tapi biasanya x perlu sebab ikan masin telah cukup masin.

Selasa, 24 Ogos 2010

Umai

Umai
Isi ikan tenggiri (2 keping)
(tapi zaidah xde iakn tenggiri tukar ngan ikan kembung)
Bahan ditumbuk
1 bawang merah
1 bawang putih
3 biji cili padi
1 batang serai
dimayang
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji limau nipis
3 biji limau kasturi
gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
- Isi ikan dicincang halus. Dibasuh dengan 1/2 biji perahan limau kasturi. Perap selama 1/2 jam kemudian basuh.
- Campurkan semua bahan yang ditumbuk dan dimayang ke dalam mangkuk. Masukkan juga isi ikan yang telah dicuci.
- Perahan jus limau nipis dan kasturi, gula dan garam dicampur juga ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Perap semua bahan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
- Siap dihidang.
Selamat Mencuba!

Ayam Bakar Istimewa PV10





Ayam Bakar Istimewa PV10
Ayam (10 ketul)
Bahan Perap
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar sos cili thai
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar sos tiram
1 subu besar kicap manis
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan, kemudian masukkan ayam yang ditos kedalam bahan perap. Perap selama 1jam (lagi lama lagi sedap).
- Bakar atas api sederhana sehingga masak
Selamat mencuba!

Selasa, 10 Ogos 2010

Anak-anakku Hari ini (Tahun 3)



Hari ni budak tahun 3 kena belajar melukis dan mewarna semua benda yang aku dah ajo... Perkataan KVKVKK.... kena lukis bawang, benang, burung, butang, cacing, dayung, dulang dan gasing... Semua benda yang aku ajar dan eja untuk hari ni... kena lukis besar2 dan warna... hehehehe... seronok gak tengok diorang melukis dan mewarna....