Khamis, 11 Disember 2008

Balik Kampung... OOOO... Balik Kampung Kedah

Sebelum balik kampung hubby bawak kete servis. Aku, kakak dan adik ikut sekali. Jauh giler servisnya hingga ke Batang Kali. Aku layankan aje.
Hubby tengah cakap2 dengan pomen. Cakap pasal kete dia yang ada bunyi la. Pasal aircond la. pasal ekzoz. Tah aku agak aje. Wakakakaka...
Anak-anak tengah menunggu dengan 'sabar' kete papa mereka di servis. Aku dah belikan diorang kuih donat. Senang sikit nak jaga sebab perut mereka kenyang.

Malamnya pulak kami ramai2 naik kete balik ke kampung. Kat seat belakang ada aku, kakak dan adik. Ni gambar kakak dan adik tengah syok minum susu masing2.

Time ni lak aku saja landing tengah2 diorang. Wakakakaa... Sempit la!

Kat depan hubby bertindak sebagai driver. Hehehehee...

Aktiviti di kampung

Hari Sabtu seperti biasa... Tido time.. kan ke penat setengah malam dalam perjalanan... Bertolak dari kl pukul 8.00 mlm. Pastu p parking kete gen2 aku kat rumah danau kota dulu. Isi minyak dan membeli bekalan makanan. Tup tap tup kira2 pukul 9.00 malam gak perjalanan kami bermula. Sampai kat Kedah dalam pukul 3.00pagi. Hubby aku yang gagah memandu berseorangan. Walaupun setiap kali aku tawarkan diri untuk memandu tapi dia jugak yang drive sampai kg.

Ahad pagi, FIL dan MIL aku sebok menyediakan bahan untuk membakar lemang. Tapi hujan lak turun. Aku ngan hubby memula nak tolong terus terbantut. Aku terus goda hubby ajak pi padang besar. Best gila bila hubby aku cakap "JOM"


Sabtu - Tido
Ahad - Tolong sikit MIL dan pi Padang Besar

pi shopping baju blouse. Hehehehee... syok gak

Rabu, 10 Disember 2008

Dah balik

Aku dah selamat sampai kl dari kampung. Tapi aku balik hanya bertiga. Aku, hubby, aqil dan maklang. Si kakak request untuk stay lelama kat kampung.. Aku dengan berat hati memberi keizinan. Hubby aku payah nak bagi. Tapi aku pujuk coz kesiankan anak dan MIL, FIL yang teringin cucunya lama di kampung. KAlo ikut hubby dia memang tak kasi.
Sekarang ni aku tengah rasa rindu sangat kat si kakak. Tapi kakak tah ingat aku ke tak? Kesian si adik jugak main sorang2 sebab takde kakak untuk jadik kawan dia. La ni dok kawan ngan mama aje la.. Sikit2 olong ma.. olong.... sebab mamanye sebok blog hoping. Dia lak ajak main. Hehehehee.... Maklang pun tido aje... Hehehehee... Oklah nanti malam aku update cite hari keluarga hubby... tunggu!!!!!

Sabtu, 6 Disember 2008

Selamat Menyambut AidilAdha

Aku dan keluarga ingin mengucapkan menyambut Aidil Adha.. SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA. Bagi yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya. Memandu dengan cermat. Berehat seketika jika mengantuk. Aku pun sudah berada di kampung. Tiba di Kedah pukul 3.00 pg tadi.. Keluarga hubby akan mengadakan korban dan majlis hari keluarga Haji Abdullah. Tunggu update ttg event itu nantii...

Khamis, 4 Disember 2008

Join Zhulian

Aku lupa nak cite. Malam semalam aku telah ke Zhulian agensi Petaling Jaya Utara. Ikut member aku satu sekolah. Sajnak dengar. LAgipun aku memang nak tambah income. Kira ni macam side income aku la... Tapi diorang suruh ikut 4 langkah dengan betul.

1. Pakai dan gunakan produk Zhulian (ok.. aku tak kisah)

2. Ilmu (ni diorang tolong)

3. Semangat (memang aku semangat sebab nak income lebih)

4. bermodal RM4k-RM5k (ni yang payah skit, mana nak cekau? Aku sekarang ni pun baru aje nak senang skit)

Aku sampai tido tak lena sebab langkah no 4 ni... Apa la nasib... Nak kaya tapi kena korban skit. Tapi kalo sikit aku gagah lagi. Ni sampai ribu riban yang payah skit.

Aku otw ke Zhulian Petaling Jaya Utara

speaker dia memang pandai cakap. Hasil dari menjual zhulian. Fasih giler

Proses pembayaran menjadi ahli di tingkat bawah... serabut betul, ramai orang...

Mestila ada muka aku yang poyo... wakakakaka...

Kakak tido ngan mama

Semalam kakak tido balik ngan mama selepas beberapa hari berjaya tido di bilik sebelah. Itu pun sebab tengah study matematik dengan jayanya... Sekrang kakak dah boleh menambah nombor dari 2-10. Kenapa mula dari 2 sebab aku tak ajar lagi konsep zero atau kosong... Hari nie tanya nak tido mana. Kakak nak tido kat katil baru. LAyan aje...
kakak juga dah boleh diharapkan untuk menjaga adiknya bila bawak pi jalan-jalan. Dia akan sentiasa berada di sisi adiknya jika mamanya bz mencarik barang. Ni gambar masa pi giant tadi. Dia yang sebok2 kejar adiknya yang pantas berlari. Mama kompem slow motion sebab aku ni musim malas. Wakakakaa.. Malas pun ada musim aper.. Hehehehehe
ni gambar tengah menjengah candy yang beratur kat koridor. Mama diamkan aje.

toilet trainning

Hari ni anak teruna aku asyik cakap nak berak. Aku mengambil kesempatan ini mengajak dia melakukan projeknya itu dia atas toilet bowl... wakakakaka... Tgk dia tongek2 punggung maka:-
mama : Adik nak yak ke??
Aqil : Atit erut. nak yak. Atittttt.....
mama : ha... memang la sakit, sebab berak dalam pampers. Kalo berak kat toilet tak sakit.
Aqil : Nak yak kat let la.
mama : (terus bukak segala mala baju dia then ambik pelapik toilet kakak dulu2, terus aje letakkan dia)
TApi punya la lama menunggu dekat setengah jam. TAk buang gak.. PAstu aku ajak keluar... Cuci then pakai pampers balik.. tapi dia nangis kat memang nak yak. Aku bukakkan lagi tunggu 15 minit tapi takde... SABAR MAMA, cubaan...


Tapi akhirnya selepas balik dari bank dia mengadu sakit perut. Aku ulang balik task di atas, terus berjaya mengeluarkan dan membuang. Tak banyak sikit aje.. Mungkin anak aku ni sembelit kot...

NTLDR Missing

Written by Norman Mohamad Noah
Tentu pernah anda menjumpai situasi sebegini ketika ingin loading Windows XP
"NTLDR Missing""Press Ctrl-Alt-Del to restart"
Apabila ini berlaku masalah besar mula timbul dimana anda tidak boleh masuk ke Windows XP lagi. Jika anda mempunyai Cd Windows XP anda boleh membaik pulih dan kembali kepada sedia kala.
Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi proses pemulihan.


Langkah-langkahnya adalah :
1. Boot computer anda dengan cd tersebut
2. Di menu Setup Windows Xp, press (tekan) R untuk repair windows.
3. Anda akan log on ke windows installation dan masukkan admin password.
4. Kemudian copy file dengan menggunakan arahan
c:\copy x:\i386\ntldr c:\
c:\copy x:\i386\ntdetect.com c:\
5. Setelah file itu dicopy, reboot computer.
x adalah CD-ROM / DVD-ROM anda.

Rabu, 3 Disember 2008

KWSP 11% ke 8%

Aku nak kekal mencarum 11% sebab aku nak keluarkan akaun 2 aku bulan 8 nanti. Jadik kalo carum 8% kurang sangat. Nanti lari budjet. Wakakakaka...
Tapi kena tanya big boss dulu gak... Sapa lagi? mestilah my hubby... Wakakaka
Sikit info tentang KWSP dan Link Borang nak kekal carum 11%

Kadar Caruman KWSP Pekerja Dikurangkan Mulai Gaji Januari 2009
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima manfaat daripada pengurangan caruman bulanan pekerja sebanyak tiga peratus, dari kadar berkanun 11 peratus kepada 8 peratus, berkuatkuasa mulai gaji Januari 2009 untuk tempoh dua tahun.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan langkah mengurangkan kadar caruman pekerja semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan untuk Bajet 2009 pada Selasa lalu. Langkah ini akan membantu meningkatkan pendapatan boleh guna golongan pekerja selaras dengan keadaan ekonomi semasa. Pada masa sama, pertambahan pendapatan boleh guna akan merangsang perbelanjaan domestik sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.
Pengurangan kadar berkanun caruman pekerja pernah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2003 sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi.
Untuk memudahkan ahli dan melancarkan pelaksanaan langkah tersebut, pengurangan caruman bulanan pekerja dari 11 peratus kepada 8 peratus akan dilaksanakan secara automatik mulai gaji Januari 2009 sehingga gaji Disember 2010.
Bagaimanapun, ahli yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang KWSP 17A (AHL). Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.
Sehubungan itu, KWSP akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru. Ahli dan majikan boleh mendapatkan jadual caruman baru itu dan Borang KWSP 17A (AHL) dari mana-mana cawangan KWSP atau memuat turun dari laman web myEPF di
www.kwsp.gov.my mulai 1 Disember 2008.

Takde keje



Takde keje, aku try design dry kitchen rumah baru aku.. Cantik tak?? Aku nak tanya satu kontraktor berapa harga dia boleh bagi kalo ini design... Aku harap less then 2K, boleh ke?