Rabu, 29 September 2010

kini gambar selepas cerita (fry)

Akuarium besar (elders fry) dan akaurium kecil (youngest fry)

youngest fry (born in 29 September 2010)

elders fry (born in 4 September 2010)



New members for my fishy

Hari ini ikan guppy aku telah melahirkan 13 ekor anaknya. Aku telah membeli akuarium baru untuk menyimpan my little fry... Beli divider untuk pam akuarium fry yang dah besar sikit dan akaurium fry yang baru.... best sangat... nanti kemudian baru leh kongsi gambar sebab handset xde bateri... tengah caj dah penuh nanti baru leh letak gambar...

1st fry : 4 September 2010
2nd fry : 29 September 2010

Selasa, 28 September 2010

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan


Minggu ke 3:

Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote

Isnin, 27 September 2010

Friday, June 10th, 2011

Your estimated due date is:
Friday, June 10th, 2011

You are currently in week 3. You're still in the "silent phase" of pregnancy, where the symptoms are minimal and your belly is as flat as it was pre-pregnancy, but your little pear-shaped embryo is developing a beating heart right now and is actually just a little smaller than a raisin! At this point, some women do know they're pregnant and would be well-advised to visit their doctor to find out what sort of pre-natal vitamin supplements to take. Whatever it is make sure there's loads of calcium and Vitamin B in it!

Tanda-tanda kehamilan


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan (ADA, tp minggu lepas aje la.. minggu ni dah kurang sikit)
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara (X perasan)
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil (Ni kalo kat rumah selalu, kat tempat keje nan ado. x selesa)
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya (rasa bila nak dokong si Aqil, memang x bermaya)
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada (yang ni memang tengah berlaku, sakit sangat)
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari (x de lagi sebab belom sampai masanya)
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah (xde)
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan (x pernah pun nak cek suhu badan)
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period (belom lagi, tunggu 3 hari lagi)
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif (ni result dia masih samar-samar lagi)
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung.

Jumpalah doktor untuk kepastian.

Ahad, 26 September 2010

xtvt hari ahad (hari ini)

pagi2 tengok cite Alice in The Wonderland thru Happy TV. Pastu masak sup tulang untuk hubby tersayang. Menyiapkan anak untuk ke open house kekawan. Hari ni makan tengahari kat rumah kak kay. Dia masak kuah asam pedas, sayur kangkung, rendang daging, ikan masin goren, pulut kuning dan salad. Aku semestinya kuah asam pedas yang dituju dulu. Lepas tu lepak sikit2, then bersiap ke rumah kak Zaleza, minah tu pun ada buat open house. Tengah2 bersiap tu dapat call dari kak Izan, ajak pi rumah dia open house gak. pi rumah kak Za dulu pastu terus ke rumah kak izan. Dok x lama pun sebab Kak Kay nak masak dia ada tetamu istimewa malam kang. Aku terys aje balik. Habis la cite aku satu hari.

Sabtu, 25 September 2010

Ahad, 5 September 2010

Peringatan untuk Aku

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Day to Burn Al-Quran - Tidak patut

Orang Amerika akan mengadakan satu majlis membakar Al-quran untuk mengingati peristiwa 11hb September 2001. Begitu lantang dan kurang ajar mereka boleh memikirkan tindakan begitu bagi mengingati peristiwa yang sehingga kini kita tak tahu siapa punca dan dalang yang menghancurkan WTC...
Mereka kena ingat mereka juga menggunakan sebuah kitab yang bernama "bible". Jadi kita sesama mesti menghormati pegangan masing-masing. Jangan mengambil tindakan yang melulu. Apa perasaan mereka jika ada pihak lain pulak membakar "bible" meraka. PAsti mereka marah.
Al-Quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Rasullah, Nabi Muhammad SAW. Jangan mereka senang-senang mempermainkan kewujudan Al-Quran yang menjadi satu kitab suci umat Islam.

Sabtu, 4 September 2010

Fry Guppies

Pagi ini (4 September 2010), ikan guppy aku telah mengeluarkan anaknya sebanyak 9 ekor di dalam breeding trap yang aku buat sendiri. Aku tak pasti berapa ekor yang keluar. Tapi yang sempat aku simpan di dalam akuarium fry guppies sebanyak 9 ekor. Seronoknya macam dapat anak sendiri jugak sebab aku berjaya menyelamatkan anak ikan dan bakal membesarkan anak ikan guppy aku sendiri.
Tak sabar nak melihat hasil atau corak yang akan dihasilkan. Aku kena tunggu 4-5 minggu lagi untuk tahu sama ada mereka tu jantan atau betina. Tak sabar!

Al-Fatihah

Aku ni anak angkat bagi arwah mak aku... Aku masih punya mak kandung dan 2 orang mak tiri. Abah kandung aku juga masih hidup. Semalam, arwah bapak tiri aku meninggal dunia selepas 17 tahun berkawin dengan mak aku. Umur pakcik 71tahun. Aku yang duduk di KL kelam kabut balik. Suami bagi mak kandung aku aka bapak tiri aku. Aku sepatutnya balik walaupun bukan mereka memelihara aku. Sebab dalam Islam Mak dan Abah tetap wali waris aku yang sah.

Aku selepas bersahur terus pergi ke Gelang Patah dengan baju putih dan bertudung putih. Namun aku x sempat untuk berjumpa arwah. Aku sampai pukul 10.45pagi. Arwah selamat dikebumikan tepat pukul 10.00 pagi. Memang bukan rezeki aku untuk menatap wajah arwah kali terakhir.

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, JB pada pukul 2.05am. Sebab kematian yang tercatat di dalam permit menguburkan ialah Nstemi with cardiogenic shock.

Al- Fatihah....

Khamis, 2 September 2010

Mempermainkan arah Kiblat

Selain daripada video Malaikat di Mekah, terdapat juga satu video yang menunjukkan seorang pompuan (tapi tak pasti) yang memakai baju kurung dan bertudung bersembahyang... Dahla tidak memakai telekung seperti biasa, bersembahyang di atas sejadah.

Perempuan itu rukuk menghala ke kiblat tetapi apabila tiba waktu sujud, dia sujud membelakangkan kiblat (arah bertentangan kiblat). Walaupun mungkin videonya hanya untuk membuat lawak, namun arah kiblat tidak patut dipermainkan. Dia perlu tahu yang kaum kafir zaman dahulu juga sujud membelakangkan kiblat. Ya Allah...

Sekarang ni manusia membuat video tanpa memikirkan sensetiviti agama. Ingat, walaupun lawak dan unik tapi benda2 macam tu telah dilakukan oleh orang kafir terdahulu...

Malaikat Turun ke Ka'abah

Aku sempat tengok video yang diorang katakan Malaikat turun ke Ka'abah.. Aku ingat lagi aku tengok video tu dengan Kak Kay... Aku terus cakap dengan Kak Kay yang aku taknak percaya takut lari akidah. Memang kena beriman kepada Malaikat tapi aku tak pasti akan ada Malaikat yang akan memijak Ka'abah. Elok aje landing kat atas Ka'abah. Selain itu, tetang sayap yang macam sayap burung tu... Entah la...

Alhamdulilah memang dari awal lagi aku tidak mempercayai video itu. Alhamdulilah ada juga insan yang sanggup memerhatikan video itu dengan teliti sehingga terbuktinya yang video itu dipalsukan oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Alhamdulilah.... dengan itu banyak akidah manusia terpelihara kerana mempercayai benda yang dibuat oleh orang yang tidak bertanggungjawab

Rabu, 1 September 2010

Percubaan Pertama - Clomid 50mg

Bulan lepas aku mula period pada 2hb. Aku mula makan clomid pada hari ke-tiga hingga ke-7.. Aku makan clomid 50mg... Makan setiap hari sebelah malam sebab setiap kali aku ambik clomid kepala berpusing. Jadi disyorkan makan malam sebab terus tido jadi effect dia tak teruk sangat. Semasa pengambilan clomid aku takde rasa apa-apa.. Hanya akan pening sedikit selepas beberapa ketika menelan pil clomid.

Selepas ke hari ke 12 aku rasa sakit dan penuh di bahagian bawah abdomen kiri dan kanan. Sepatutnya aku kena buat TVS tapi aku tak pergi sebab bulan puasa... Tak pasal-pasal terbatal puasa aku. Jadik aku ngan hubby terus aje bergiat mencuba sehingga hari ke-15. Aku sentiasa positif dengan diri.


Sehingga hari ke 28, aku masih tidak didatangi period. Aku telah membeli pregnant test dan telah menguji sama ada aku mengandung atau tidak. Namun, keputusannya negatif. Sehingga hari ke 31 aku masih tidak didatangi period. Aku mencuba sekali lagi menguji sama ada aku mengandung atau tidak. Namun aku hampa.... Tetap negatif juga resultnya...

Dan petang tadi selepas seharian aku berpuasa, tepat pukul 7.12pm aku period.... Ya Allah, besar sungguh dugaan. Rezeki yang ditunggu tidak juga tiba. Dan puasa ku terbatal sebelum 10 minit lagi untuk berbuka... Aku terus mesej suamiku tentangnya. Dia terus menelefon aku dan mengatakan bahawa rezeki kami belum tiba.. Bersabar la..

INDONESIA yang tidak mengenang budi

Aku cukup tersentap dengan kejadian di Indonesia. Aku merupakan seorang majikan kepada seorang pekerja Indonesia, begitu sakit hati dengan tindakan kumpulan2 yang sekarang ni menghuru harakan kedutaan Malaysia di Indonesia.

Aku rasa kita dah cukup baik dengan pekerja Indonesia di sini. Jika mereka kerja di Arab Saudi, ramai orang Indonesia yang dirogol dan mengandung anak luar nikah. Aku walaupun sakit hati dengan orang Indonesia tapi aku masih boleh makan semeja dengan oaang Indonesia. Malah aku yang sentiasa menghidangkan makan untuk maid Indonesia aku tanpa rasa sakit hati. Makan bersebelahan dan semeja. Tak pernah aku nak suruh dia makan selepas kami sekeluarga makan. Kami akan makan bersama.

Tapi adakah mereka fikir sesetengah kumpulan yang mengacau kita itu, mungkin ada sedara mereka yang masih mencari rezeki di Malaysia. Dan wang raya yang dihantar adalah hasil dari Malaysia. Memang tak sedarkan diri.

Aku setuju dengan tindakan radio MUZIK yang memboikot lagu2 Indonesia. Semoga banyak lagi stesen radio akan mengambil tindakan yang sama.

Kes Namewee

Aku sebagai seorang guru tersentap dengan tindakan Namewee. Mungkin cikgu tu ada buat silap tapi seorang anak murid tidak patut mengambil tindakan macam tu. Semangat TANAH MELAYU memang terbit dalam setiap diri bangsa Melayu. Malaysia merupakan TANAH MELAYU.
Maksud MALAY- tetap MELAYU.... MALAY bukan untuk kaum yang lain... Tetapi Tunku telah memberi peluang kepada kaum lain tinggal di sini dengan bersyarat. Ingat MCA dan MIC dulu telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Jika tidak mereka boleh pulang ke negara asal mereka. Ingat!!! Jadi jangan jadik kacang lupakan kulit. Apa guna perlembangaan yang digubal jika tidak digunakan.
Namewee perlu di tempatkan di mana-mana di pusat BTN bagi mendidik nilai kenegaraan yang lebih jitu. Pihak berwajib cuba fikir-fikirkan.

How Guppies Are Born - "Big Mama" guppy giving birth

IKan Guppy

Ikan guppy aku ini mengandung... Tapi aku x tahu lagi bila dia akan mengeluarkan anaknya.

Bagaimana nak kenalpasti ikan guppy itu mengandung?
gravid spot berwarna hitam.... Gravid spot tu merupakan bahagian belakang perut ikan guppy betina. Jika ikan guppy betina tidak mengandung makan gravid spot tu tidak akan berwarna hitam.

Kenapa gravid spot berwarna hitam?
Gravid spot berwarna hitam sebab ianya merupakan kumpulan mata anak2 guppy di dalam perut ikan betina.